The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, January 11, 2012

Bab 99:Musuh Cinta Noa



            Selepas 5 minggu memegang gelaran naib juara hampir di semua carta muzik Korea,akhirnya lagu single dari album terbaru ZR,The 4 Season,berjaya merampas takhta Juara Music Bank dan Inkigayo.Di saat-saat ketika ZR ingin menamatkan promosi album terbaru mereka,ketika itu mereka berjaya mencipta sebuah sejarah lagi dalam diari perjalanan karier mereka.Bersyukur dengan kemenangan tak dijangka mereka itu,mereka terus menghubungi rakan-rakan serta sunbae-sunbae yang telah banyak memberi dorongan kepada mereka.

            Dalam kegembiraan ZR meraikan kemenangan berganda mereka di Inkigayo,namun satu atmosfera yang kurang senang telah pun menyelubungi backstage.Sejak semalam lagi,salah satu performer telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kemenangan ZR.Mereka ini adalah orang yang pertama meninggalkan pentas apabila ZR diumumkan sebagai juara.Walaupun begitu,tiada siapa perasan,artis mahupun media dengan tindak tanduk kumpulan ini.

Staff 1:Tahniah ZR!Akhirnya menang jugak awk semua!Awak semua memang layak untuk menang!
Noa:Terima kasih noona.Ini rezeki kami kali ini.
Staff 3:Eh tgk 2!!CNBlue la!Dorg datang sini!

            Apabila CNBlue muncul berhampiran,staff-staff yang merupakan peminat CNBlue bergegas menuju ke arah para idol itu untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar.Noa yang baru sahaja menjadi perhatian sebentar tadi,hanya mampu memandang kepada sunbaenya yang sedang sibuk melayan peminat.

Gin:Noa,ko buat apa kat sini?
Noa:X,xde pape..
Amir:Ko tgk dorg ke?Dorg semua kacak.Mana boleh kita lawan dorang.Xpayah jelesla Noa..

            Tiba-tiba pandangan Yonghwa beralih kepada ZR yang berada tidak jauh dari mereka.Secara perlahan-lahan Yonghwa bergerak dan menuju ke ZR yang sedang berborak dengan diri masing-masing.Melihat Yonghwa datang menuju ke arah mereka,mereka bertiga terus memberi salam kepada Yonghwa yang juga sunbae mereka.Dengan muka yang tenang Yonghwa menegur mereka.

Yonghwa:Tahniah sebab menang.Siapa sangka lepas 5 minggu kalah,akhirnya dapat jugak juara.
Amir:Terima kasih sunbaenim.Kami dah cuba yang terbaik.
Yonghwa:Kalu nak dibandingkan dengan CNBlue,rasanya jauh lagi perjalanan ZR untuk setanding dgn kami.
Gin:Memang kami x nafikan itu…sunbaenim..Tapi kami akan terus berusaha untuk mencapai cita-cita kami..
Yonghwa:Besar sungguh cita-cita tu.Tapi malangnya ia susah nak capai..
Amir:Apa maksud sunbae?
Yonghwa:Heh..Apabila ada orang yang tak tahu di mana kedudukannya dan sibuk cuba mendapatkan sesuatu yang memang bukan dia punya,rasanya orang itu akan menjadi punca utama kenapa ZR xkan pernah berjaya..

            Kata-kata Yonghwa itu berbaur sarkastik.Orang yang dimaksudkan itu ialah Noa.Tidak lama dahulu Noa adalah orang yang telah membawa Seohyun pergi dari Yonghwa.Ketika Seohyun digabungkan dengan Yonghwa sebagai pasangan di dalam rancangan variety popular MBC,We Got Married,Seohyun menderita akibat layanan Yonghwa.Walaupun Seohyun tidak memberitahu sesiapa mengenai apa yang telah berlaku ke atas dirinya,namun Noa tahu Seohyun sangat menderita ketika itu.Selepas Seohyun melupakan Yonghwa,barulah dia kelihatan semakin bermaya dan ceria,tidak seperti ketika bersama dengan Yonghwa.Namun perbuatan Noa itu jelas mengundang kemarahan Yonghwa dan perasaan bencinya semakin menebal sehingga Yonghwa pernah mengkritik ZR secara terang-terangan di media.Dan perhubungan semakin bertambah keruh apabila ZR berjaya menewaskan CNBlue 2 kali berturut2 di Music Bank dan Inkigayo.

Gin:Maafkan saya,sunbae!Dalam ZR kami percaya antara satu sama lain,kalu ada di antara kami melakukan kesilapan,kami akan tegur,dan kalu mereka tak bersalah,kami akan lindung dia tak kira apa pun.Saya harap sunbae jadi lebih professional lagi dan bukan hanya membawa perasaan dendam tu sahaja!
Yonghwa:Heh dendam?Rasanya kau tak ingat wahai Gin-ssi,kalu tak sebabkan dia,kau tak perlu menahan sakit selama hampir 2 bulan dengan tangan berbalut.Semuanya kerana salah ‘kawan’ kau yang rasa dia hero yang telah mengorbankan rakan dia!
Amir:Kejadiaan malam itu bukan salah siapa sunbae!Itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan.Adakah awak ini sebenarnya layak digelar sunbae?

            Tiga orang ahli CNBlue yang lain merapati Yonghwa.Keadaan menjadi tegang dan orang yang kebetulan berada di situ tergamam melihat apa yang sedang berlaku.Bagaikan tidak percaya, mereka berbisik-bisik dengan perlahan.Yonghwa mula merapati Amir dan memandang tepat ke dalam matanya.Amir dengan tidak gentar turut membalas pandangan mata Yonghwa.

Yonghwa:Kau hanyalah foreigner yang datang ke Korea untuk cari makan.Kau bukan superstar,bukan legend,kau hanyalah budak-budak mentah yang hanya ingin cari makan atas belas kasihan rakyat Korea yang menyedihkan.
Amir:AP DIA?

            Amir cuba meluru ke arah Yonghwa,namun dihalang oleh Gin.Amir kelihatan sangat marah.Jika tidak ditahan oleh Gin,kemungkinan besar muka Yonghwa akan menerima kunjungan buku lima Amir.Ahli-ahli CNBlue yang menyaksikan keadaan itu tersentak dan terus menarik Yonghwa ke belakang.Walaupun diancam oleh Amir,Yonghwa masih lagi kelihatan tenang dan terukir senyuman sinis di wajahnya.Yonghwa nampaknya sedang menikmati saat-saat itu.

Yonghwa:Rasanya sebelum kau layak bercakap dengan orang macam aku,kau sepatutnya belajar kawal perasaan kau tu dulu,si mentah.Hahahahaha!

            Yonghwa dengan perlahan-lahan memalingkan mukanya dan mengajak anggota CNBlue yang lain pergi meninggalkan mereka bertiga.Dari raut wajahnya,Yonghwa kelihatan sangat puas.Dia cuba untuk menaikkan kemarahan Amir supaya orang yang menyaksikan kejadiaan itu akan membuat persepsi buruk terhadap Amir.Ternyata rancangan Yonghwa hampir berjaya dan jika tidak kerana Gin,perkara ini akan menjadi lebih buruk lagi.

Noa:Yonghwa sunbaenim!

            Noa yang berdiam diri sejak tadi akhirnya tidak mampu menahan lagi rasa geram terhadap Yonghwa yang tidak henti-henti memprovoke ZR.Dengan penuh berani Noa menyatakan apa yang telah terbuku di dalam hatinya.

Noa:Mungkin saya hoobae,saya melakukan kesilapan.Tetapi itu tidak bermakna saya tidak menghormati awak sebagai sunbae.Tetapi dalam menghormati,saya tidak menjangka hanya satu pihak sahaja yang mempunyai perasaan hormat,dan satu lagi tidak.Awak mungkin lebih berpengalaman,lebih popular dan lebih berketerampilan dari kami,namun itu tidak bermakna awak boleh merendah-rendahkan kami!

            Suara lantang Noa telah menyebabkan Gin dan Amir tersenyum.Noa yang senyap sejak tadi akhirnya telah menunjukkan kepada Yonghwa bahawa dia juga mempunyai perasaan.Yonghwa agak terkejut dengan tindakan Noa yang sangat berani itu.

Noa:Walauapapun sebabnya,apabila wanita lari meninggalkan lelaki,itu bermakna lelaki itu gagal membahagiakan dia.Dan sila terima hakikat apabila diri itu sudahpun ditinggalkan!
Yonghwa:Xguna!
Min Hyuk:Hyung!Jangan.Orang tengok!Mari kita pergi…

            Selepas diperli oleh Noa,CNBlue terus beredar dari tempat itu meninggalkan mereka bertiga.Gin dan Amir kelihatan sangat berpuas hati dengan tindakan Noa.Walaupun agak kasar dan tidak menghormati senior,namun mereka tetap gembira kerana berjaya membuat Yonghwa terkedu.Kini tambah seorang lagi yang bakal menjadi musuh kepada ZR.Apakah yang akan menunggu ZR selepas ini?


                                                             To Be Continued……….

No comments:

Post a Comment