The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, October 26, 2011

Bab 88:Jejak Lagenda

Lee Seungi:Hari ini bersama kita di Strong Heart Episode istimewa idol,tak lain dan tak bukan idol yang semakin meningkat naik.Zero Range Awi!

Hari ini Awi menghadiri rakaman Strong Heart istimewa idol yang turut menampilkan G.O Mblaq,2NE1 Minzy,ZE:A Kwanghee,Afterschool Raina,Beast Yoseob,Brown Eyed Girls Narsha dan Miss A Min.Buat pertama kalinya Strong Heart membarisi 9 idol untuk episod istimewa mereka.Namun fokus hari ini tertumpu kepada maknae dalam dunia idol,Awi,idol yang terakhir debut dalam kumpulan idol pada hari itu.

Lee Seungi:Awi-ssi selamat datang.Bagaimana perasaan anda pada hari ini?

Awi:Terima kasih saya baik sahaja MC Lee..

Lee Seungi:Setahu saya ini kali pertama anda berada di Strong Heart kan Awi-ssi?

Awi:Ye saya.Ini kali pertama saya dijemput hadir..

Hodong:Seingat saya Gin-ssi pernah datang ke sini sebanyak 4 kali.1 untuk promosi drama,2 promosi mini album ZR dan 1 saja2 datangkan?

Awi:Gin popular..

Semua orang gelak mendengar kata2 Awi yang pendek tapi bermakna..

Hodong:Jadi Awi-ssi apa perkembangan terbaru anda atau mungkin ZR…

Awi:Buat masa ini kami ZR sedang bersedia untuk pelancaran album baru kami yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat ini.

Lee Seungi:Wah betul ke nie?Kali nie ialah full album atau mini album?

Awi:Kali ini full album..

Hodong:Wah ini adalah full album ZR yang pertama rasanya kan?Blh ceritakan sedikit mengenai konsep serta lagu2 dalam album ini?

Awi:Album kali ini banyak mengisahkan mengenai kehidupan remaja yang bakal menempuhi alam dewasa.Fokus utama kepada remaja2 yang sudah tamat sekolah tinggi dan mungkin menuju ke kolej ataupun menempuhi alam pekerjaan.Menceritakan dilema2 yang dilalui oleh para remaja ini.Kami masih mengekalkan genre pop rock namun lagu2 kali ini lebih bertenaga…

Lee Seungi:Wah album ini mempunyai konsep yang sangat menarik.Berikan kami satu lagu dalam album tersebut yang berpotensi menjadi lagu terbaik.

Awi:4 Season.Lagu ini sebenarnya telah dihasilkan sejak sebelum kami menyertai SME lagi.Ini merupakan salah satu koleksi lagu-lagu original ZR sebelum kami diterima masuk ke SME.

Hodong:Wah maknanya lagu2 ini telah dicipta semasa ZR masih lagi berada di Malaysia?

Awi:Ye saya.Lagu-lagu ini telah diubahsuai dan beberapa chordnya sudah diubah mengikut kesesuaian citarasa peminat2 Kpop.

Lee Seungi:Wah ini memang sesuatu yang sangat menarik.Saya tak sabar nak dengar lagu-lagu dari album baru ini.Boleh ceritakan sedikit di mana anda semua dapat idea untuk buat album ini?

Awi:Ok seperti mana yang semua orang tahu,sejak mini album kami yang pertama lagi,60% lagu2 di dalam album itu adalah hasil karya kami sendiri.Konsep ini datang dari kami semua selepas beberapa perbincangan.Semua member sangat rindukan kampung halaman masing-masing dan sejak menyertai SME,blm sekalipun kami dapat pulang ke Malaysia.Jadi kami ingin menyampaikan emosi kami ke dalam lagu2 baru kami yang akan datang.

Hodong:Itulah satu-satu benda yang perlu dilalui para idol dari luar.Mereka terpaksa berkorban untuk mencari rezeki selain mencapai cita-cita masing-masing.Kita ada ramai idol dari luar dan mereka juga akan merasai benda yang sama.Tapi jangan risau anda akan sentiasa menerima kasih sayang yang melimpah ruah dari para peminat anda.

Lee Seungi:Baiklah sekarang MC Kim,kita ada seorang lagenda bersama kita hari ini.

Hodong:Ya MC Lee.Lagenda ini akan bercerita mengenai pengalamannya selama lebih 25 di dalam industri.

Lee Seungi:Lagenda ini juga mendapat gelaran Putera.Putera apa?Kita akan berjumpa dengan lagenda ini selepas ini.

Acara Strong Heart diteruskan dengan menemubual idol2 lain.Sepanjang acara itu,mereka berkongsi banyak rahsia-rahsia yang tidak diketahui umum dan ia sangat melucukan.Masing-masing bergelak ketawa mendengar cerita masing-masing.Memang acara yang sangat seronok bagi semua.

Lee Seungi:Baiklah tadi kita dah beritahu bersama kita hari ini,seorang lagenda yang sudah berada dalam industri lebih 25 tahun!

Hodong:Kita gelar lelaki kacak ini dengan pelbagai gelaran,aktif dalam bidang mengubah lagu dan juga terkenal sebagai juri yang berlidah tajam dalam komen2nya.Kita mempersilakan,Prince of Ballad,Lee Seungchul!

Semua tetamu serta penonton di studio terkejut apabila MC Lee mengumumkan Lagenda Ballad Korea,Lee Seungchul turut berada di acara Strong Heart.Perlahan2 Lee Seungchul keluar dari pintu masuk yang berada di belakang guest dan idol2 yang ada terus berdiri menandakan tanda hormat terhadap sunbae mereka di dalam dunia nyanyian.Lee Seungchul memenangi pelbagai anugerah sepanjang kariernya dan dikatakan telah menghasilkan 40 lagu bermacam-macam genre untuk dirinya dan juga penyanyi-penyanyi lain.Ia merupakan satu penghormatan besar untuk seorang lagenda bersama2 dengan hoobaenya yang juga masih mentah dalam bidang ini.

Lee Seungi:Annyeong Haseyo Lee Seungchul sunbaenim.Terima kasih kerana bersama kami pada hari ini..

Lee Seungchul:Annyeong Haseyo.Rasanya lama dah saya tak jejakkan kaki ke sini.

Hodong:Bagaimana perasaan anda selepas kembali ke Strong Heart Lee Seungchul-ssi?

Lee Seungchul:Saya rasa gembira dan sangat teruja untuk berada di sini bersama dengan para hoobae.

Hodong:Adakah anda sudah bersedia untuk menjawab soalan2 panas kami Lee Seungchul-ssi?

Lee Seungchul:Ya saya sudah bersedia!

Lee Seungi:Berikan tepukan yang gemuruh sekali lagi kepada Lee Seungchul-ssi!

Kehadiran Lee Seungchul sangat mengejutkan semua orang termasuklah para tetamu.Namun mereka berbangga kerana dapat bersama dengan salah seorang sunbae yang sangat hebat dan berbakat.Pelbagai soalan telah diajukan kepadanya.Lee Seungchul telah berkongsi pelbagai cerita menarik dan turut bercerita mengenai pengalamannya sebagai seorang penghibur selama 25 tahun di dalam industri.

Lee Seungchul juga berkongsi pendapat mengenai idol yang ada pada ketika ini.Beliau merasa bangga dengan pencapaian para idol yang telah membawa nama Korea ke antarabangsa.Kini hampir seluruh dunia mengetahui kewujudan K-pop atau Hallyu Wave yang sangat popular ini.Lee Seungchul menjelaskan bahawa sungguhpun K-pop sangat popular ketika ini,namun para idol kini tidak boleh leka dan malas berusaha untuk menjadi lebih baik kerana untuk memastikan Hallyu Wave ini bertahan lama,mereka perlu bekerja keras setiap masa dan menghasilkan pelbagai karya yang bertaraf antarabangsa memenuhi citarasa pendengar dan memperkukuhkan aspek seni serta budaya masyarakat Korea di dalam hasil picisan mereka.

Lee Seungi:Apa perasaan sunbae apabila mengetahui bukan hanya rakyat Korea sahaja yang membantu menyebarkan Hallyu Wave,malah orang negara luar turut menyumbang kepada peningkatan fenomena Hallyu ini?

Lee Seungchul:Sbnrny saya sangat berbangga dengan mereka ini kerana sungguh pun Korea bukan negara asal mereka,namun mereka tetap berusaha membantu menaikkan nama Korea dan saya rasa mereka perlu diberikan penghormatan.

Hodong:Kalu kite tgk,perintis masa depan Hallyu,Awi dari The Zero Range bukanlah berasal dari Korea,tetapi berjaya memikat hati ramai peminat2 Korea serta peminat2 asing.Adakah pencapaian ini yang Seungchul-ssi harapkan untuk artis2 Korea capai?

Lee Seungchul:Sudah tentu.Saya sentiasa menasihatkan para hoobae agar jangan leka dan terus berusaha kuat.Sebenarnya saya sangat kagum dengan Zero Range kerana mereka berjaya menghasilkan lagu2 yang sangat hebat selain membina nama mereka di sini.Sikap kuat berusaha mereka perlulah dicontohi oleh semua hoobae2 di luar sana.

Lee Seungchul memuji2 kehebatan serta kecekalan ZR dalam menempuhi hari2 mereka sebagai seorang idol.Ternyata bukan mudah untuk berjaya di dalam bidang muzik dalam masa terdekat lebih2 lagi negara orang.Lee Seungchul juga sangat mengagumi pencapaian ZR dalam masa setahun ini.Ternyata ZR mempunyai masa depan yang sangat cerah dan mereka akan terus maju demi mendapatkan apa yang dicari2 oleh mereka.Segala pujian sunbae,mencetuskan inspirasi Awi dan kawan2 yg lain untuk terus bekerja kuat demi mencapai misi dan matlamat mereka sebagai penghibur…

To Be Continued……….

Wednesday, October 19, 2011

Bab 87:Yeongduk,South Korea

Semalam artis2 SME meraikan harijadi Gin secara besar-besaran.Pada hari ini Gin meraikan harijadinya di set penggambaran.Namun apa yang berbeza dari hari-hari yang biasa ialah set penggambaran drama Misery dipenuhi dengan fans2 Gin yang ingin melihat idol mereka.Selain itu mereka menjerit2 dengan ucapan selamat harijadi kepada Gin.Keadaan yang sesak dengan fans yang ingin menyampaikan hadiah2 mereka kepada Gin,para pengawal terpaksa mengetatkan lagi kawasan penggambaran untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sujong:Maksud awk,Min Soo oppa mencari siapa keluarga dia yang sebenar?

Ji Teuk:Emm sebenarnya saya x sepatutnya cakap benda ni pada awak Sujong.Tapi saya betul-betul risaukan Min Soo hyung.

Sujong:Xpe Ji Teuk,saya paham.Saya pun risaukan Min Soo oppa.Kasihan oppa yang selama ini hidup terbuang.

Ji Teuk:Hyorin noona,dia bergaduh dengan Min Soo hyung semalam.Hyorin noona xbagi hyung pergi ke Busan.Mereka bertengkar,dan Hyorin noona letakkan telefon macam tu je.Mungkin terlampau marah.Hyung pn nampak kusut je.

Sujong:Ji Teuk,awak jangan risau sangat.Min Soo oppa akan selamat.Saya sentiasa akan berada dengan awak.

Ji Teuk:Sujong-ah…

Sujong:Ji Teuk.Kenapa nie?

Ji Teuk:Saya rasa,saya kena pergi dahulu…

Ji Teuk yang takut untuk mempunyai perasaan kepada perempuan,cuba menjauhkan diri dari mengungkapkan cinta terhadap mana2 wanita.Walaupun dia mengetahui bahawa Sujong menyimpan perasaan kepadanya,namun hati Ji Teuk tidak dapat menerima semua itu apatah lagi kehidupannya yang seorang diri,tidak pernah mengenali ibu bapanya serta hidup di jalanan sejak kecil,benar2 membentuk sifat keras hatinya.Pun begitu,jauh di dalam lubuk hatinya,Ji Teuk juga mempunyai perasaan terhadap Sujong yang tidak henti2 membantunya sejak dari kali pertama mereka bertemu.Sujong adalah seorang yang lebih dari seorang rakan kepada Ji Teuk.Adakah hubungan ini boleh berjaya?

Gin yang membawakan watak Ji Teuk di dalam drama itu,berjaya menjiwai wataknya sepenuh hati sehingga mendapat perhatian para pelakon senior.Sungguh pun Koreannya tidak berapa fasih,namun Gin berjaya menghafal dialog2 yang susah dan memasukkan emosinya bersama lakonan.Yoona sebagai Sujong juga banyak membantu Gin menjiwai wataknya.Yoona selalu memberi tunjuk ajar kepada Gin dalam bidang lakonan.Yoona sendiri pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang lakonan.Oleh itu segala ilmu yang ada dicurahkan kepada Gin yang juga hoobaenya dalam dunia nyanyian.

Penggambaran sudah pun tamat pada hari ini.Tanpa disangka Siwon,Sooyoung dan Sulli turut berada di set penggambaran,menanti Gin.Kehadiran mereka di situ turut mendapat reaksi yang hebat dari peminat yang berada di situ.Mereka menjerit2 nama Siwon,Sooyoung dan Sulli.Para pengawal menjadi semakin sibuk apabila peminat menjadi tidak tentu arah.Gin gembira melihat mereka berada di sana..

Siwon:Wah Gin!Hebatnya Gin berlakon!

Gin:Eh xla hyung biasa2 je.

Sooyoung:Okla 2 Gin!Hebat apa noona tgk!

Sulli:Lepas nie oppa bolehla dapat tawaran watak utama pulak!

Gin:Haha xdela..Banyak lagi saya nak belajar noona,Sulli.Eh kenapa hyung,noona dengan Sulli ada dekat sini?

Siwon:Kteorang nak bwk Gin pegi makan.Jom..

Gin:Eh yeke?Kite nak ke mana?

Sooyoung:Jomla cepat.Minyoung seonsaengnim dah bagi kami berehat untuk celebrate benda nie.Cptla Gin!

Sulli:Jom oppa!

Gin dibawa keluar oleh Siwon,Sooyung dan Sulli untuk makan bersama.Memandu kereta Mitsubishi Sport Siwon,mereka berempat meninggalkan kawasan penggambaran dan menuju ke federal highway.Nampak gayanya mereka akan menuju ke luar dari Seoul,tetapi persoalannya sekarang,di mana destinasi dan hala tuju mereka?

Sepanjang perjalanan,mereka berborak2 dan bertukar2 cerita.Sulli yang baru sahaja kenal dengan Gin sudah pun menjadi semakin rapat dgn Gin.Sulli menyatakan bahawa tidak pernah dia merasakan seseorang yang mesra seperti seorang abang walaupun pertama kali berjumpa.Sooyoung juga bersetuju dengan Sulli dan menyatakan bahawa Gin adalah seorang yang sangat istimewa.Dia seorang yang pemalu namun cepat menyesuaikan diri dengan orang lain.Tidak hairanlah mengapa Sulli mudah mudah mesra dengan Gin.

Selepas 20 minit berada di dalam kereta,Gin tertido.Mungkin kerana keletihan dan tidak cukup rehat.Sulli juga terlelap beberapa minit selepas Gin tertido dan lebih kelihatan comel apabila kepala Sulli secara tidak sengaja terletak di atas bahu Gin.Sooyoung dan Siwon hanya tersenyum sahaja melihat gelagat mereka berdua.Kedua2nya kelihatan seperti adik beradik kandung.

Sooyoung:Gin-ah,Sulli-ya…Bangun kita dah sampai.

Gin:Hmm?Kte dekat mana nie?

Gin yang baru tersedar dari tidur membuka pintu kereta.Sinaran matahari yang silau menandakan musim sejuk akan berakhir tidak lama lagi.Dengan keadaan separa sedar,Gin melangkah ke luar dari kereta Siwon dan melihat keadaan sekelilingnya.Keadaan yang berkabus dan sejuk menyukarkan Gin melihat pemandangan dengan lebih jelas.

Gin:Eh hyungnim,kte kat mana nie?

Siwon:Kite dekat Gasong,Yeongduk..

Gin:Eh?Macam familiarla tempat nie!

Sooyoung:Gin pernah datang ke sini ke?

Gin:Tak pernah.Tapi rasanya Gin penah tengok tempat nie kat tv rasanya.Tapi tak ingat..

Sulli:Wah kte dah sampai Yeongduk?Berapa lama Sulli tido dalam kereta tadi?

Gin:Eh kejap!Ini destinasi ke 7 Family Outing season 1 kan!Saya ingat!Guest dy Taeyeon noona!

Sooyoung:Btul 2!Jom kte tunggu shuttle naik ke atas bukit.

Mereka berempat menuju ke tempat perhentian shuttle yang akan membawa mereka naik ke atas bukit.Setibanya di situ,mereka dapat menyaksikan pemandangan yang sungguh indah kampung Gasong dari bukit itu.Gin sangat kagum dengan pemandangan itu.Itulah kali pertama Gin berpeluang menyaksikan keindahan alam sebegitu rupa.Rupa2nya di restoran yang terdapat di atas bukit itu telah mnyediakan jamuan khas untuk keempat2 mereka.Siwon merupakan kawan baik pemilik restoran itu.Demi menunjukkan penghargaannya terhadap Siwon,pemilik restoran itu telah menyediakan set makanan yang terbaik untuk mereka memandangkan Siwon juga akan menyambut harijadinya yang ke 25 esok.

Mereka menikmati bermacam2 makanan yang sangat istimewa sambil menikmati keindahan alam semulajadi dari atas bukit kg Gasong,Yeongduk.Ia benar2 menaikkan selera makan mereka.Mereka berbual2 dan menangkap gambar kenangan.Dan chef juga telah menyediakan kek harijadi khas untuk mereka bertiga.Restoran itu juga ditemani dengan muzik2 jazz,violin dan samba.Mereka betul2 sangat gembira.

Gin:Terima kasih hyung,noona,Sulli.Hari nie seronok sangat saya rasa.Saya xkan lupa sampai bila2..

Sooyoung:Sama-sama Gin.Lagipun inilah masa yang paling bagus kita nak sambut bersama2..Harap2 setiap tahun dapat sambut macam nie jugak!

Siwon:Betul 2.Kita berehat selepas penat bekerja.Bukan senang nak dapat peluang macam nie kan?

Sulli:Sulli harap mulai sekarang kita dapatla berjumpa selalu ya.Gembira rasanya bile meluangkan masa bersama oppa dan unnie.

Gin:Nanti birthday Sulli,kite celebrate sama2 ye?

Sulli:Ok!

To Be Continued………….

Wednesday, October 12, 2011

Bab 86:Birthday Party Gin


Esok adalah harijadi Gin.Gin adalah orang kedua yang paling tua di dalam ZR selepas Copie.Copie yang lahir pada 26 Januari turut merasa kelainan pada sambutan harijadinya tahun ini.Selepas menjadi idol,inilah kali pertama Copie menerima banyak hadiah dan ucapan dari para peminat seluruh dunia.Lebih mengharukan apabila ada hadiah yang tiba dari luar negara.Perkara yang sama akan turut berlaku kepada Gin yang akan menyambut harijadinya esok.

Walaupun esok adalah harijadi Gin,namun dia masih tetap sibuk dengan jadual kerjanya.Rakaman drama Misery yang sudah memasuki episod 22,rakaman2 variety show serta persiapan untuk pelancaran album baru ZR.Masa semakin suntuk dan debaran kian terasa.Sejak 1 Feb,SME terus melancarkan teaser2 lagu2 baru yang dimuatkan di dalam album baru ZR.Antaranya ialah mengupload video2 teaser di Youtube yang jelas mendapat sambutan baik dari para peminat.Masing2 menyatakan mereka tidak sabar untuk menantikan kepulangan ZR ke pentas.

Rakaman drama Misery episode ke 23 berlangsung di Kangwando hari ini.Mereka sedang merakamkan babak2 di mana Oh Jiho kembali ke kampung halaman yang dikatakan tempat kelahirannya dahulu demi mencari bukti harta ibu bapanya yang dilesapkan oleh bekas pengetua rumah anak yatim.Gin membantu Oh Jiho mencari.Sejak beberapa hari mereka berada di Kangwando untuk menyiapkan babak mencari serta beberapa adengan kejar mengejar yang berlaku.Oleh kerana Gin sibuk dengan schedulenya,dia terpaksa berulang alik ke Seoul dan kembali semula ke Kangwando untuk dramanya.

Selepas tamat rakaman drama itu,Gin meninggalkan set menuju ke suatu tempat.Gin terasa ingin berjumpa dengan seseorang yang juga berada di situ.Ra-Ik menghantar Gin ke destinasi yang hendak Gin pergi.Atas permintaan Gin,Ra-Ik meninggalkan Gin berseorangan dan akan kembali mengambil Gin semula selepas satu jam.Perlahan2 Gin menuju ke tempat yang ditujunya.Keadaan di situ suram dan tiada orang.Cuaca sejuk masih lagi terasa lebih-lebih lagi apabila ditiup angin sepoi2..

Gin:Annyeong haseyo…Abeoji?Eomoni?

Ayah Eunjung:Eh Gin-ah!Apa kamu buat kat sini?

Gin:Annyeong haseyo appa.Saya ada rakaman drama dekat2 sini.Baru je habis jadi saya nak melawat appa dengan omma kat sini..

Ayah Eunjung:Ye ke?Aigoo susah2 je Gin..Mari2 masuk panaskan badan.Sejuk nie!Appa panggil omma kejap..Yeobo!Tgk sapa dtg nie!

Emak Eunjung:Eh Gin!Ada apa datang kat sini?

Ayah Eunjung:Anak menantu kita nak melawat kitala yeobo.Dia ada shooting drama.

Emak Gin:Gin,omma buat air kejap.Gin duduk dulu ye..

Gin:Ne eomoni…

Entah kenapa Gin merasakan keluarga Ham sudah seperti keluarganya sendiri.Kunjungan tanpa dirancang Gin ke rumah keluarga Ham jelas menggembirakan kedua orang tua Eunjung.Mereka berbual dan bertukar2 cerita.Walaupun hanya sejam,tetapi rindu mereka terhadap satu-satunya anak perempuan mereka akhirnya terubat dengan kehadiran bakal menantu mereka yang menjenguk mereka.Selepas sejam berada di situ,Gin akhirnya pulang ke Seoul.

Di Seoul..

Kepulangan Gin dinantikan oleh kawan2nya.Di dorm sudah berselerak dengan barang2 yang dihantar oleh para peminat sempena harijadi Gin.Co manager mereka yang hantar semuanya selepas hadiah2 itu tiba di pejabat SME.Gin sangat gembira apabila melihat hadiah2 itu.Itulah kali pertama dalam hidupnya menerima hadiah sebanyak itu selepas menjadi idol.Ternyata ia menggembirakan hati Gin walaupun badan terasa penat selepas bekerja tanpa henti.Malam itu dikatakan mereka sudah mempunyai parti yang sedang menunggu Gin.

Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib,mereka keluar makan.Turut bersama ketika itu ialah beberapa orang Super Junior,SNSD,F(x) dan Shinee.Kesemuanya adalah artis SME.Memandangkan 2 orang lagi akan menyambut harijadi mereka sehari selepas harijadi Gin,iaitu Siwon dan Sooyoung.Kebetulannya Gin sangat rapat dengan kedua2 mereka.Gin mengganggap mereka sebagai abang dan kakaknya sendiri.Oleh sebab itu artis2 SME ingin mengadakan makan besar di sebuah hotel Seoul.

Jessica:Gin..Nie Krystal.Adk noona..Kenalkan jugak Amber,Sulli,dan Luna.

Gin:Ah annyeong haseyo Yeorobun.

Krystal:Annyeong haseyo.Wah happy birthday Gin-ssi.Semoga Gin-ssi akan lebih berjaya dalam karier Gin-ssi.

Sulli:Ne kami gembira dapat kenal dengan Gin-ssi.

Gin:Saya pun gembira jugak.Eh mne Victoria noona?

Krystal:Toria omma ada dekat China skrg.Dia ada schedule.

Gin:Oh yeke.Ne terima kasih semua sebab datang wish pada saya.Terharu apabila F(x) sunbae amik berat pada saya.

Sulli:Ktekan sekarang rakan idol.Jadi mestilah kami support antara satu sama lain.Blh x kalu saya panggil awk oppa?

Gin:Eh geurom!Silalah panggil saya oppa.Be comfortable with me..

Suasana di hotel itu sungguh meriah.Sesi2 menangkap gambar serta memberi hadiah kepada birthday boys dan girl,masing2 kelihatan gembira.Beberapa orang membuat persembahan pentas untuk ketiga2 mereka dan turut bermain game.Eunhyuk menunjukkan skill break dancingnya kepada hoobae2nya manakala Kyuhyun dan Onew pula menghiburkan mereka dengan nyanyian mereka.Junhyung dan Yesung menunjukkan bakat mereka dalam silap mata.Yuri,Hyoyeon dan Jessica melakukan tarian khas manakala Yoona menyanyikan lagu khas untuk mereka bertiga.Rata2 mereka terhibur dengan persembahan malam itu.

Selepas makan Gin secara personally memanggil Siwon dan Sooyoung naik ke atas pentas untuk acara surprise. “Siwon hyung dan Sooyoung noona,terima kasih kerana menjaga saya selama ini.Saya berasa gembira dengan support yang diberikan oleh rakan2,sunbae2,hyung,noona dan dongsaeng,telah banyak menjadikan diri saya pada hari ini.Terima kasih kerana menyokong saya dari belakang dan saya berjanji saya juga akan sentiasa ada untuk anda semua.Kerana anda semua dah macam family saya.Saya di sini,jauh dari keluarga dan saya sangat merindui mereka,namun dengan kehadiran anda semua,saya berasa sangat gembira dan terharu melihat sokongan tanpa henti anda.Kepada hyung dan noona,saya sayang anda berdua dan saya berharap kita akan sentiasa bersama bagaikan keluarga yang sebenar.I love both of you so much.Saranghae hyung,noona..”

Ucapan Gin itu telah menyebabkan Sooyoung menitiskan air mata kerana terharu.Para hadirin memberi tepukan gemuruh dari para hadirin.Gin juga menyampaikan hadiah istimewa untuk hyung dan noonanya.Kelihatan juga beberapa orang rakan idol yang turut menitiskan air mata,sebak melihat harapan ikhlas Gin.Tiffany,Yoona,Sulli,Luna,Taemin dan Kyuhyun kelihatan sangat sebak sambil menitiskan air mata.Gin memeluk hyungnya seerat mungkin dan kemudian memeluk kakaknya yang sedang menangis teresak2..Ketiga2 orang itu saling berpelukan dan para hadirin berdiri sebagai tanda standing ovation walaupun mereka tidak melakukan persembahan.

Selepas meninggalkan dewan makan hotel,Gin dikejutkan lagi dengan hadiah misteri dari hyung2 dan noona2nya.Rupa2nya Siwon,Sooyoung dan yang lain2 telah membelikan kereta Audi A6 keluaran 2011 khas untuk harijadi Gin.Audi A6 berwarna hitam metallic itu merupakan hadiah khas kepada Gin yang sangat memerlukan kereta ketika ini.Gin menitiskan airmata kerana terharu dengan hadiah pemberian rakan2 serta hyung dan noonanya itu.Siwon memberi kunci kereta kepada Gin dan menyuruh Gin memandunya ke destinasi seterusnya.Gin membawa Siwon,Sooyoung,Sunny dan Yoona bersama2nya.

Gin membawa mereka menuju ke kelab malam yang berada berhampiran bangunan SMTOWN.Kelab itu dimiliki oleh Penasihat Lee Soo Man.Oleh kerana ingin menyambut hari istimewa ketiga2 mereka,kelab itu telah disewa khas hanya untuk artis2 SME yang menyambut harijadi Gin,Sooyoung dan Siwon.Pada malam itu mereka berpesta menari mengikut muzik dan berkaraoke.Atas permintaan Gin,tiada alcohol dihidangkan pada malam itu dan ia digantikan dengan Coke serta Cider.Walaupun tanpa alcohol,parti itu tetap meriah dan semua orang bergembira meluangkan masa bersama2.Harijadi yang sangat hebat dalam hidup mereka…

To Be Continued………

Wednesday, October 5, 2011

Bab 85:Cerita sebenar…


Beberapa hari lepas,Hara menarik balik tuntutannya terhadap DSP Entertainment selepas melalui beberapa proses perbincangan.Hara menjelaskan tindakannya itu adalah kebaikan kedua2 pihak dan mereka telah mencapai beberapa persetujuan.Kini tuntutan untuk 3 orang lagi ahli Kara terhadap syarikat yang bakal menjadi bekas majikan mereka itu masih diteruskan dan mereka terus berbincang di luar mahkamah untuk mendapatkan kata putus.

Banyak yang dipertaruhkan.Media terus berspekulasi mengenai kes Kara-DSP.Setiap masa mereka mencuba untuk mendapatkan kenyataan2 dari pihak2 tertentu mengenai kes hangat tersebut.Selepas kes JYJ-SME,kes Kara-DSP merupakan kes kedua tuntutan kontrak terbesar di dalam industri muzik Korea.Rata2 netizen berpendapat, ‘Idol mungkin kelihatan mewah,popular,dan hebat di atas pentas namun, mereka masih orang biasa yang bergelut dengan hak-hak mereka di belakang pentas’.Kehidupan idol yang sangat digila-gilakan oleh ramai orang turut memberi memberi definisi baru apabila Kara mendedahkan kehidupan idol adalah seperti hamba kontrak.Mereka dipaksa bekerja keras,mengabaikan masa rehat,makan dan tidur akan tetapi berakhir dengan ketidakadilan bayaran.

Beberapa hari sebelum harijadi Gin,Hara telah mengajak Gin keluar.Hara menyatakan niatnya untuk membelanja Gin makan sempena harijadinya sama seperti apa yang dilakukan oleh Gin untuk harijadi yang lepas.Sebagai kawan dalam industri yang sama,mereka sering menyokong antara satu sama lain dan bersedia menjadi pendengar masalah masing2.Hubungan mereka jelas rapat di belakang pentas dan tidak mengejutkan jika ada di antara mereka bercinta.Ketika sedang makan,Hara menjelaskan kehilangannya kepada Gin.

Hara:Gin saya mintak maaf sebab x jawab panggilan awak ketika krisis haritu.Saya sangat tertekan dan tak mahu diganggu.

Gin:Eh Hara jangan risau.Saya faham awak melalui tempoh yang sangat sukar.Xpayahla nak salahkan diri awak ok?

Hara:Emm terima kasih Gin.Awak memang seorang yang baik.Terima kasih sebab sentiasa sokong saya.

Gin:Kitakan kawan.Mestilah saya sokong chingu saya.Awak sekarang dah ok kan?

Hara:Dh.Lepas berbincang dengan keluarga,dan beberapa rakan rapat,saya berasa lega apabila mengetahui semua orang menyokong saya.

Gin:Mestilah.Jadi awak ambil keputusan untuk batalkan tuntutan pada DSP?

Hara:Ye.Demi kebaikan bersama.Lagipun kalu boleh saya nak Kara bersama lagi untuk satu tempoh yang sangat panjang.Saya tak bersedia lagi nak berpisah dengan Kara.Sebab 2 saya amik keputusan untuk kembali kepada DSP.

Gin:Ahli lain macam mana pulak?

Hara:Buat masa nie Nicole,Seungyeon unnie dgn Jiyoungie masih nak teruskan case.Dorang masih ada isu dengan DSP dan DSP masih tak setuju dengan beberapa condition yang mereka tawarkan.Jadi saya pun xtau apa akan jadi nanti.

Gin:Xpela Hara,saya,ZR,Kamilia semua akan sokong Kara.Kami akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Kara Sunbaenim.Awk kena terus tabah ye?

Hara:Baik Gin.Terima kasih sebab ada untuk saya..

*********************************

Hari ini merupakan hari terakhir Eunjung memakai casket di kakinya.Selepas mengalami kecederaan beberapa bulan yang lalu,Eunjung kini sudah pulih dan boleh melakukan tugasan harian seperti biasa.Doktor juga memberitahu Eunjung untuk kembali melakukan rawatan susulan selepas sebulan dan pihak hospital akan sentiasa memantau tahap kesihatan Eunjung untuk memastikan kecederaan yang sama tidak akan berulang lagi.

Drama Dream High Eunjung sudah lama tamat.Kini Eunjung sedang sibuk merakamkan CF untuk beberapa produk terkenal seperti SPAO,Baskin Robin dan sebagainya.Netizen mengesyaki bahawa Eunjung mempunyai hubungan rahsia dengan rakan pelakon dalam drama Dream High,Kim Soohyun.Mereka sering digandingkan bersama dalam cf2 dan netizen memberi response mereka berdua kelihatan sangat secocok bersama.Ada peminat yang marah dan ada juga yang menyokong kuat mereka berdua.Namun berita mengenai hubungan Eunjung dan Kim Soohyun itu tidak menjejaskan perhubungan Gin dan Eunjung.Gin bersikap professional mengenai hal itu dan memandangkan mereka turut merahsiakan hubungan mereka,Kim Soohyun menjadi medium untuk mengaburi mata media.

Gin:Noona!Annyeong!

Eunjung:Gin!Annyeong!

Gin:Noona rindu Gin?

Eunjung:Geurom!Xkanla noona tak rindu pulak.Gin sihat?

Gin:Sihat noona.Kaki noona mcm mana?

Eunjung:Kaki noona dah ok dah.Tapi doktor cakap tak boleh lasak2 sebab takut kecederaan lama berulang lagi.

Gin:Bagusla macam 2.Noona dah abis keje?

Eunjung:Dh sudah.Kenapa?

Gin:Jom makan?

Eunjung:Ok jom!

Semenjak dua menjak ini Gin dan Eunjung jarang berhubung.Mereka sangat sibuk dengan aktiviti masing2 sehingga tidak mempunyai masa untuk berjumpa mahupun menghubungi melalui telefon.Tambahan pula Gin sedang sibuk dengan persiapan untuk pelancaran album baru ZR membataskan lagi perhubungan mereka.Pun begitu hubungan mereka tetap rapat dan semakin hari perasaan sayang itu semakin membesar.

Eunjung:Gin,noona nak tanya pendapat Gin sikit boleh?

Gin:Ne noona.Tanyala..

Eunjung:Sebenarnya noona dpt tawaran untuk sertai We Got Married.Noona sekarang masih dalam perbincangan dengan PD WGM.Gin rasa noona patut sertai ke?

Gin:Emm sebenarnya itu pilihan noona.Kalu noona rasa noona nak join and benda 2 membantu lagi dalam karier noona,so better noona sertai.

Eunjung:Tp Gin tawkan format rancangan 2 macam mane?Noona takut nanti Gin akan kecik hati tengok noona dalam rancangan 2.

Gin:Kalu noona rasa gembira,Gin x boleh buat apa.Gin nak tgk noona gembira.Noona jgn risau.Asalkan Gin masih di hati noona,gwaenchana.

Eunjung:Hmm nanti noona akan fikirkan.Gin jangan kecik hati pulak taw..

Gin:Ne noona.Gwaencahana..

Eunjung:Gin nak apa untuk harijadi Gin nanti?

Gin:Xpe noona.Gin tak nak apa2..

Eunjung:Ye ke?Tapi niekan kali pertama kita raikan birthday Gin sama2.Jadi xkan Gin xnak ap2 hadiah?Gin minx je.Noona belikan!

Gin:Xpe noona..Gwaenchana…

Eunjung:Ahh Gin waaaaee?Kenapa nie?Gin marah kat noona ke?

Gin:Xdela noona..Xde pape..

Eunjung:Ala Gin marah kat noona nie..Mianhei..

Gin:Aniyo.Gwaencahanaseyo…

Gin hanya mendiamkan diri sepanjang makan malam.Eunjung juga menjadi serba salah apabila dia memberitahu Gin mengenai perkara WGM itu.Eunjung merasakan seperti dia sudah menguris hati Gin.Walaupun Gin tidak mengaku,namun jelas dari riak wajahnya menggambarkan seperti dia merisaukan sesuatu.Mungkin kenyataan bahawa kekasihnya akan ‘berkahwin’ dengan lelaki lain dalam rancangan WGM,menyebabkan Gin rasa sedih dan tercabar kedudukannya.Apatah lagi Gin boleh menjangka peristiwa peluk memeluk serta adegan cium selalu terjadi dalam WGM.

Selepas makan mereka berjalan kaki sepanjang Sungai Han.Gin masih lagi mendiamkan diri walaupun Eunjung tidak henti2 bercakap untuk mendapatkan response Gin. “Gin….”,Eunjung berhenti berjalanan sambil memanggil Gin.Gin menoleh ke belakang untuk memandang Eunjung.Tiba2 Eunjung meluru ke arah Gin dan mencium pipi Gin.Gin tersentak!Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh Eunjung.

Gin:Noo..Noona…Kenapa buat macam 2?

Eunjung:Saja..Xkan x blh nk cium je namja chingu kot?

Gin:Err..Noona..jgn buat mcm 2 lagi…

Eunjung:Gin x ske?Ok fine..Noona xkan cium Gin lagi…HMMPH!

Gin:Err…Noona!Tggu Gin!Mianhei noona!!!!

To Be Continued………….