The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, September 14, 2011

Bab 82:Awi Yang Malu!

Pernah mengalahkan lead guitarist lagenda metal,Ryusashi dari kumpulan Versailles sudah cukup membuatkan orang ramai mengenali Awi,lead guitarist dari kumpulan yang sedang meningkat naik Zero Range.Itu merupakan kejayaan yang sangat dibanggakan oleh para netizen kerana ketika itu Awi bukan sahaja membawa nama ZR,malah nama Korea turut dipertaruhkan.Pertarungan yang berlaku di Jepun itu jelas membuka peluang untuk Awi mengukir namanya di persada muzik Asia dan kini nama Awi dikenali hampir di seluruh Asia.

Awi juga seorang yang sangat aktif dalam variety show.Penampilannya di rancangan2 yang berlandaskan muzik menerima komen yang positif dari para netizen serta peminat2nya.Awi juga banyak menerima CF yang mempromosikan muzik sebagai elemen utama dalam iklan mereka.Ternyata Awi semakin hari semakin dikenali sebagai ikon muzik Korea yang bakal menggantikan lagenda2 sebelum ini.

Di awal penubuhan ZR lagi Awi merupakan seorang yang memainkan peranan penting demi memacu perjalanan ZR.Banyak perkara2 suka dan duka telah Awi lalui dalam dunia muzik.Di dalam ZR juga Awi merupakan ahli pertama yang berkecimpung di dalam bidang muzik seawal umur 13 tahun.Awi mendapat pengajaran muzik dari pak ciknya.Pada mulanya Awi hanya fokus pada gitar dan kemudian bertukar ke intrument lain seperti drum dan keyboard.Awi juga adalah orang yang telah mengrekrut ahli2 ZR.Bermula dari Melow dan Noa,Amir,Copie dan terakhir sekali Gin yang menyertai pada 2008.Kesemua mereka mempelajari instrument muzik melalui Awi dan pada awal2 penubuhan dahulu,kewujudan mereka tidak mendapat response dari rakan2.Kebanyakan mereka tidak percaya dengan kebolehan ZR dan ada yang merendah2kan lagi semangat serta dedikasi mereka terhadap muzik.Namun Awi sedar,itulah cabaran yang perlu dilaluinya sebagai musician.

Sepanjang berada di Korea,Awi jarang dapat menghubungi keluarganya.Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja,menghalang Awi untuk berhubung dengan ahli keluarga yang jauh di Malaysia.Pada mulanya,ketika mendapat tawaran untuk menyertai SME dan pergi ke Korea,Awi mendapat tentangan hebat dari keluarganya.Mereka tidak membenarkan Awi pergi kerana bagi mereka masa depan mereka tidak terjamin.Tawaran yang diterima hanyalah untuk menjadi trainee dan belum tentu lagi Awi akan menjadi artis.Namun mungkin kerana takdir,keluarganya tetap merelakan pemergian Awi.Ternyata pengorbanan yang dilakukan mereka tidak sia2 apabila kini Awi sudah bergelar idol dan bintang yang bersinar megah di persada Asia.

Satu lagi rahsia sama seperti rakan yang lain,Awi juga mempunyai hubungan rapat dengan seseorang.Orang itu tak lain tak bukan ialah SNSD Sooyoung.Sejak penubuhan SNSD,Sooyoung adalah member yang paling diminati oleh Awi di dalam SNSD.Awi tertarik pada wajah Sooyoung yang comel dan keibuan.Sooyoung juga mempunyai banyak persamaan dengan Awi.Mereka berdua suka akan permainan komputer dan tidak mudah mengaku kalah.Jika ada kelapangan,Sooyoung dan Awi akan meluangkan masa bermain permainan arcade di Seoul namun semenjak Sooyoung membuat promosi di Jepun,mereka jarang dapat meluangkan masa bersama.Namun sebenarnya secara rahsia mereka sering menghubungi antara satu sama lain.Mereka saling bertukar cerita tentang satu sama lain.Sooyoung juga sering bertanya khabar Gin yang juga adik angkat kepada Sooyoung.Sooyoung sangat mengambil berat pasal Gin dan dia selalu risau akan Gin.Namun Awi sentiasa memastikan Gin tdk melakukan kesilapan.

Pada hari ini,Sooyoung dan Awi telah berjanji untuk menonton wayang bersama.Oleh kerana Sooyoung dan Awi tidak sesibuk ahli yang lain,mereka mempunyai masa untuk bertemu janji.Ini kali pertama Awi dapat meluangkan masa bersama Sooyoung setelah beberapa bulan.Memang tempoh yang sangat lama.Dan malam ini adalah malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh Awi.

Awi:Lama kan kte x keluar macam nie Sooyoung-ssi..

Sooyoung:Emm lama sangat.Sebenarnya masa dekat Jepun Sooyoung rindu sangat nak keluar pergi main arcade dengan Awi.Dekat Jepun langsung xde masa nak main arcade..

Awi:Arcade kat sana best ke Sooyoung?

Sooyoung:Best sgt.Dorang ada latest games setiap 2 minggu.Masa first time sampai sana dapatla main sekali dua.Lepas 2 dh xde masa dh.

Awi:Hmm 2la psl.ZR pn suke main arcade tapi dorang x sehebat Sooyoung.So asyik Awi je menang..Kekeke

Sooyoung:Tapi Awi boleh ke kalahkan Sooyoung?Hehe

Awi:Tgk jela nanti.

Mereka ingin menonton cerita Battlefield Heroes lakonan Jeong Jin Young dan Lee Min Shik.Cerita heroic komedi ini sangat ingin ditonton oleh Sooyoung kerana dia adalah peminat Lee Min Shik.Tiket wayang pada pukul 12 malam dan mereka mempunyai 2 jam lagi sebelum wayang bermula.Oleh itu mereka ingin mengunjungi arcade untuk menghabiskan masa.

Permainan pertama sudah pun mencabar Awi apabila mereka memilih Dance game sebagai permainan utama.Dance machine akan memainkan muzik manakala pemain perlu menekan butang di kaki mereka mengikut simbol yang dipamerkan di screen.Pemain yang mampu mengumpul mata yang banyak akan menang permainan itu.Setiap set mempunyai 3 permainan.Dan bermulalah perlawanan antara Sooyoung dan Awi.Awi mungkin hebat dengan permainan arcade.Namun apabila ia melibatkan stamina dan menari,Sooyoung lebih hebat.Dan dengan mudah Sooyoung dapat mengalahkan Awi dalam pertandingan Dance game itu.

Beralih kepada permainan kedua ialah permainan paling popular,Guitar Hero!Konsep permainannya lebih kurang sama dengan Dance Game tadi Cuma di dalam ini pemain perlu menggunakan instrument yang menyerupai gitar Cuma gitar itu tidak mempunyai tali tetapi 4 jenis butang berbeza.Pemain hendaklah menekan butang mengikut apa yang dipaparkan di skrin.Bagi pemain yang biasa bermain Guitar Hero,bukan mudah untuk Awi dikalahkan dengan permainan itu.Ternyata kecekapan Awi menekan butang mengikut apa yang dipaparkan sangat mengagumkan.Game ini memerlukan fokus serta kecekapan yang tinggi.Sungguhpun begitu,Sooyoung tidak cepat mengalah dan terus memberi saingan sengit kepada Awi.Dan seperti dijangka Awi memenangi permainan itu.

Mereka berdua sepakat untuk bermain permainan Superhero Marvel 2 di mana pemain menggunakan karakter2 superhero Marvel untuk mengalahkan pihak musuh.Permainan ini memang memerlukan skill serta ketangkasan.Corak permainan yang sama dengan permainan Tekken,ini adalah game yang terbaik untuk kedua2 mereka kerana mereka sentiasa bermain permainan ini di arcade.Awi memilih War Machine,Spiderman dan Ironman manakala Sooyoung memilih karakter Wolverine,Nightstalker dan Torchman.Permainan sangat sengit.Pusingan pertama Awi menang,kedua Sooyoung dan kini set terakhir.

Sooyoung:Awi!Bagila saya menang!

Awi:Maaf Sooyoung,saya xsuke mengaku kalah!

Sooyoung:Baik kalu macam 2,Rasakanla Serangan ini!

Sooyoung melancarkan combo bertubi2 tanpa henti.Nyawa Awi berkurangan sehingga separuh.Meninggalkan 40% dari nyawa asal.Awi terkejut dan tergamam.Namun dy cuba mengelak dari diserang lagi dan merancang untuk gerakan seterusnya.Awi perlu bergerak dengan pantas kerana hanya beberapa saat lagi permainan akan tamat.Sooyoung terus melancarkan serangan tanpa henti.Awi menunggu peluang.Meter combonya juga telah penuh.Awi mencari opening yang membolehkannya menyerang Sooyoung menggunakan combo.Masa tinggal 30 saat lagi!Tangan kedua2 mereka tidak henti2 menekan butang mesin itu.Dan masa tinggal 25 saat,Awi berjaya membuka peluang dan terus menyerang Sooyoung menggunakan combo yang disimpannya.Serangan bertubi2 dikenakan pada Sooyoung.Nyawa Sooyoung hanya tinggal 10% sahaja lagi.Sooyoung cepat membangunkan karakternya dan menyerang Awi juga menggunakan combonya.Serangan bertubi2 Sooyoung dapat dielak oleh Awi namun tidak pada serangan tipis dari Torchmen.

Karakter Awi bergelimpangan jatuh.Nyawanya kelihatan sudah sama seperti Sooyoung.Namun masa tamat dan machine telah mengisytiharkan Awi menang kerana nyawanya lebih sedikit dari Sooyoung.Satu perlawanan yang sengit.Awi menjerit kegembiraan dan Sooyoung pula menjerit kekecewaan.Namun mereka hanya tersenyum apabila melihat satu sama lain.

Mereka menuju ke panggung wayang selepas itu.Selepas perlawanan yang sengit,mereka berhibur dengan tayangan wayang itu.Ia satu malam yang hebat buat mereka berdua.

To Be Continued………..

No comments:

Post a Comment