The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, February 1, 2012

Bab 103:Date Istimewa!


            “Juhyun-ah…Unnie tak dapat join korang semua untuk keluar besoklah.Mianhei..Nanti unnie belanja awak makan dessert ble kte keluar sama-sama nanti.Jaga Hyoyeon unnie dengan Fany unnie taw!”. “Aih kenapa tiba-tiba Yoona unnie batalkan temujanji hari nie.Kejap,kenapa semua orang batalkan temujanji dengan saya hari nie!?”

            Sepatutnya pada hari ini,Seohyun,Yoona,Hyoyeon dan Tiffany sudah berjanji untuk meluangkan masa bersama-sama.Namun kerana masing-masing mempunyai hal peribadi,mereka terpaksa membatalkan temujanji mereka dan akhirnya hanya Seohyun sahaja yang tinggal.Seohyun agak kebuntuan dan tidak tahu apa yang hendak di buat.Ini adalah kali pertama semua orang membatalkan temujanji mereka dan jarang sekali perkara ini berlaku.Namun Seohyun tidak marah kerana masing-masing sudah berjanji ingin membelanjanya apabila mereka keluar bersama nanti…

            “Alamak harini saya nak keluar dengan sapa?Bosannya duduk rumah!Baiklah nanti bila saya keluar dengan unnie2 smua,saya akan tuntut dessert2 saya semua!”.Seohyun agak kebingungan memikirkan apakah aktiviti yang akan dilakukannya pada hari tersebut.Tiba-tiba Seohyun teringat akan seseorang.

Noa:Yeoboseyo?
Seohyun:Annyeong Haseyo.Seohyun imnida..
Noa:Seohyun?Annyeong Haseyo!Ada apa2 yang saya boleh bantu Seohyun?
Seohyun:Sebenarnya saya nak tanya,arini Noa ada buat apa-apa tak?
Noa:Hari nie?Hmm saya ada schedule sampai pkul 7 la Seohyun.Kenapa ye?
Seohyun:Tak sebenarnya saya nak ajak Noa keluar makan.Malam nie..Boleh ke?
Noa:Boleh saja.Kalu Seohyun rasa tak ada buat apa-apa,Seohyun boleh je datang tengok rakaman Dream Team hari nie dekat Yeosu.
Seohyun:Betul ke?Noa bertanding?
Noa:Yup.Jomla datang.Ada Melow sekali.Nanti lepas abis recording semua,kita pergi makan.
Seohyun:Baiklah.Kita jumpa nanti ye Noa..

                                       **********************************

            Gin mengambil Yoona di dormnya.Mereka telah berjanji untuk makan malam bersama.Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada Yoona yang banyak memberi tunjuk ajar kepada Gin dalam bidang lakonan.Oleh kerana drama Misery semakin menuju ke penghujungnya,Gin merasakan ia adalah masa yang sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama Yoona.

Yoona:Apa pandangan Gin pada dunia lakonan?
Gin:Dunia lakonan?Emm Gin memang suka berlakon.Sejak sekolah lagi Gin memang terlibat dalam lakonan nie.Teater,sketsa Cuma drama bersiri je belum pernah rasa lagi macam mana.
Yoona:Mana lagi Gin prefer?Pelakon atau Idol?
Gin:Entahla Yoona.Susah nak decide.Sebab Gin memang prefer untuk perform untuk orang.Jadi idol dan pelakon,2 2 dah lebih kurang sama.Yang jadi beza sekarang idol lebih ramai peminat dari pelakon.
Yoona:Kalu Gin,Gin suka ramai peminat tak?
Gin:Geurom!Mestilah.Sebab peminat yang banyak membantu kita dalam membina karier..Emm Yoona tanya Gin,Yoona macam mana?
Yoona:Kalu Yoona,selagi Yoona masih bersama dengan SNSD,Yoona akan prefer jadi idol.Tapi bila SNSD dah berpecah nanti,Yoona lebih suka jadi pelakon.
Gin:Hubungan Yoona dengan SNSD memang rapatkan?Seronok tengok gelagat Yoona dengan noona-noona lain..
Yoona:Bila kita dah bersama lama,semua tu akan datang sendiri.Ada satu tahap kita akan bosan dengan mereka,dan kemudian kita akan sedar bahawa kita sebenarnya rindu pada dorang dan tak boleh hidup tanpa dorang.
Gin:Kan bagus kalu segalanya macam dulu..
Yoona:Apa maksud Gin?

                                         *******************************

            Hari ini Noa merupakan guess dalam rancangan Let’s Go Dream Team.Noa akan bertanding dengan adiknya,Melow yang memang peserta tetap dalam rancangan itu.Seohyun juga tiba di set penggambaran setelah dijemput oleh Noa.Kehadiran Seohyun mendapat perhatian krew-krew rancangan dan rakan idol yang lain.Seohyun juga turut diberi tempat yang istimewa untuk memberi sokongannya kepada rakan idol yang lain.

            Walaupun sibuk dengan jadual harian,prestasi Noa dalam Dream Team sangat mengagumkan.Noa berjaya mengalahkan Melow dalam 3 acara dan berjaya seri dengan pesaing terdekat Shinee Minho.Kehadiran Noa pada hari itu jelas memberikan saingan yang hebat kepada para peserta lain.Penonton juga teruja apabila melihat Noa beraksi.Putera Advertisement itu jelas menunjukkan bahawa dia juga bukan sahaja hebat dalam mempromosikan produk,malah turut hebat dalam acara fizikal.Seohyun juga turut terhibur melihat Noa.

Malam itu…

Noa:Melow,aku nak pergi makan dengan Seohyun.Ko balik dulula..
Melow:Ok2…
Noa:Seohyun,maaf sebab buat awak tunggu lama..
Seohyun:Takpe.Awak tentu dah laparkan?Jom kita pergi makan..

Di restoran…

Seohyun:Noa,mianhei sbb tiba-tiba ajak awak keluar tanpa memberitahu awal-awal…
Noa:Eh takpelah.Lagipun dah lama kita tak keluar bersama-sama macam nie..Kenapa tiba-tiba buat plan last minit?
Seohyun:Sebenarnya saya patut keluar dengan Yoona unnie,Hyoyeon unnie dgn Fany unnie..Tapi dorang semua ada hal..
Noa:Oh macam tu ke?Eh setahu saya,rasanya Gin keluar makan dengan Yoona hari ni..Dia cakap nak belanja Yoona makan sebab Yoona dah banyak membantu dia dalam lakonan.
Seohyun:Ye ke?Patutlah Yoona unnie nampak happy je semalam.Rupa-rupanya mereka nak keluar bersama.
Noa:Emm,Seohyun,saya tanya nie,awak jangan bagitahu sesiapa taw.Saya bukan nak sibuk,tapi…Yoona memang ada perasaan pada Gin ke?
Seohyun:Hmm..Noa jangan bagitahu sesiapa taw apa yang saya bagitahu nie..Sebenarnya Yoona unnie memang sukakan Gin..
Noa:Eh betul ke nie?Saya macam tak percaya!
Seohyun:Saya sebilik dengan Yoona unnie.Setiap malam sebelum tidur,unnie mesti akan termenung sama ada atas katil ataupun dekat koridor dorm.Bila saya tanya unnie cakap dia tak ada pape,Cuma tengah pikirkan idea macam mana nak perbaiki lakonan dia.Tapi Seohyun tahu,dia sebenarnya pikir pasal Gin..
Noa:Yoona pernah bagitahu Seohyun pasal dia suka Gin ke?
Seohyun:Dia tak pernah bagitahu directly.Tapi dia pernah cakap yang Gin adalah lelaki yang sangat unik.Kalu diberi pilihan,Yoona unnie nak dating dengan Gin..
Noa:Hmm..Dulu kami pun rasa Gin dengan Yoona macam ada sesuatu yang istimewa di antara mereka.Tapi sejak mereka terpisah,segalanya dah berubah.Gin menunggu Yoona berhari-hari.Mungkin sebab 2 hati Gin dah pun tawar.

                                             *****************************

            Selepas habis makan,Gin menghantar Yoona pulang ke dormnya semula.Suasana ketika itu sangat awkward dan sunyi seperti baru dilanda badai..

Gin:Yoona,nak Gin hantar sampai ke dorm Yoona?
Yoona:Xpe Gin.Yoona boleh blk sendiri.Jumpa lagi nanti.Hati-hati memandu…
Gin:Yoona….Mianhei…
Yoona:Gin..Gwaenchana.Yoona paham..Kita kan kawan?
Gin:Hmm..
Yoona:Gomawo sebab belanja Yoona makan.Hati-hati ya..Annyeong..

            Yoona berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk ke kondo.Dia cuba menunjukkan dirinya tidak apa-apa dengan memaksa untuk senyum.Gin dengan perlahan memulakan pemanduan dan memandang ke arah Yoona.Yoona hanya senyum dan melambai-lambai ke arah Gin yang sudah pun pergi meninggalkannya.Yoona termenung..Tiba-tiba sahaja airmata Yoona mengalir di pipinya yang merah itu.Tangan kanannya menutup mulutnya sambil tangan kirinya memegang erat beg tangan jenama Coach kepunyaannya.Yoona terus menangis teresak2 keseorangan di pintu hadapan kondonya…

            Malam itu merupakan malam yang sangat panjang buat Yoona dan Gin.Masing-masing berasa sebab namun tidak diketahui apakah puncanya.Apa yang menyebabkan Yoona menangis seorang diri?



                                                         To Be Continued……….