
Populariti Melow meningkat naik dengan cepat sejak dia menyertai rancangan realiti Let’s Go Dream Team yang menyaksikan kehebatan peserta2nya secara mental dan fizikal.Sejak menjadi tetamu jemputan dalam rancangan tersebut,Melow mendapat perhatian dari semua orang dengan bakat serta potensi Melow sebagai seorang atlet.Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi Melow sangat aktif dalam kokurikulum di mana dia selalu mewakili sekolah dalam sukan bola sepak dan olahraga dan penah memenangi beberapa acara dan dipilih sebagai Tokoh Sukan.
Sebagai vokalis ZR,Melow memainkan peranan yang sangat penting dalam perjalanan seni ZR.Suara Melow sangat diperlukan oleh ZR kerana suara Melow merupakan elemen utama ZR sebagai band yang bermain muzik pop rock.Sungguhpun Melow tidak yakin pada kekuatan suaranya,namun bukan sahaja rakan2nya,malah para peminat serta senior2 dalam bidang nyanyian turut mengagumi suara Melow.Masalah Melow ialah dia kurang keyakinan terhadap kemampuannya sendiri.
Pada hari ini merupakan Seolnal special yang telah dirakamkan untuk tayangan ketika tahun baru 2 minggu sebelum Seolnal itu sendiri.Menampilkan legend2 Dream Team seperti Super Junior Eunhyuk,Shinee Minho,2PM Junho dan Wooyoung,G.O.D Danny,Mighty Mouth Sangchu dan beberapa lagi artis popular.Masing-masing bersemangat untuk menjadi the best player untuk siri itu di mana mereka akan merebut title ‘King Of The Kings’
Eunhyuk:Yaaaa…Lamanya aku tak bersukan macam nie!Haish x yakin pulak boleh menang bnda nie.
Minho:Alah Hyung.Xpayah merendah diri sangat.
Melow:Nampaknya hari nie competition dia semakin sengitla.Sebab ada korang semua.
Junho:Melow nampaknya kte bertempur lagila.Rasanya kami akan menang.
Wooyoung:Sapa kate kami?Aku sorg je!Haha..
Eunhyuk:Oit!Aku sunbae!Korg patut bagi aku menang!Bedebah punya junior!
Junho:Alah hyung.Hyung dah slalu menang.Kasi pulak yang muda2 menang.
Wooyoung:Btul 2.Super Junior dah tua dah.Ini kami yang muda2 patut teruskan legasi..
Eunhyuk:Argh tua ke muda korg kena bagi aku menang jugak.Kalu x siap korg!
Minho:Hyung,jangan lupa pada saya pulak..
Gelak tawa mereka menunjukkan betapa rapatnya mereka antara satu sama lain.Mungkin mereka terlalu sibuk dengan schedule yang ketat,namun apabila bertemu di dalam rancangan variety seperti ini menjadikan mereka lebih rapat dari biasa.Dan tiada apa yang dapat menghalang mereka.
Dalam recording ini mereka telah diberikan beberapa instruction mengenai perkara2 yang perlu mereka lalui sepanjang pertandingan itu nanti.Dalam pertandingan kali ini,mereka akan diuji dari segi masa,kecekapan serta kekuatan.Terdapat 5 ujian.Pemenang akan diberikan mata dan pada akhir pertandingan peserta yang berjaya mengumpulkan mata yang tertinggi akan dinobatkan sebagai juara sekaligu mendapat gelaran ‘King of the Kings’.
Pertandingan pertama menguji kepantasan mereka.Para peserta akan berlari pecut 100m dan di hadapan mereka tersedia beberapa bendera.Dan setiap bendera mempunyai markah tambahan yang berbeza2 yang ditampal dengan kertas putih untuk menyembunyikan markah tersebut.Peserta yang sampai ke garisan pertama akan diberi 10 markah,peserta kedua 9 markah dan seterusnya mengikut kedudukan.Peserta ke 10 akan diberi 0 markah.Peserta juga diingatkan selepas pusingan ke 3 5 peserta yang tercorot akan tersingkir dari permainan dan pusingan ke final akan memperlihatkan 2 orang sahaja finalis yang akan bertanding.Tentunya jalannya sangat sukar dan peserta kelihatan sangat bersemangat untuk meraih gelaran juara.
Pertandingan pertama bermula.Para peserta berlari sepenuh hati demi mendapatkan 10 mata penuh selain berharap mendapat mata tambahan yang terbanyak.Ketika berlumba masing2 memecut dengan kelajuan yang sangat mengagumkan!Namun hanya ada satu juara.Junho berjaya mendapat tempat pertama,Minho kedua,Melow ketiga,Eunhyuk keempat,diikuti rapat oleh Wooyoung,Sangchu,Danny,Jo Sungmo,Choi Sungmin dan yang terakhir sekali Park Hyun Bin.Selepas memeriksa bendera masing2 Jo Sungmo mendapat 5 mata tambahan.Danny 4 mata tambahan,Sangchu 3 mata tambahan,Melow 2 mata dan Wooyoung satu mata dan yang lain mendapat 0 mata.Kedudukan sekarang ialah Junho dan Melow seri dengan 10 markah,Minho 9 mata,Sangchu,Danny dan Jo Sungmo terikat dengan 8 mata,Eunhyuk dengan Wooyoung 7 mata,Sungmin 2 mata dan Hyunbin tempat yang terakhir.
Untuk permainan kedua,ialah High Jump di mana peserta perlu melompat melepasi bangku2 yang disusun tinggi.Setiap pusingan akan menyaksikan peserta yang gagal menyempurnakan lompatan akan tersingkir dan kedudukan peserta akan ditentukan mengikut tempat yang mana mereka mampu bertahan.Dalam permainan ini para peserta perlu menggunakan sebaik mungkin penginjak yang disediakan untuk peserta melompatkan diri melepasi bangku2 tersebut.Peserta yang mempunyai aerodinamik yang tinggi akan mudah melepasi bangku2 tersebut.Peserta pertama yang gagal menyempurnakan misi mereka pada ketinggian 3.5 m ialah penyanyi trot Park Hyunbin.Pemenang pusingan ini ialah Sangchu yang berjaya melepasi 7.5 m namun gagal pada 8m.Melow pula mendapat tempat kedua pada 7.0 m.Kedudukan sudah bertukar posisi apabila Melow menaiki tempat pertama dengan 19 mata,Sangchu 18 mata,Minho dan Danny terikat di tempat 3 dengan 15 mata.
Perlawanan ketiga ialah sit-up contest di mana peserta akan berada di posisi baring di bawah gong.Mereka hendaklah melakukan sit-up sambil membunyikan gong dengan kepala mereka selama 1 minit.Peserta yang berjaya melakukan sit-up plg banyak akan memenangi pertandingan itu.Keputusan menyaksikan Sangchu sekali lagi memenangi pertandingan itu dengan berjaya melakukan 38 sit up dalam masa seminit.Sangchu berjaya merampas tempat pertama dengan 23 markah,Melow masih mengekalkan prestasi cemerlang dengan 21 markah mengejar rapat di belakang Sangchu,Minho 15 markah dan Danny 18 markah.Hyunbin,Sungmin,Wooyoung,Jo Sungmo dan Eunhyuk yang berada pada kedudukan 5 terbawah akhirnya tersingkir dari permainan.Semua orang terkejut apabila melihat pilihan utama Eunhyuk tersingkir.Eunhyuk hanya mampu tersenyum dalam malu.
Pertandingan seterusnya di namakan sebagai Ride! Taekwon V di mana peserta perlu melompat ke arah batang lembut berdiameter 20 m di mana mereka perlu bertahan selama 20 saat sebelum berjaya.Batang itu akan bergerak setiap kali semua peserta berjaya melepasi yang pertama.Jarak pertama ialah 3 m.Kesemua peserta berjaya melepasi jarak yang pertama.Pada jarak 5m Danny gagal melepasinya.Pemenang bagi acara ini ialah Junho yang berjaya melepasi jarak 8m.Kedudukan sekarang telah berubah. 3 peserta seri dengan pungutan mata yang sama iaitu Junho,Sangchu dan Melow dengan 25 mata.Sepatutnya hanya 2 peserta yang akan memasuki pertandingan akhir.Namun selepas sepakat,Junho juga berjaya memasuki pertandingan akhir dan kini mempunyai 3 finalis.Minho dan Danny tersingkir di pusingan ke 4.
Pertandingan akhir sangat mencabar apabila para peserta dikehendaki merentasi trek sepanjang 5 m yang dipenuhi dengan pelbagai halangan.Peserta pertama yang berjaya menekan buzzer paling cepat akan menang cabaran ini dan memenangi pertandingan ini secara keseluruhan.Halangan pertama yang perlu ditempuhi ialah platform bergoyang di mana platform it sangat kecil dan akan bergerak2 sekiranya ada orang melaluinya.Halangan kedua ialah rolling barrel yang akan bergolek untuk mengganggu peserta.Halangan ketiga ialah break that wall di mana peserta perlu melepasi setiap dinding2 itu dengan cara mengangkatnya dan melepasinya secepat mungkin.Setiap dinding mempunyai berat yang berbeza.
Peserta pertama yang mencabar ialah Junho.Junho mempunyai masalah di rolling barrel apabila berkali2 tersungkur.Dia berjaya menamatkan cabaran itu dengan 2 minit 50 saat.Sangchu peserta seterusnya berjaya menamatkan cabaran dengan 2 minit 15 saat.Satu masa yang sangat susah untuk dikalahkan.Pressure sekarang kepada Melow yang perlu menekan buzzer sebelum jam berdetik 2 minit 15 saat.Melow cekalkan hati dan cuba memberi cabaran yang sengit kepada Sangchu.Melow menamatkan cabaran dengan 2 minit 20 saat.5 saat lewat dari masa Sangchu.Ianya sangat dekat dan Melow hampir menang.Juara keseluruhan pertandingan dan berjaya mendapatkan gelaran the ‘King of Kings’ ialah Sangchu.Sungguhpun agak kecewa namun Melow berasa puas dan gembira kerana telah melakukan yang terbaik.Masih banyak masa lagi untuk dia menang di masa hadapan.
To Be Continued…..
No comments:
Post a Comment