Semenjak ZR melancarkan album
terbaru mereka,jualan album mereka semakin meningkat hari ke hari.Namun entah
di mana silapnya,lagu single utama mereka,The Four Season gagal meraih kejayaan
di mana-mana program muzik Korea.Disaingiu hebat dari sunbae mereka,Big Bang
yang juga telah melakukan comeback setelah 3 tahun menghilang dari persada
muzik Kpop.
Walaupun masih tidak mencatatkan
mana2 kemenangan lagi,mereka tidak mengalah dan terus berjuang.Perjuangan
mereka telah mendapat sokongan padu dari sunbae2 serta rakan-rakan
seperjuangan.Kini sudah masuk minggu ke-5 ZR berada di tangga kedua carta lagu
Music Bank,Inkigayo,Music Core dan Mnet Countdown.Para peminat juga jelas
kecewa dengan keputusan itu,ditambah pula dengan artikel-artikel yang
merendah-rendah keupayaan ZR untuk terus bersaing dalam arena Kpop.
Pada hari ini Gin berpeluang untuk
keluar makan bersama dengan Sunny dan Yuri. Yuri pada ketika ini sangat sibuk
dengan promosi produk kecantikan di mana dia menjadi duta.Oleh kerana Sunny dan
Yuri berada berdekatan dengan tempat Gin,Sunny telah mengajak Gin makan tengah
hari bersama mereka.Kebetulan ketika itu Gin juga baru sahaja menamatkan babak
di dalam dramanya,oleh itu dia berkesempatan untuk meluangkan masa bersama
sunbaenya itu.
Gin:Noona!Annyeong
Haseyo!Maaf sebab lambat!
Sunny:Eh xpe.Kami
pun baru sampai.
Yuri:Mcmne dgn
drama Gin?Ok ke?
Gin:Ok je Yuri
noona.Jadi kita nak ke mana nie?
Sunny:Noona rasa
nak makan curry (aegyo)
Gin:Kalu macam 2,2
blok dr sini ada kedai cuisine India.Dorg Islam jadi Gin boleh makan.
Yuri:Ok jom kte
jalan ke sana..
Sambil berjalan,mereka berborak dan
bertukar-tukar cerita.Oleh kerana schedule ketat masing-masing,mereka tidak
mampu meluangkan masa sekerap yang mungkin.Keadaan ini jarang-jarang berlaku
dan hanya pada masa tertentu sahaja.Ketika mereka ingin menuju ke restoran
masakan India itu,ramai fans yang menyedari kehadiran mereka bertiga
berpusu-pusu menangkap gambar dan mengikuti secara dari belakang.Mereka hanya
tersenyum dan sesekali melambai2 tangan ke arah para peminat itu.Begitulah
mesranya idol2 popular itu.Prinsip mereka mudah,jangan sesekali sombong dengan
fans yang sentiasa menyokong karier mereka.
Setelah berjalan beberapa
minit,mereka beberapa hidangan istimewa India.Sambil menunggu Sunny dan Yuri
sibuk mengambil gambar-gambar selca.Sesekali Gin juga dipaksa untuk masuk ke
dalam gambar.Gin merupakan dongsaeng yang paling rapat dengan hampir semua ahli
SNSD.Tidak hairanlah mengapa Gin sangat disayangi oleh noona-noonanya.Hampir
setiap hari Gin akan menghantar mesej kata-kata semangat kepada mereka
semua.Begitulah prihatinnya Gin.
Sunny:Mcmne dengan
ZR?Semuanya ok ke?
Gin:Semuanya ok je
noona.Sunny noona dgn Yuri noona mcmne?
Sunny:Noona ok
je.Baru tamatkan kontrak dengan syarikat pakaian haritu.
Yuri:Yah
Gin-ah.Kenapa awk jarang call noona?Asyik call Sunkyu,Sooyoung dengan Jessica
je.Noona mcmne plak?
Gin:Errr..Mianhei
noona.Saya kadang2 terlupa nak call.
Yuri:Oh mcmniela
mentang-mentang noona x popular,awk xnk call noona.
Gin:Tapi
noona…Saya selalu apa hantar mesej pada noona?Noona je x reply!
Yuri:Itu sebab
noona nak Gin call.Noona saja je x reply msj Gin.Xpela orang dah x sudi nak
call noona.
Gin:Mianhei
noona.Lepas nie Gin akan selalu call noona!Yaksohae!
Sunny:Yuri-ya.Sudahla
2.Ko membuli Gin nie.
Yuri:Haha biarkan
dia.Bukan selalu dapat buli dy…
Gin meluangkan masa rehatnya bersama
Yuri dan Sunny.Mereka menjamah makanan yang tiba sambil berborak.Sunny dan Yuri
turut memberi sedikit nasihat kepada Gin.Sebagai sunbae,Sunny dan Yuri sangat
merisaukan Gin serta rakan-rakan yang lain.Terkenang kembali kali pertama
mereka meluangkan masa bersama ketika Gin dijemput menghadiri rancangan variety
yang pernah disertai oleh Sunny dan Yuri,Invincible Youth,2 tahun yang
lalu.Ketika itu Gin masih lagi seorang trainee dan sudah diberi pendedahan
mengenai kehidupan sebagai seorang idol.Ternyata ia bukan mudah,namun
Sunny,Yuri dan SNSD yang lain terus membimbing jejaka bereenam ini dalam
menembusi kerjaya sebagai entertainer.Walaupun pada satu ketika dahulu,ZR
pernah mengalami kemurungan akibat ditinggalkan SNSD yang mencuba nasib di
arena seni Jepun,namun itu semua dianggap sebagai satu pengalaman untuk mereka
terus berkerja kuat dan berdiri di atas kaki sendiri.
Selepas menghantar Gin ke lokasi
penggambaran dramanya,Yuri dan Sunny menuju ke Yeodeongpun untuk schedule
mereka yang seterusnya.Gin kembali ke set penggambaran dengan semangat yang
berkobar-kobar.Apa yang telah diberitahu oleh Sunny dan Yuri akan disampaikan kepada
rakan-rakannya nanti.Semua yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.
************************
Minggu ini merupakan minggu terakhir
ZR mempromosikan lagu mereka di Music Bank dan carta-carta yang lain.Oleh
kerana ZR mempunyai perancangan lain,mereka terpaksa menamatkan promosi mereka
setelah 5 minggu berada di dalam carta.Dalam tempoh itu,ZR kekal di tempat
kedua selama 5 minggu berturut2 di belakang Big Bang.Mungkin ini adalah kali
terakhir buat kali ini untuk ZR berada di pentas Music Bank,namun semangat
mereka masih kental dan mereka akan terus menghiburkan peminat yang hadir pada
hari tersebut.
Awi:Ok semua,hari
nie hari last performance kita.Walaupun kita masih x menang apa-apa lagi,jangan
putus semangat!Kita akn terus memberikan persembahan yang terbaik!
Gin:Mcm
minggu-minggu lepas,ZR masih lagi tercalon sebagai bakal juara.Tapi kali nie
kita berhadapan dengan CN Blue.Kita masih ada peluang,jadi jangan rasa
motivated!Kita boleh lakukan!Ingat pesanan Siwon hyung!
Noa:Yeah aku terus
rasa semangat!Let’s give our best!
ZR sudahpun bersedia untuk melakukan
persembahan.Ini merupakan satu moment yang sangat mengharukan apabila Zeroes
masih lagi terus menyokong ZR.Berdiri dengan gagah di atas pentas sambil
mempersiapkan diri untuk melakukan persembahan.Persembahan ZR merupakan
persembahan ketiga terakhir pada hari itu. Dan special stage itu telah pun
disiap sedia dengan sedikit gubahan pada lagu The 4 Season.Bermula dengan
rentak akustik,para penonton bakal disajikan sedikit kelainan pada persembahan
terakhir di Music Bank.
Floor PD telah pun memberi que
kepada ZR.Dengan lafaz Bismillah,Copie memulakan persembahan dengan petikan gitar
akustik.Lagu secara perlahan-lahan membina momentum dan sehingga 1/3
lagu,rentak muzik sudah bertukar.ZR berjaya mencuri hati para Zeroes yang
menyaksikan persembahan mereka itu.Tepukan gemuruh dari penonton diberikan
selepas ZR tamat membuat persembahan.
Kini tibalah masa untuk mengumumkan
siapa juara Music Bank pada minggu ini diantara ZR dan CNBlue.Di paparan skrin
sudahpun memaparkan kiraan statistik yang dijalankan oleh para krew KBS.Mereka
mula berdebar.ZR masing-masing cuba kelihatan tenang kerana mereka sudahpun
redha dengan apa sahaja keputusan yang akan diberikan.Carta markah sudahpun
berhenti dan kini semua orang menantikan markah bonus yang akan diberikan
kepada siapa.Kini semua berasa semakin berdebar-debar.
Tanpa dijangka markah bonus telah
diberikan kepada ZR!Buat pertama kalinya ZR memenangi carta Music Bank untuk
lagu The 4 Seasons selepas gagal mendapat johan buat 5 minggu berturut2.Ini
memang suatu berita yang gembira.Oleh kerana kegembiraan,Awi dan Noa mula
mengalirkan airmata.Mereka terpegun sambil menutup mulut kerana apa yang
dilalui oleh mereka bagaikan mimpi.Siapa yang menjangka selepas tewas 5 minggu
berturut-turut akhirnya ZR berjaya mendapat johan,sekaligus mengalahkan
pesaingan terdekat CNBlue.Gin memberikan ucapan dengan suara teresak2 kerana
kegembiraan sambil dipapah oleh Amir.Semua orang mengalir airmata kecuali Amir
selepas mendengar nama ZR disebut sbg juara.Gin mengucapkan terima kasih
mewakili ZR kepada semua orang.Para idol yang turut berada di atas pentas turut
menyampaikan ucapan tahniah kepada ZR.
Hari itu merupakan hari yang paling
menggembirakan kepada ZR.Mereka terharu.Music Bank diakhiri dengan dendangan
lagu The 4 Seasons.Melow menyanyikan live sekali lagi sebagai tanda penghargaan
kepada para peminat.Sebuah malam yang bermakna bagi mereka berenam.
To
Be Continued….
No comments:
Post a Comment