The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, October 26, 2011

Bab 88:Jejak Lagenda

Lee Seungi:Hari ini bersama kita di Strong Heart Episode istimewa idol,tak lain dan tak bukan idol yang semakin meningkat naik.Zero Range Awi!

Hari ini Awi menghadiri rakaman Strong Heart istimewa idol yang turut menampilkan G.O Mblaq,2NE1 Minzy,ZE:A Kwanghee,Afterschool Raina,Beast Yoseob,Brown Eyed Girls Narsha dan Miss A Min.Buat pertama kalinya Strong Heart membarisi 9 idol untuk episod istimewa mereka.Namun fokus hari ini tertumpu kepada maknae dalam dunia idol,Awi,idol yang terakhir debut dalam kumpulan idol pada hari itu.

Lee Seungi:Awi-ssi selamat datang.Bagaimana perasaan anda pada hari ini?

Awi:Terima kasih saya baik sahaja MC Lee..

Lee Seungi:Setahu saya ini kali pertama anda berada di Strong Heart kan Awi-ssi?

Awi:Ye saya.Ini kali pertama saya dijemput hadir..

Hodong:Seingat saya Gin-ssi pernah datang ke sini sebanyak 4 kali.1 untuk promosi drama,2 promosi mini album ZR dan 1 saja2 datangkan?

Awi:Gin popular..

Semua orang gelak mendengar kata2 Awi yang pendek tapi bermakna..

Hodong:Jadi Awi-ssi apa perkembangan terbaru anda atau mungkin ZR…

Awi:Buat masa ini kami ZR sedang bersedia untuk pelancaran album baru kami yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat ini.

Lee Seungi:Wah betul ke nie?Kali nie ialah full album atau mini album?

Awi:Kali ini full album..

Hodong:Wah ini adalah full album ZR yang pertama rasanya kan?Blh ceritakan sedikit mengenai konsep serta lagu2 dalam album ini?

Awi:Album kali ini banyak mengisahkan mengenai kehidupan remaja yang bakal menempuhi alam dewasa.Fokus utama kepada remaja2 yang sudah tamat sekolah tinggi dan mungkin menuju ke kolej ataupun menempuhi alam pekerjaan.Menceritakan dilema2 yang dilalui oleh para remaja ini.Kami masih mengekalkan genre pop rock namun lagu2 kali ini lebih bertenaga…

Lee Seungi:Wah album ini mempunyai konsep yang sangat menarik.Berikan kami satu lagu dalam album tersebut yang berpotensi menjadi lagu terbaik.

Awi:4 Season.Lagu ini sebenarnya telah dihasilkan sejak sebelum kami menyertai SME lagi.Ini merupakan salah satu koleksi lagu-lagu original ZR sebelum kami diterima masuk ke SME.

Hodong:Wah maknanya lagu2 ini telah dicipta semasa ZR masih lagi berada di Malaysia?

Awi:Ye saya.Lagu-lagu ini telah diubahsuai dan beberapa chordnya sudah diubah mengikut kesesuaian citarasa peminat2 Kpop.

Lee Seungi:Wah ini memang sesuatu yang sangat menarik.Saya tak sabar nak dengar lagu-lagu dari album baru ini.Boleh ceritakan sedikit di mana anda semua dapat idea untuk buat album ini?

Awi:Ok seperti mana yang semua orang tahu,sejak mini album kami yang pertama lagi,60% lagu2 di dalam album itu adalah hasil karya kami sendiri.Konsep ini datang dari kami semua selepas beberapa perbincangan.Semua member sangat rindukan kampung halaman masing-masing dan sejak menyertai SME,blm sekalipun kami dapat pulang ke Malaysia.Jadi kami ingin menyampaikan emosi kami ke dalam lagu2 baru kami yang akan datang.

Hodong:Itulah satu-satu benda yang perlu dilalui para idol dari luar.Mereka terpaksa berkorban untuk mencari rezeki selain mencapai cita-cita masing-masing.Kita ada ramai idol dari luar dan mereka juga akan merasai benda yang sama.Tapi jangan risau anda akan sentiasa menerima kasih sayang yang melimpah ruah dari para peminat anda.

Lee Seungi:Baiklah sekarang MC Kim,kita ada seorang lagenda bersama kita hari ini.

Hodong:Ya MC Lee.Lagenda ini akan bercerita mengenai pengalamannya selama lebih 25 di dalam industri.

Lee Seungi:Lagenda ini juga mendapat gelaran Putera.Putera apa?Kita akan berjumpa dengan lagenda ini selepas ini.

Acara Strong Heart diteruskan dengan menemubual idol2 lain.Sepanjang acara itu,mereka berkongsi banyak rahsia-rahsia yang tidak diketahui umum dan ia sangat melucukan.Masing-masing bergelak ketawa mendengar cerita masing-masing.Memang acara yang sangat seronok bagi semua.

Lee Seungi:Baiklah tadi kita dah beritahu bersama kita hari ini,seorang lagenda yang sudah berada dalam industri lebih 25 tahun!

Hodong:Kita gelar lelaki kacak ini dengan pelbagai gelaran,aktif dalam bidang mengubah lagu dan juga terkenal sebagai juri yang berlidah tajam dalam komen2nya.Kita mempersilakan,Prince of Ballad,Lee Seungchul!

Semua tetamu serta penonton di studio terkejut apabila MC Lee mengumumkan Lagenda Ballad Korea,Lee Seungchul turut berada di acara Strong Heart.Perlahan2 Lee Seungchul keluar dari pintu masuk yang berada di belakang guest dan idol2 yang ada terus berdiri menandakan tanda hormat terhadap sunbae mereka di dalam dunia nyanyian.Lee Seungchul memenangi pelbagai anugerah sepanjang kariernya dan dikatakan telah menghasilkan 40 lagu bermacam-macam genre untuk dirinya dan juga penyanyi-penyanyi lain.Ia merupakan satu penghormatan besar untuk seorang lagenda bersama2 dengan hoobaenya yang juga masih mentah dalam bidang ini.

Lee Seungi:Annyeong Haseyo Lee Seungchul sunbaenim.Terima kasih kerana bersama kami pada hari ini..

Lee Seungchul:Annyeong Haseyo.Rasanya lama dah saya tak jejakkan kaki ke sini.

Hodong:Bagaimana perasaan anda selepas kembali ke Strong Heart Lee Seungchul-ssi?

Lee Seungchul:Saya rasa gembira dan sangat teruja untuk berada di sini bersama dengan para hoobae.

Hodong:Adakah anda sudah bersedia untuk menjawab soalan2 panas kami Lee Seungchul-ssi?

Lee Seungchul:Ya saya sudah bersedia!

Lee Seungi:Berikan tepukan yang gemuruh sekali lagi kepada Lee Seungchul-ssi!

Kehadiran Lee Seungchul sangat mengejutkan semua orang termasuklah para tetamu.Namun mereka berbangga kerana dapat bersama dengan salah seorang sunbae yang sangat hebat dan berbakat.Pelbagai soalan telah diajukan kepadanya.Lee Seungchul telah berkongsi pelbagai cerita menarik dan turut bercerita mengenai pengalamannya sebagai seorang penghibur selama 25 tahun di dalam industri.

Lee Seungchul juga berkongsi pendapat mengenai idol yang ada pada ketika ini.Beliau merasa bangga dengan pencapaian para idol yang telah membawa nama Korea ke antarabangsa.Kini hampir seluruh dunia mengetahui kewujudan K-pop atau Hallyu Wave yang sangat popular ini.Lee Seungchul menjelaskan bahawa sungguhpun K-pop sangat popular ketika ini,namun para idol kini tidak boleh leka dan malas berusaha untuk menjadi lebih baik kerana untuk memastikan Hallyu Wave ini bertahan lama,mereka perlu bekerja keras setiap masa dan menghasilkan pelbagai karya yang bertaraf antarabangsa memenuhi citarasa pendengar dan memperkukuhkan aspek seni serta budaya masyarakat Korea di dalam hasil picisan mereka.

Lee Seungi:Apa perasaan sunbae apabila mengetahui bukan hanya rakyat Korea sahaja yang membantu menyebarkan Hallyu Wave,malah orang negara luar turut menyumbang kepada peningkatan fenomena Hallyu ini?

Lee Seungchul:Sbnrny saya sangat berbangga dengan mereka ini kerana sungguh pun Korea bukan negara asal mereka,namun mereka tetap berusaha membantu menaikkan nama Korea dan saya rasa mereka perlu diberikan penghormatan.

Hodong:Kalu kite tgk,perintis masa depan Hallyu,Awi dari The Zero Range bukanlah berasal dari Korea,tetapi berjaya memikat hati ramai peminat2 Korea serta peminat2 asing.Adakah pencapaian ini yang Seungchul-ssi harapkan untuk artis2 Korea capai?

Lee Seungchul:Sudah tentu.Saya sentiasa menasihatkan para hoobae agar jangan leka dan terus berusaha kuat.Sebenarnya saya sangat kagum dengan Zero Range kerana mereka berjaya menghasilkan lagu2 yang sangat hebat selain membina nama mereka di sini.Sikap kuat berusaha mereka perlulah dicontohi oleh semua hoobae2 di luar sana.

Lee Seungchul memuji2 kehebatan serta kecekalan ZR dalam menempuhi hari2 mereka sebagai seorang idol.Ternyata bukan mudah untuk berjaya di dalam bidang muzik dalam masa terdekat lebih2 lagi negara orang.Lee Seungchul juga sangat mengagumi pencapaian ZR dalam masa setahun ini.Ternyata ZR mempunyai masa depan yang sangat cerah dan mereka akan terus maju demi mendapatkan apa yang dicari2 oleh mereka.Segala pujian sunbae,mencetuskan inspirasi Awi dan kawan2 yg lain untuk terus bekerja kuat demi mencapai misi dan matlamat mereka sebagai penghibur…

To Be Continued……….

No comments:

Post a Comment