The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, December 28, 2011

Bab 97:We Will Shine Again (Part Two)



            ZR sedang menghadiri rakaman untuk rancangan KBS Win Win.Sempena pelancaran album baru mereka,ZR diberi peluang untuk mempromosikan album mereka menerusi talk show yang di hostkan oleh Lee Seung Won.

Seungwon:Siwon-ssi,sebagai sunbae kepada ZR,juga rakan selabel,apakah potensi serta kekurangan yang masih perlu dibaiki dan digilap?
Siwon:Pada pendapat saya, ZR merupakan satu kumpulan yang sangat istimewa.Umum sedia tahu bahawa SMent mempunyai undang-undang yang sangat ketat di antara agensi-agensi hiburan di Korea.Ada trainee yang berlatih selama bertahun-tahun lamanya tetapi akhirnya tidak menjadi artis.Dan ada juga trainee yang dilepaskan dari agensi.Namun berbeza dengan ZR.Tidak sampai setahun menjadi trainee,ZR berjaya debut sebagai sebuah kumpulan idol setanding dengan idol-idol sebaris dengan mereka.Kejayaan mereka telah menjadi inspirasi kepada semua trainee-trainee agensi kami untuk terus bekerja dengan lebih kuat lagi sebelum keluar menjadi seorang idol.
Seungwon:Pada mulanya,pemilihan ZR sebagai idol next in line SMent sangat mengejutkan ramai pihak.Ada yang berpendapat,SMent perlu lebih peka akan bakat-bakat tempatan berbanding membawa masuk bakat-bakat luar.Apakah komen Siwon-ssi mengenai kenyataan yang dibuat oleh para netizen?
Siwon:Sebenarnya bakat luar atau bakat tempatan tidak penting.Yang paling utama sekali ialah sama ada bakat yang ada pada para trainee itu mencukupi bagi mereka untuk bergelar idol.ZR telah membuktikan pemilihan mereka bukan hanya cakap kosong.Mereka sendiri telah membuktikannya melalui usaha dan kerja keras mereka.
Seungwon:Bagaimana reaksi Siwon-ssi serta ahli Super Junior yang lain apabila mendapat tahu,single pertama ZR, Orenjisaekbyeol mengungguli carta selama 3 bulan berturut-turut?
Siwon:Seperti mana yang saya cakap tadi,pemilihan ZR bukan sekadar cakap kosong.Mereka telah membuktikannya dengan kejayaan Orenjisaekbyeol.Terus terang,saya serta ahli SuJu yang lain sangat terkejut apabila ZR berjaya memegang carta selama 3 bulan berturut-turut.Bukan satu carta,bukan 2,tetapi 6 carta muzik di Korea.Itu satu pencapaian yang sangat membanggakan.Kami memang sangat gembira dengan apa yang telah dicapai oleh ZR ketika itu.
Seungwon:Saya yakin Siwon-ssi sudah pun mendengar lagu-lagu di dalam mini album ZR.Pada pendapat anda,mengapa sehingga 3 minggu berada di dalam carta,single utama mereka,The 4 Season gagal menduduki tempat pertama dalam mana-mana carta muzik di Korea seperti mana yang telah dilakukan mereka ketika single Orenjisaekbyeol.

            Soalan dari MC itu betul-betul mengejutkan semua orang.Walaupun mudah,namun beberapa remark yang diberikan telah memberi kejutan kepada semua termasuklah penonton yang berada di studio.Siwon hanya tersenyum apabila mendengar soalan itu.

Siwon:Banyak faktor mengapa lagu The 4 Season masih tidak menjadi juara mana2 carta.Tapi perlu anda semua ingat.Siapakah pencabar ZR ketika ini?Tentulah idol Hallyu,Big Bang.Berbanding ketika debut ZR yang lepas,ketika itu tiada artis mahupun idol yang boleh dikategorikan setaraf dengan Big Bang.Jadi itu membuka ruang kepada ZR untuk melakar sejarah.Sebenarnya kemenangan ZR telah membuka mata ramai pihak bahawa satu ketika dahulu gelombang Kpop sebenarnya masih lemah jika hendak dibandingkan dengan gelombang muzik barat.Bayangkan berapa ramai idol dilahirkan pada waktu yang sama dengan ZR namun gagal mengalahkan ZR walaupun mereka sepatutnya lebih arif dengan peminat di negara sendiri.Jelas kejayaan ZR telah menjadi penyuntik semangat kepada semua untuk terus berusaha.Tidak kira walaupun ZR tidak berjaya menang mana-mana carta,mereka sentiasa akan dapat melakukannya sekali lagi pada masa hadapan.

            Kata-kata Siwon itu memberikan semangat kepada ZR untuk terus berusaha.Ternyata Siwon amat mengambil berat mengenai hoobaenya dan sentiasa menyokong dari belakang.Siwon pernah melalui saat-saat yang sama seperti ZR,dan dia berjaya melaluinya dengan cemerlang berkat kesabaran dan sokongan dari para-para sunbae.

Seungwon:Awi-ssi.Sekiranya diberikan peluang,sekali lagi,adakah anda akan terus berkarya walaupun anda gagal mencapai misi anda?
Awi:Sudah tentu.Bagi saya gagal bukan bermakna penamat segala-galanya.Kita masih perlu berusaha memperbaiki diri masing-masing.Mungkin ini akan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti demi para fans semua.
Seungwon:Gin-ssi.Sebagai seorang pelakon dan juga idol,kerjaya yang manakah anda rasa anda lebih berminat untuk berkecimpung?
Gin:Saya amat menyukai kedua-dua bidang.Ketika di sekolah,saya sangat aktif berlakon.Dan ketika tamat persekolahan saya mula aktif dalam bidang muzik.Kedua-dua bidang ada kelemahan dan kebaikan.Tetapi demi fans di luar sana,saya rasa saya perlu lebihkan pemerhatian saya kepada tugas menjadi seorang idol.
Seungwon:Lakonan Gin-ssi mendapat perhatian dari para netizen.Boleh bagitau kami siapakah pelakon yang sentiasa menjadi idola Gin-ssi?
Gin:Sebenarnya Siwon hyung banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam lakonan.Dia merupakan mentor saya.Siwon hyung juga merupakan salah satu pelakon idola saya.Saya juga suka kepada Han Ye Seul sunbaenim,Ha Jiwon sunbaenim dan Oh Jiho hyungnim.Mereka ini banyak memberi saya gambaran bagaimana untuk menjiwai satu-satu watak dengan baik.
Seungwon:Siwon-ssi,sebelum kita menamatkan rancangan kita pada hari ini,ada apa-apa yang ingin anda sampaikan kepada hoobae-hoobae anda ini?
Siwon:Baik saya ingin mengucapkan tahniah kepada ZR kerana berjaya sampai ke tahap ini.Bukan mudah untuk mengecapi semua ini dalam masa yang terdekat dan saya sendiri mengambil masa bertahun-tahun sebelum berjaya berada di peringkat ini.Nasihat saya ialah ZR jangan mudah berputus asa,jangan cepat berpuas hati dan jangan cepat berasa selesa dalam apa yang dilakukan.Industri muzik terlampau banyak saingan di dalamnya.Sentiasa bekerja keras dan melakukan yang terbaik,berikan satu kepuasan kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong anda semua selama ini.Kami,Super Junior,sentiasa menyokong adik-adik semua dan sentiasa mencuba sedaya upaya kami untuk memberikan pertolongan kami ketika waktu ZR memerlukannya.Be strong because we know u can!

            Ucapan Siwon itu menimbulkan perasaan terharu kepada ZR dan penonton yang hadir di studio. Gin serta ahli ZR yang lain segera bangun dan memeluk hyung mereka itu.Mereka berasa sangat terharu dan tersentuh dengan kata-kata yang diberikan oleh Siwon ketika penggambaran itu.

Seungwon:Baiklah,semoga apa yang telah diberitahu oleh sunbae anda semua tadi akan menjadi pembakar semangat kepada ZR untuk terus berusaha dengan lebih kuat lagi.Memang bukan mudah untuk berjaya di dalam industri ini,tetapi tiada apa yang mustahil dengan usaha yang berterusan.

            Akhirnya setelah menamatkan penggambaran secara rasmi,Siwon mengajak ZR untuk pergi makan malam bersama-sama.Peluang begini jarang diraikan bersama oleh ZR.Mereka juga turut pergi berseronok di pusat karaoke.Semangat ZR semakin pulih dan mereka bersedia untuk menghadapi seminggu lagi di Music Bank.Selagi belum menamatkan promosi,ZR msh mempunyai peluang untuk mendapat tempat pertama.


                                                              To Be Continued………..

No comments:

Post a Comment