The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, September 28, 2011

Bab 84:Amir,Stop.And.Stare!


Amir bassist ZR yang sangat diminati oleh para remaja.Amir sering kali memenangi pertandingan lelaki hebat di variety show.Para artis juga memberi gelaran Amir lelaki yang macho.Pernah sekali Amir mendedahkan di rancangan Strong Heart trdapat beberapa artis perempuan senior yang telah mengajaknya keluar.Dan apa yang didedahkan Amir itu sangat mengejutkan bukan sahaja rakan artis mahu rakan2nya sendiri.Mereka sendiri tak tahu perkara sebegitu berlaku kerana Amir bukanlah seseorang yang suka bercerita mengenai rahsianya.

Di dorm,Amir sebilik dengan Gin.Walaupun mereka sebilik namun mereka jarang bertemu atau berborak di dalam bilik kerana Gin selalu sibuk dengan schedulenya dan hanya akan pulang ke dorm pada lewat malam.Pada keesokkannya seawal jam 5 mereka akan dikejutkan untuk latihan awal pagi pula.Pun begitu,hubungan antara ahli ZR tetap rapat dan mereka akan berkongsi2 cerita antara satu sama lain.

Berbanding dengan Gin,Noa dan Awi,Amir juga memilih untuk lebih berada di agensi berbanding pergi menghadiri rancangan2 variety.Apa yang berbeza Amir lebih banyak menerima tawaran cf berbanding Copie.Amir juga bercita2 untuk menyambung pelajarannya ke Universiti.Dalam sibuk dengan karier seninya,Amir masih mencari masa untuk mengulangkaji pelajaran dan dia ingin mengambil ujian kemasukkan kolej yang akan berlangsung pada bulan 11 ini.Bukan Amir sahaja,malah ahli ZR yang lain juga turut menyatakan hasrat mereka untuk membuat perkara yang sama seperti Amir.

Amir juga banyak terlibat dengan aktiviti2 outdoor di mana mengimbas kembali pengalamannya sebagai pengakap Diraja ketika zaman persekolahannya di Malaysia,banyak memberinya peluang untuk melakukan rancangan tv yang berlandaskan alam semulajadi.Pada mulanya permintaan Amir untuk terlibat dalam plan2 yang sebegitu mendapat tentangan dari board SME yang memberi alasan bahawa imej seperti itu tidak patut diberikan kepada Amir sebagai seorang idol.Namun atas galakan kerajaan Korea Selatan yang ingin mempromosikan Bumi Hijau,Selamatkan Alam Sekitar,menyahut seruan badan dunia yang ingin menyebarkan ideologi selamatkan alam sekitar yang kian tercemar,SME memberi kebenaran kepada Amir untuk melakukan seperti apa yang dirancangnya.Kini Amir mendapat banyak tawaran untuk menjadi duta alam sekitar.

Ra-Ik:Amir,ko hari ada 3 schedule.First rakaman rancangan Wild Life,then pkul 2 hadiri acara radio kemudian kena pegi Ministry of Environment plak untuk perbincangan pasal duta 2..

Amir:Ne hyung xde masalah.

Ra-Ik:So semalam practice mcmne?Ok ke?

Amir:Ok je hyung.Ada gaduh sikit2 mcm biasala..

Ra-Ik:Okla mcm 2..At least latihan berjalan lancar.

Amir:Hyung,kami boleh ke blk ke Malaysia bila2 masa?

Ra-Ik:Sebenarnya itu trpulang pada SME.Slalunya mereka akan bagi cuti khas untuk semua artis mereka.Kenapa?Ko nk balik Malaysia ke?

Amir:Ye hyung.Lama dah xblk.Rindu rasanya pada keluarga.

Ra-Ik:Xpela.Sekarang nie kerja keras dulu.Nanti2 barula minx cuti.Mesti SME bagi jugak nanti.

Amir:Eh hyung,bln depan birthday Gin,Noa dgn Melow.Xnk prepare ap2 untuk dorang ke?

Ra-Ik:Oh yeke?Hyung pn lpela.Hmm…Apa kate kite buat parti nak?

Amir:X kisah hyung.Tp kena cari masa la..Takut dorg busy plak…

Ra-Ik:2la pasal.Xpe nanti kte bincang lagi..

***************************

SNSD sedang berehat sambil menonton television di bilik rehat.Pada hari ini mereka membuat appearance di Hyeochul Sketch Book di KBS 2.Sedang2 menonton,salah satu iklan Amir tersiar di kaca tv.

Hyoyeon:Eh korg smua xrapat dengan Amir ke?

Sunny:Kenal mcm2 2 je..X rapat sangat..

Tiffany:Amir 2 nampak manly sangat.Ramai peminat kot..

Yuri:Mestilah.Kenapa Hyoyeon?Ko minat Amir ke?

Hyoyeon:Amir pn hensem jugak.So apa salahnya..Haha..

Sunny:Ya!Abis Nizar mcmne?

Hyoyeon:Ala Sunkyu.Bukannya xblh pasang 2..Nizar hebat menari,Amir pandai main bass.2 2 pn hebat.Jadi apa salahnya..

Yuri:Yalah Hyoyeon.Jang Dong Gun la,Sangchu la,Daniel Henny la.Apa2 jela..

Sunny:Ya Yuri-ah,Taewoo oppa mcmne?Hehehe

Yuri:Issh!Sunkyu!Jgnla ckp pasal Taewoo oppa!Aku dh lupa dh..

Hyoyeon:Taewoo oppa romantik ap?Haha..Awk berdua akan dapat anak yang sangat hensem dan comel!

Yuri:Ish xnkla..Eh td kte tgh bincang pasal Amir..Knp tbe2 msk kisah lain plak nie?

Sunny:Xpyhla nk ubah topik Yuri-ah.Haha..

Tiffany:Kalu blh aku pn nk kenal Amir lebih dekat lagi..

*********************************

Ketika latihan,Amir adalah ahli yang paling pendiam.Dia hanya cuba memfokuskan diri pada latihannya.Sungguhpun kini dia adalah seorang idol,Amir masih mempunyai masalah dengan permainan bassnya.Kadang2 temponya lari dan kadang2 dia terlupa chords.Amir selalu dimarahi oleh rakan2nya kerana gagal menyempurnakan tugasnya dengan baik walaupun sudah berlatih banyak kali.

Noa:Amir!Nie kali ketiga ko salah main lagi!Come on!Kte dh nak release album dah!

Melow:Kenapa ko masih xdapat lagi?Apa masalahnya?

Gin:Amir ko de problem dengan instrument ke?

Amir:Tak.Aku hilang fokus.Aku tak dengar beat drum..

Noa:Kalu macam 2 ko kenala fokus lagi!Come on Amir!Be Serious!

Awi:Apa kate kte smua rehat 5 min?Stand down…

Copie:Amir ko hafal x bass tabs ko btul2?

Amir:X brapa sangat.Aku mixed up..

Copie:Bile ko x hafal,itu ko susah nak pick up.Ko xde cara lain selain hafal tabs 2.

Awi:Lagi satu ko kena fokus pada bunyi drum.Ble ko dengar bunyi drum,rasanya xde problem ko nak follow the notes.Ko no 3 penting Amir.Drum akan ikut lead ak,bass akan ikut drum Noa,Keyboard dengan Rhythm akan ikut bass ko.So kalu ko silap,semua akan sumbang nanti.

Amir:Ok ak try..

Malam itu Amir tidak dapat tidur lena.Dia mengambil keputusan untuk hafal bass tabsnya itu.Dia menuju ke ruang tamu dan mengambil bassnya di situ dan berlatih secara unplugged.Amir cekalkan hatinya untuk berlatih kerana dia tidak mahu menjadi punca rakan2 yang lain ditenggelami dengan kesilapan2 yang dilakukannya.Apa lagi mereka bukan lagi idol baru malah memegang rekod triple crown terpanjang di Korea.Maka kepulangan mereka kali ini perlu lebih hebat dari sebelumnya.Ternyata bukan hanya dia,malah rakan2 yang lain turut berasa bimbang dengan jika mereka gagal memberikan yang terbaik untuk album baru ini.

Latihan dijalankan lagi seperti biasa keesokkan harinya.Mereka terus berlatih dan berlatih dan hanya tinggal 3 minggu lagi sebelum mereka beraksi dengan album terbaru.Hari ini Amir kelihatan lebih fokus dan yakin berbanding latihan sebelumnya.Latihan akhirnya bermula.Lagu pertama yang dibawa mereka,4 Season.Amir bermain dengan penuh keyakinan.Latihan semalam dimanfaatkan oleh Amir ketika sesi latihan.Walaupun mempunyai kesilapan di sesetengah tempat,namun ia lebih baik berbanding latihan semalam.

Melow:Amir!Bagus gle ko hari nie!Ko dh improve!

Noa:Btul 2!Barula semangat sikit nak main kalu mcm nie!

Gin:Msh ad silap sikit2,tapi Insyaallah blh diperbetulkan lagi.Teruskan usaha!

Amir:Thanks weh!Aku cuba lagi perbaiki kesilapan2 aku!

Amir berasa gembira apabila mendapat pujian dari rakan2nya.Kini mereka semakin bersedia untuk kembali ke pentas muzik selepas 8 bulan.Harapan mereka adalah satu,mengulangi kejayaan Orenjisaekbyeol terdahulu..

To Be Continued……….

Wednesday, September 21, 2011

Bab 83:A Day With The Ice Queen..


Hari ini Gin dan Jessica SNSD buat pertama kali digandingkan di satu cf sebagai model pakaian SPAO.Walaupun mereka sudah mengenali antara satu sama lain buat satu masa yang agak lama,kedua2 mereka tidak serapat yang disangka.Mungkin kerana Jessica jarang meluangkan masa bersama ZR membuatkan mereka berasa asing antara satu sama lain.Namun Gin mengambil kesempatan ini untuk menjadi lebih rapat lagi dengan Jessica.
Gin:Jessica noona,saya jarang buat cf pakaian nie.Blh noona ajar saya?
Jessica:Jgn risau Gin-ssi.Blh je.Yang penting jgn malu2 depan kamera.
Gin:Oh.Baik noona.Fuh~
Jessica:Look straight into the lens.Dont hesitate.
Gin:Ne noona..
Gin mengambil nasihat Jessica dan melakukan apa yang telah diajar oleh sunbaenya.Sebenarnya Gin x biasa dengan bergambar sejak kecil lagi.Setiap kali sesi bergambar,wajah Gin akan jarang kelihatan.Fobia akan kamera,gambar-gambar Gin adalah yang paling susah dijumpai dikalangan ahli ZR yang lain.Tidak yakin pada wajah dirinya sendiri menyebabkan Gin lebih suka gambarnya tidak diambil orang.Namun oleh kerana kini dia seorang idol,hendak atau tidak,Gin terpaksa membiasakan dirinya dengan berposing di hadapan kamera.
Photographer:Ok take 5 semua!
Jessica:Hah Gin-ssi mcmne?
Gin:Ok noona.Saya dah cuba yang terbaik.
Jessica:Okla 2..Kena tambah feeling lagi.Gin-ssikan pelakon.Mesti boleh punya.
Gin:Ne noona.Erm noona..
Jessica:Ye?
Gin:Noona ckp jela mcm biasa dengan saya.Xpayah gune honorifics lagi.Lagipun ktekan dah lama kenal.So xpyhla nk segan2 dgn saya.
Jessica:Ye ke?Ok kalu macam 2,noona cakap mcm biasa ye?
Gin:Ne noona.Jangan segan2..
Jessica:Ok kalu macam 2,Gin pegi amikkan air untuk noona blh?
Gin:Ne noona.Dont worry,I’ll get it..
Jessica:Thank You…
Gin:Noona nie airnya.
Jessica:Gomawo.Blh tlh noona amikkan tisu basah?
Gin:Ne noona.Saya pergi amik sekarang.
Jessica membuli dongsaengnya itu.Jessica sengaja menyuruh Gin membuat itu ini untuk bergurau dengan Gin.Gin hanya mengikuti apa yang sunbae dan juga noonanya suruh.Dia menganggap ini sebagai satu cara untuk menjadi lebih rapat lagi dengan Jessica.Namun tidak disedari bahawa hari ini Gin akan bersama dengan Jessica buat seketika.
Ra-Ik:Gin,hyung xdpt sampai ke sana la.Hyung kt hospital bwk Melow pegi checkup.Dy jatuh dari stage td.
Gin:Eh yeke hyung?Xpela kalu macam 2.Saya blk naik public transport jela.Lagipun mlm nanti baru ada shootingkan?
Ra-Ik:Hyung dah bagitau manager SNSD.Dy ckp ko blh tumpang van SNSD.Cuma ko kena ikut schedule Jessica-ssila.Katenya pkul 3 baru dorg gerak blk.Xpe ke?
Gin:Ne hyung.Xde masalah.
Ra-Ik:Kalu mcm 2 okla.Nanti ap2 call hyung ye.
Gin:Ne hyung.
Gin hanya berfikiran positif.Sekurang2nya dy dapat mengenali Jessica lebih rapat lagi.Pada masa yang sama dia merisaukan keadaan Melow yang dimasukkan ke hospital akibat terjatuh.Melow sedang menjalankan rakaman Let’s Go Dream Team.Dia x henti2 berdoa keselamatan Melow.
Gin:Noona,arini saya tumpang van SNSD ye.Ra-Ik hyung xdpt amik saya.
Jessica:Geurae?Kalu macam 2 jomla kte gerak sekarang.Blh tlg bwkkan handbag noona?
Gin:Ne noona…
Mereka menuju ke downtown untuk rakaman cf minuman Cider terbaru Jessica keluaran syarikat K di selatan Seoul.Sepanjang di dalam kereta Gin hanya senyap dan memandang ke luar tingkap.Suasana di dalam van itu sangat senyap.Sesekali manager SNSD akan berborak dengan Gin.Jessica pula hanya berehat sambil mendengar mp3nya.
Jessica:Gin..
Gin:Ne noona?
Jessica:Dalam So Nyuh Shi Dae,dengan sapa Gin paling rapat?
Gin:Paling rapat?Hmm Sooyoungie noona dengan Sunkyu noona.
Jessica:Sooyoungie dengan Sunny?Bukan dulu awk rapat dengan Yoona ke?
Gin:Dulu saya rapat dengan Yoona-ssi.Tapi sekarang kami dah jarang berhubung.Sejak skandal aritu.
Jessica:Oh.Member mana yang Gin plg x rapat?
Gin:Dulu saya rasa susah nak bercakap dengan Jessica noona dengan Tiffany noona.Tapi sekrang saya dah kenal lebih rapat dengan Jessica noona,jadi saya x rapat lagi dengan Tiffany noona la.
Jessica:Ah geurae?Knp x rapat dengan kami?
Gin:Sebab Jessica noona jarang bercakap ble kte smua berkumpul.Jadi saya x brapa kenal dengan noona sangat.
Jessica:Masa first time Gin jumpa noona,what’s your first impression on me?
Gin:First impression?Ice Queen.
Jessica:MWO? (Memalingkan muka sambil merenung Gin)
Gin:Err..Err noona nampak cold sangat.Tapi sebenarnya noona seorang yang baik,lembut hati dengan sangat cantik.
Jessica:Heh smua orang pun cakap mcm 2..
Gin:Fuh~
Selepas menamatkan penggambaran cf,Jessica membawa Gin ke shopping mall.Jessica ingin membeli pakaian baru.Satu demi satu butik yang Jessica masuk dan melihat pakaian2 yang cantik2.Namun malang bagi Gin apabila barang2 yang sudah dibeli oleh Jessica di pegang oleh Gin semuanya.Jessica hanya menyerahkan beg2 yang berisi pakaiannya kepada Gin.Sebagai dongsaeng,Gin hanya terpaksa mengikut apa yang disuruh oleh Jessica.
Jessica:Gin!Senyum!
*Click*Jessica menangkap gambar Gin yang sedang memegang semua barang2 Jessica.Gin terkejut dengan tindakan spontan Jessica.Apabila ditanya Jessica tidak menjawab dan hanya meneruskan perjalanan ke kedai yang seterusnya.Namun Gin hanya tersenyum melihat gelagat Jessica yang tidak mempedulikan orang sekelilingnya dan hanya membeli belah mengikut keperluannya.Memandangkan ini adalah peluang untuk mereka membuang rasa tidak selesa antara satu sama lain,Gin laluinya dengan sempurna..
Jessica:Gin!Senyum lagi!
Gin:Kenapa noona tangkap gambar saya lagi?Kali nie muka noona pun ada..
Jessica:Noona nak upload gambar Gin kena buli kat twitter..Hahaha
Gin:Eh twitter?Knp?
Jessica:Sebab noona nk tunjuk yang noona rapat dgn Gin..Haha
Gin:Haha noona nie..Apala..
Jessica:Gin kenal dengan Krystal x?
Gin:Krystal-ssi?Saya belum ada peluang nak jumpa dengan F(X) sunbaenim lagi..
Jessica:Nanti noona kenalkan kepada kamu..
Gin:Eh betul ke?Wah x sabarnya..
Jessica:Tapi dengan satu syarat…
Gin:Syarat apa?
Jessica:Gin kena belanja noona shopping oh yeah!
Gin:Hah?Not again…
Mereka berdua sangat serasi.Jessica juga memberi tindakbalas yang baik kepada Gin.Akhirnya dinding di antara mereka telah pun dipecahkan.Perhubungan mereka semakin baik setiap hari.Tiada lagi perasaan awkward di antara mereka.Ini memang satu berita yang baik.
To Be Continued…………..

Wednesday, September 14, 2011

Bab 82:Awi Yang Malu!

Pernah mengalahkan lead guitarist lagenda metal,Ryusashi dari kumpulan Versailles sudah cukup membuatkan orang ramai mengenali Awi,lead guitarist dari kumpulan yang sedang meningkat naik Zero Range.Itu merupakan kejayaan yang sangat dibanggakan oleh para netizen kerana ketika itu Awi bukan sahaja membawa nama ZR,malah nama Korea turut dipertaruhkan.Pertarungan yang berlaku di Jepun itu jelas membuka peluang untuk Awi mengukir namanya di persada muzik Asia dan kini nama Awi dikenali hampir di seluruh Asia.

Awi juga seorang yang sangat aktif dalam variety show.Penampilannya di rancangan2 yang berlandaskan muzik menerima komen yang positif dari para netizen serta peminat2nya.Awi juga banyak menerima CF yang mempromosikan muzik sebagai elemen utama dalam iklan mereka.Ternyata Awi semakin hari semakin dikenali sebagai ikon muzik Korea yang bakal menggantikan lagenda2 sebelum ini.

Di awal penubuhan ZR lagi Awi merupakan seorang yang memainkan peranan penting demi memacu perjalanan ZR.Banyak perkara2 suka dan duka telah Awi lalui dalam dunia muzik.Di dalam ZR juga Awi merupakan ahli pertama yang berkecimpung di dalam bidang muzik seawal umur 13 tahun.Awi mendapat pengajaran muzik dari pak ciknya.Pada mulanya Awi hanya fokus pada gitar dan kemudian bertukar ke intrument lain seperti drum dan keyboard.Awi juga adalah orang yang telah mengrekrut ahli2 ZR.Bermula dari Melow dan Noa,Amir,Copie dan terakhir sekali Gin yang menyertai pada 2008.Kesemua mereka mempelajari instrument muzik melalui Awi dan pada awal2 penubuhan dahulu,kewujudan mereka tidak mendapat response dari rakan2.Kebanyakan mereka tidak percaya dengan kebolehan ZR dan ada yang merendah2kan lagi semangat serta dedikasi mereka terhadap muzik.Namun Awi sedar,itulah cabaran yang perlu dilaluinya sebagai musician.

Sepanjang berada di Korea,Awi jarang dapat menghubungi keluarganya.Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja,menghalang Awi untuk berhubung dengan ahli keluarga yang jauh di Malaysia.Pada mulanya,ketika mendapat tawaran untuk menyertai SME dan pergi ke Korea,Awi mendapat tentangan hebat dari keluarganya.Mereka tidak membenarkan Awi pergi kerana bagi mereka masa depan mereka tidak terjamin.Tawaran yang diterima hanyalah untuk menjadi trainee dan belum tentu lagi Awi akan menjadi artis.Namun mungkin kerana takdir,keluarganya tetap merelakan pemergian Awi.Ternyata pengorbanan yang dilakukan mereka tidak sia2 apabila kini Awi sudah bergelar idol dan bintang yang bersinar megah di persada Asia.

Satu lagi rahsia sama seperti rakan yang lain,Awi juga mempunyai hubungan rapat dengan seseorang.Orang itu tak lain tak bukan ialah SNSD Sooyoung.Sejak penubuhan SNSD,Sooyoung adalah member yang paling diminati oleh Awi di dalam SNSD.Awi tertarik pada wajah Sooyoung yang comel dan keibuan.Sooyoung juga mempunyai banyak persamaan dengan Awi.Mereka berdua suka akan permainan komputer dan tidak mudah mengaku kalah.Jika ada kelapangan,Sooyoung dan Awi akan meluangkan masa bermain permainan arcade di Seoul namun semenjak Sooyoung membuat promosi di Jepun,mereka jarang dapat meluangkan masa bersama.Namun sebenarnya secara rahsia mereka sering menghubungi antara satu sama lain.Mereka saling bertukar cerita tentang satu sama lain.Sooyoung juga sering bertanya khabar Gin yang juga adik angkat kepada Sooyoung.Sooyoung sangat mengambil berat pasal Gin dan dia selalu risau akan Gin.Namun Awi sentiasa memastikan Gin tdk melakukan kesilapan.

Pada hari ini,Sooyoung dan Awi telah berjanji untuk menonton wayang bersama.Oleh kerana Sooyoung dan Awi tidak sesibuk ahli yang lain,mereka mempunyai masa untuk bertemu janji.Ini kali pertama Awi dapat meluangkan masa bersama Sooyoung setelah beberapa bulan.Memang tempoh yang sangat lama.Dan malam ini adalah malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh Awi.

Awi:Lama kan kte x keluar macam nie Sooyoung-ssi..

Sooyoung:Emm lama sangat.Sebenarnya masa dekat Jepun Sooyoung rindu sangat nak keluar pergi main arcade dengan Awi.Dekat Jepun langsung xde masa nak main arcade..

Awi:Arcade kat sana best ke Sooyoung?

Sooyoung:Best sgt.Dorang ada latest games setiap 2 minggu.Masa first time sampai sana dapatla main sekali dua.Lepas 2 dh xde masa dh.

Awi:Hmm 2la psl.ZR pn suke main arcade tapi dorang x sehebat Sooyoung.So asyik Awi je menang..Kekeke

Sooyoung:Tapi Awi boleh ke kalahkan Sooyoung?Hehe

Awi:Tgk jela nanti.

Mereka ingin menonton cerita Battlefield Heroes lakonan Jeong Jin Young dan Lee Min Shik.Cerita heroic komedi ini sangat ingin ditonton oleh Sooyoung kerana dia adalah peminat Lee Min Shik.Tiket wayang pada pukul 12 malam dan mereka mempunyai 2 jam lagi sebelum wayang bermula.Oleh itu mereka ingin mengunjungi arcade untuk menghabiskan masa.

Permainan pertama sudah pun mencabar Awi apabila mereka memilih Dance game sebagai permainan utama.Dance machine akan memainkan muzik manakala pemain perlu menekan butang di kaki mereka mengikut simbol yang dipamerkan di screen.Pemain yang mampu mengumpul mata yang banyak akan menang permainan itu.Setiap set mempunyai 3 permainan.Dan bermulalah perlawanan antara Sooyoung dan Awi.Awi mungkin hebat dengan permainan arcade.Namun apabila ia melibatkan stamina dan menari,Sooyoung lebih hebat.Dan dengan mudah Sooyoung dapat mengalahkan Awi dalam pertandingan Dance game itu.

Beralih kepada permainan kedua ialah permainan paling popular,Guitar Hero!Konsep permainannya lebih kurang sama dengan Dance Game tadi Cuma di dalam ini pemain perlu menggunakan instrument yang menyerupai gitar Cuma gitar itu tidak mempunyai tali tetapi 4 jenis butang berbeza.Pemain hendaklah menekan butang mengikut apa yang dipaparkan di skrin.Bagi pemain yang biasa bermain Guitar Hero,bukan mudah untuk Awi dikalahkan dengan permainan itu.Ternyata kecekapan Awi menekan butang mengikut apa yang dipaparkan sangat mengagumkan.Game ini memerlukan fokus serta kecekapan yang tinggi.Sungguhpun begitu,Sooyoung tidak cepat mengalah dan terus memberi saingan sengit kepada Awi.Dan seperti dijangka Awi memenangi permainan itu.

Mereka berdua sepakat untuk bermain permainan Superhero Marvel 2 di mana pemain menggunakan karakter2 superhero Marvel untuk mengalahkan pihak musuh.Permainan ini memang memerlukan skill serta ketangkasan.Corak permainan yang sama dengan permainan Tekken,ini adalah game yang terbaik untuk kedua2 mereka kerana mereka sentiasa bermain permainan ini di arcade.Awi memilih War Machine,Spiderman dan Ironman manakala Sooyoung memilih karakter Wolverine,Nightstalker dan Torchman.Permainan sangat sengit.Pusingan pertama Awi menang,kedua Sooyoung dan kini set terakhir.

Sooyoung:Awi!Bagila saya menang!

Awi:Maaf Sooyoung,saya xsuke mengaku kalah!

Sooyoung:Baik kalu macam 2,Rasakanla Serangan ini!

Sooyoung melancarkan combo bertubi2 tanpa henti.Nyawa Awi berkurangan sehingga separuh.Meninggalkan 40% dari nyawa asal.Awi terkejut dan tergamam.Namun dy cuba mengelak dari diserang lagi dan merancang untuk gerakan seterusnya.Awi perlu bergerak dengan pantas kerana hanya beberapa saat lagi permainan akan tamat.Sooyoung terus melancarkan serangan tanpa henti.Awi menunggu peluang.Meter combonya juga telah penuh.Awi mencari opening yang membolehkannya menyerang Sooyoung menggunakan combo.Masa tinggal 30 saat lagi!Tangan kedua2 mereka tidak henti2 menekan butang mesin itu.Dan masa tinggal 25 saat,Awi berjaya membuka peluang dan terus menyerang Sooyoung menggunakan combo yang disimpannya.Serangan bertubi2 dikenakan pada Sooyoung.Nyawa Sooyoung hanya tinggal 10% sahaja lagi.Sooyoung cepat membangunkan karakternya dan menyerang Awi juga menggunakan combonya.Serangan bertubi2 Sooyoung dapat dielak oleh Awi namun tidak pada serangan tipis dari Torchmen.

Karakter Awi bergelimpangan jatuh.Nyawanya kelihatan sudah sama seperti Sooyoung.Namun masa tamat dan machine telah mengisytiharkan Awi menang kerana nyawanya lebih sedikit dari Sooyoung.Satu perlawanan yang sengit.Awi menjerit kegembiraan dan Sooyoung pula menjerit kekecewaan.Namun mereka hanya tersenyum apabila melihat satu sama lain.

Mereka menuju ke panggung wayang selepas itu.Selepas perlawanan yang sengit,mereka berhibur dengan tayangan wayang itu.Ia satu malam yang hebat buat mereka berdua.

To Be Continued………..

Wednesday, September 7, 2011

Bab 81:Melow We Believe In You!


Populariti Melow meningkat naik dengan cepat sejak dia menyertai rancangan realiti Let’s Go Dream Team yang menyaksikan kehebatan peserta2nya secara mental dan fizikal.Sejak menjadi tetamu jemputan dalam rancangan tersebut,Melow mendapat perhatian dari semua orang dengan bakat serta potensi Melow sebagai seorang atlet.Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi Melow sangat aktif dalam kokurikulum di mana dia selalu mewakili sekolah dalam sukan bola sepak dan olahraga dan penah memenangi beberapa acara dan dipilih sebagai Tokoh Sukan.

Sebagai vokalis ZR,Melow memainkan peranan yang sangat penting dalam perjalanan seni ZR.Suara Melow sangat diperlukan oleh ZR kerana suara Melow merupakan elemen utama ZR sebagai band yang bermain muzik pop rock.Sungguhpun Melow tidak yakin pada kekuatan suaranya,namun bukan sahaja rakan2nya,malah para peminat serta senior2 dalam bidang nyanyian turut mengagumi suara Melow.Masalah Melow ialah dia kurang keyakinan terhadap kemampuannya sendiri.

Pada hari ini merupakan Seolnal special yang telah dirakamkan untuk tayangan ketika tahun baru 2 minggu sebelum Seolnal itu sendiri.Menampilkan legend2 Dream Team seperti Super Junior Eunhyuk,Shinee Minho,2PM Junho dan Wooyoung,G.O.D Danny,Mighty Mouth Sangchu dan beberapa lagi artis popular.Masing-masing bersemangat untuk menjadi the best player untuk siri itu di mana mereka akan merebut title ‘King Of The Kings’

Eunhyuk:Yaaaa…Lamanya aku tak bersukan macam nie!Haish x yakin pulak boleh menang bnda nie.

Minho:Alah Hyung.Xpayah merendah diri sangat.

Melow:Nampaknya hari nie competition dia semakin sengitla.Sebab ada korang semua.

Junho:Melow nampaknya kte bertempur lagila.Rasanya kami akan menang.

Wooyoung:Sapa kate kami?Aku sorg je!Haha..

Eunhyuk:Oit!Aku sunbae!Korg patut bagi aku menang!Bedebah punya junior!

Junho:Alah hyung.Hyung dah slalu menang.Kasi pulak yang muda2 menang.

Wooyoung:Btul 2.Super Junior dah tua dah.Ini kami yang muda2 patut teruskan legasi..

Eunhyuk:Argh tua ke muda korg kena bagi aku menang jugak.Kalu x siap korg!

Minho:Hyung,jangan lupa pada saya pulak..

Gelak tawa mereka menunjukkan betapa rapatnya mereka antara satu sama lain.Mungkin mereka terlalu sibuk dengan schedule yang ketat,namun apabila bertemu di dalam rancangan variety seperti ini menjadikan mereka lebih rapat dari biasa.Dan tiada apa yang dapat menghalang mereka.

Dalam recording ini mereka telah diberikan beberapa instruction mengenai perkara2 yang perlu mereka lalui sepanjang pertandingan itu nanti.Dalam pertandingan kali ini,mereka akan diuji dari segi masa,kecekapan serta kekuatan.Terdapat 5 ujian.Pemenang akan diberikan mata dan pada akhir pertandingan peserta yang berjaya mengumpulkan mata yang tertinggi akan dinobatkan sebagai juara sekaligu mendapat gelaran ‘King of the Kings’.

Pertandingan pertama menguji kepantasan mereka.Para peserta akan berlari pecut 100m dan di hadapan mereka tersedia beberapa bendera.Dan setiap bendera mempunyai markah tambahan yang berbeza2 yang ditampal dengan kertas putih untuk menyembunyikan markah tersebut.Peserta yang sampai ke garisan pertama akan diberi 10 markah,peserta kedua 9 markah dan seterusnya mengikut kedudukan.Peserta ke 10 akan diberi 0 markah.Peserta juga diingatkan selepas pusingan ke 3 5 peserta yang tercorot akan tersingkir dari permainan dan pusingan ke final akan memperlihatkan 2 orang sahaja finalis yang akan bertanding.Tentunya jalannya sangat sukar dan peserta kelihatan sangat bersemangat untuk meraih gelaran juara.

Pertandingan pertama bermula.Para peserta berlari sepenuh hati demi mendapatkan 10 mata penuh selain berharap mendapat mata tambahan yang terbanyak.Ketika berlumba masing2 memecut dengan kelajuan yang sangat mengagumkan!Namun hanya ada satu juara.Junho berjaya mendapat tempat pertama,Minho kedua,Melow ketiga,Eunhyuk keempat,diikuti rapat oleh Wooyoung,Sangchu,Danny,Jo Sungmo,Choi Sungmin dan yang terakhir sekali Park Hyun Bin.Selepas memeriksa bendera masing2 Jo Sungmo mendapat 5 mata tambahan.Danny 4 mata tambahan,Sangchu 3 mata tambahan,Melow 2 mata dan Wooyoung satu mata dan yang lain mendapat 0 mata.Kedudukan sekarang ialah Junho dan Melow seri dengan 10 markah,Minho 9 mata,Sangchu,Danny dan Jo Sungmo terikat dengan 8 mata,Eunhyuk dengan Wooyoung 7 mata,Sungmin 2 mata dan Hyunbin tempat yang terakhir.

Untuk permainan kedua,ialah High Jump di mana peserta perlu melompat melepasi bangku2 yang disusun tinggi.Setiap pusingan akan menyaksikan peserta yang gagal menyempurnakan lompatan akan tersingkir dan kedudukan peserta akan ditentukan mengikut tempat yang mana mereka mampu bertahan.Dalam permainan ini para peserta perlu menggunakan sebaik mungkin penginjak yang disediakan untuk peserta melompatkan diri melepasi bangku2 tersebut.Peserta yang mempunyai aerodinamik yang tinggi akan mudah melepasi bangku2 tersebut.Peserta pertama yang gagal menyempurnakan misi mereka pada ketinggian 3.5 m ialah penyanyi trot Park Hyunbin.Pemenang pusingan ini ialah Sangchu yang berjaya melepasi 7.5 m namun gagal pada 8m.Melow pula mendapat tempat kedua pada 7.0 m.Kedudukan sudah bertukar posisi apabila Melow menaiki tempat pertama dengan 19 mata,Sangchu 18 mata,Minho dan Danny terikat di tempat 3 dengan 15 mata.

Perlawanan ketiga ialah sit-up contest di mana peserta akan berada di posisi baring di bawah gong.Mereka hendaklah melakukan sit-up sambil membunyikan gong dengan kepala mereka selama 1 minit.Peserta yang berjaya melakukan sit-up plg banyak akan memenangi pertandingan itu.Keputusan menyaksikan Sangchu sekali lagi memenangi pertandingan itu dengan berjaya melakukan 38 sit up dalam masa seminit.Sangchu berjaya merampas tempat pertama dengan 23 markah,Melow masih mengekalkan prestasi cemerlang dengan 21 markah mengejar rapat di belakang Sangchu,Minho 15 markah dan Danny 18 markah.Hyunbin,Sungmin,Wooyoung,Jo Sungmo dan Eunhyuk yang berada pada kedudukan 5 terbawah akhirnya tersingkir dari permainan.Semua orang terkejut apabila melihat pilihan utama Eunhyuk tersingkir.Eunhyuk hanya mampu tersenyum dalam malu.

Pertandingan seterusnya di namakan sebagai Ride! Taekwon V di mana peserta perlu melompat ke arah batang lembut berdiameter 20 m di mana mereka perlu bertahan selama 20 saat sebelum berjaya.Batang itu akan bergerak setiap kali semua peserta berjaya melepasi yang pertama.Jarak pertama ialah 3 m.Kesemua peserta berjaya melepasi jarak yang pertama.Pada jarak 5m Danny gagal melepasinya.Pemenang bagi acara ini ialah Junho yang berjaya melepasi jarak 8m.Kedudukan sekarang telah berubah. 3 peserta seri dengan pungutan mata yang sama iaitu Junho,Sangchu dan Melow dengan 25 mata.Sepatutnya hanya 2 peserta yang akan memasuki pertandingan akhir.Namun selepas sepakat,Junho juga berjaya memasuki pertandingan akhir dan kini mempunyai 3 finalis.Minho dan Danny tersingkir di pusingan ke 4.

Pertandingan akhir sangat mencabar apabila para peserta dikehendaki merentasi trek sepanjang 5 m yang dipenuhi dengan pelbagai halangan.Peserta pertama yang berjaya menekan buzzer paling cepat akan menang cabaran ini dan memenangi pertandingan ini secara keseluruhan.Halangan pertama yang perlu ditempuhi ialah platform bergoyang di mana platform it sangat kecil dan akan bergerak2 sekiranya ada orang melaluinya.Halangan kedua ialah rolling barrel yang akan bergolek untuk mengganggu peserta.Halangan ketiga ialah break that wall di mana peserta perlu melepasi setiap dinding2 itu dengan cara mengangkatnya dan melepasinya secepat mungkin.Setiap dinding mempunyai berat yang berbeza.

Peserta pertama yang mencabar ialah Junho.Junho mempunyai masalah di rolling barrel apabila berkali2 tersungkur.Dia berjaya menamatkan cabaran itu dengan 2 minit 50 saat.Sangchu peserta seterusnya berjaya menamatkan cabaran dengan 2 minit 15 saat.Satu masa yang sangat susah untuk dikalahkan.Pressure sekarang kepada Melow yang perlu menekan buzzer sebelum jam berdetik 2 minit 15 saat.Melow cekalkan hati dan cuba memberi cabaran yang sengit kepada Sangchu.Melow menamatkan cabaran dengan 2 minit 20 saat.5 saat lewat dari masa Sangchu.Ianya sangat dekat dan Melow hampir menang.Juara keseluruhan pertandingan dan berjaya mendapatkan gelaran the ‘King of Kings’ ialah Sangchu.Sungguhpun agak kecewa namun Melow berasa puas dan gembira kerana telah melakukan yang terbaik.Masih banyak masa lagi untuk dia menang di masa hadapan.

To Be Continued…..