The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, December 7, 2011

Bab 94:The First Challenge..



            Semalam Gin berada di Yongsan untuk hari terakhir sesi bertemu peminatnya.Pada hari ini ZR akan memfokuskan pada persembahan comeback mereka kali kedua selepas 8 bulan yang lalu.Kembali ke pentas Music Bank selepas berjaya menduduki carta selama 3 bulan berturut2.Ini merupakan saat yang mendebarkan bagi ZR walaupun sudah hampir setahun mereka menjadi idol.

            Ditemani dengan para idol lain yang turut melakukan comeback pada bulan Mac,Big bang,Gna,2AM dan lain2.Cabaran amat dirasai apabila Big Bang juga kembali ke industri selepas 4 tahun berada dalam keadaan hiatus dari industri muzik.Lagu hit single terbaru Big Bang,Tonight telah berjaya mendapat no 1 di carta Billboard selepas 3 hari disiarkan.Walaupun pada minggu ini ZR masih lagi belum berpeluang untuk berada no 1,namun tekanan masih ada kerana mereka akan bertanding dengan kumpulan kpop terpopular di Asia.Big bang bukan sahaja mempunyai banyak peminat di Korea,malah di seluruh Asia.

            ZR tiba di bangunan KBS pada pukul 3 petang.Dan mereka terus memulakan latihan raptai.Ketika di bilik persalinan,ZR berjumpa dengan ramai idol serta rakan penyanyi yang turut melakukan persembahan pada hari itu.Mereka mengambil kesempatan itu untuk memberikan album mereka kepada mereka yang ada ketika itu.Memang sudah menjadi adat artis kpop yang akan memberi album baru mereka kepada rakan artis lain sebagai tanda penghargaan kepada mereka.Biasanya hoobae akan memberi album mereka kepada sunbae dengan harapan dapat merapatkan lagi hubungan hoobae-sunbae itu.ZR juga tidak terkecuali dengan keadaan itu.

            Ketika sedang sibuk dengan meletakkan barang2 mereka di dalam bilik persalinan,tanpa disedari bilik itu turut dikongsi oleh artis lain.Dan artis itu ialah Big Bang.Big Bang yang datang sedikit lewat berbanding ZR terus masuk ke dalam bilik persalinan.Apabila menyedari kehadiran sunbae mereka,ZR terus memberi Insa kepada mereka.Ini merupakan kali pertama ahli2 ZR bersemuka dengan Big Bang.Sejak di Malaysia lagi,Big Bang merupakan inspirasi ZR dalam membuat muzik.Sebut sahaja apa lagu Big Bang yang ada,semua sudah dihafal oleh mereka.Mereka tidak menyangka pada suatu hari nanti mereka berpeluang untuk bertemu dengan idola mereka itu.

Gin:Annyeong haseyo Sunbaenim!Uri neun,Zero Range Imnida.
GD:Oh ini Zero Range?Annyeong haseyo.Bangapseubnida.Saya selalu dengar cerita pasal awk semua.Tahniah sebab berjaya keluarkan album baru.
Awi:Kamsahamnida GD sunbaenim.Kami semua memang peminat Big Bang dari dulu lagi.X sangka kami dapat jumpa dengan sunbae semua.
Seungri:Gomapseumnida.Rasanya lepas debut,ZR xde album atau apa2 single lagikan?
Gin:Ye sunbae.Mmg xde.Ini kire comeback kami yang pertama.Sebenarnya kami sangat berdebar2 jugak nie.
Seungri:Xpe lama2 okla 2.Awk semua kena berusaha lebih kuat lagi kalu nak berjaya.
Noa:Sunbaenim.Ini album kami.Hadiah dari kami…
GD:Oh awk bagi kami?Chinjja?Kamsahamnida!Nanti kami akan dengar album nie.
Gin:Baiklah kami rasa kami x patut ganggu sunbae bersiap.Selamat berjaya sunbaenim.Fighting!
Seungri:Ye.ZR juga fighting!

            Ketika itu hanya GD dan Seungri sahaja yang melayan ZR.Ahli Big Bang yang lain kelihatan sangat bengis dan seperti tidak mudah untuk bergaul.Memang benar kata orang,kadangkala peribadi di atas pentas ataupun di hadapan kamera tidak sama dengan di dunia sebenar.Contohnya seperti Daesung.Ketika di Family Outing,karakter Daesung digambarkan sebagai seorang yang ceria,peramah dan mudah didekati.Namun secara personal dy bukanlah seperti itu.Sepanjang perbualan GD,Seungri dan ZR,Daesung hanya duduk di atas kerusi sambil mendengar lagu dan melihat handphonenya manakala TOP pula sedang sibuk mendandan rambutnya dan tidak menghiraukan orang lain.Taeyang hanya sibuk membaca di sebelah TOP.Walaupun begitu ZR tidak putus asa dan mengganggap itu adalah lumrah kehidupan seorang idol.Berbeza dgn keadaan di Malaysia,artis muda jarang menghormati artis yang lebih senior.Maka tidak hairanlah setiap hari ada sahaja berita mengenai artis baru mempunyai masalah disiplin.Jika di Korea,setiap perlakuan buruk idol akan ditegur oleh sunbae mereka.

            Akhirnya sesi raptai sudah pun berlalu.Kini tibalah masa untuk ZR melakukan persiapan diri sebelum acara siaran langsung dimulakan.Pada ketika ini semuanya menjadi kelam kabut,dari stylist kepada manager dan kepada show coordinator,semuanya akan cuba untuk menjalankan tugas mereka dengan baik.Sekiranya sesuatu berlaku,mereka hendaklah mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan ini kerana siaran langsung ini sangat penting.Ia bukan sahaja disiarkan di Korea,malah di 30 buah negara di seluruh dunia.Sedikit kesilapan akan mengakibatkan seluruh program rosak.Oleh itu perancangan rasmi perlulah dilakukan demi menggelakkan hal2 tidak diingini berlaku.

            Buat ZR yang sudah lama tidak berada dalam acara seperti ini,menyebabkan berasa sangat berdebar.Lebih2 lagi apabila mendengar kekecohan yang berlaku dari show coordinator yang x henti2 menjerit demi memastikan idol sentiasa berada di dalam keadaan bersedia.Ketika saat mekap dipakaikan ke muka mereka,hati masing2 terus berdebar.Ada yang terus membaca chord dan lirik untuk mengingat semula lagu tersebut,ada yang membaca majalah untuk menghilangkan rasa gementar dan ada juga yang cuba menenangkan diri dengan mendengar muzik.

Awi:Oit kwn2.Xlama lagi giliran kita.Korang dah bersedia ke?
Gin:Dah.Tapi masih berdebar gak.
Noa:Aku takut kalu aku terbuat silap je nanti..
Copie:Relax,chill.Kite dah practice mesti boleh buat punya.
Melow:Harap2 aku x lupa lirikla nanti.
Awi:Amir ko kena confident.Jangan takut2.Bass kena main kuat sikit takut nanti Noa xdgr.
Amir:Aku cuba buat yang terbaik!

            Sedang berdebar2 menantikan giliran mereka,ZR menerima kunjungan dari tetamu yang tidak disangka2.Mereka ialah Soyeon,Boram dan Hwayoung dari T-ara.Mereka datang ke bangunan KBS semata2 ingin memberi semangat kepada hoobae mereka yang akan melakukan comeback mereka yang pertama.

Soyeon:Annyeong!Kami menggangu ke?
Gin:Soyeon noona!Boram noona!Hwayoungie!
Hwayoung:Annyeong haseyo oppa!
Awi:Kenapa sunbae smua datang sini?
Boram:Kami nak bagi semangat kepada ZR.Kami menyokong ZR!
Soyeon:Btul 2.Lagipun kami bertiga xde schedule jadi kami sepakat datang melawat.
Noa:Kamsahamnida semua.Terima kasih sebab bagi semangat pada kami.
Melow:Kami janji kami akan lakukan yang terbaik!
Hwayoung:Ah nanti lepas habis persembahan,kita makan sama2.Kami bertiga ada buatkan sesuatu untuk ZR oppa.
Amir:Ye ke?Kamsahamnida!Nanti kami rasa ye.
Coordinator:Jeogiyo!Lepas nie giliran Zero Range.Sila bersedia ke belakang pentas.
Gin:Ne..Kamsahamnida…Noona,Hwayoungie,kami pergi dulu ye..Tunggu kami..
T-ara:Ne,fighting!

            Akhirnya tiba giliran ZR.Walaupun berdebar mereka melangkah dengan penuh tenang.Mereka bersiap sedia di belakang pentas dan menunggu cue dari PD.Selepas tamat lagu Gna,montaj comeback ZR dimainkan.ZR terus bersedia.Selepas diberi cue oleh PD,Melow terus menyanyi.Persembahan bermula dan fans sudahpun menjerit2 kegembiraan.Mereka gembira dapat melihat ZR kembali beraksi di atas pentas selepas 7 bulan lebih.Ternyata sokongan Zeroes amat padu apabila mereka turut sama2 menyanyikan lagu ZR walaupun baru 3 hari lagu The 4 Season dilancarkan.Begitulah hebatnya pengaruh ZR.

            ZR berjaya menamatkan persembahan dengan berjaya sekali.Mereka berasa sungguh gembira.Lagu The 4 Season yang baru sahaja dilancarkan telah menduduki tangga ke 4 pada minggu pertama di carta Music Bank.Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.Selepas tamat persembahan mereka menuju semula ke bilik persalinan tadi.Di dalamnya T-ara sunbae sudah pun bersorak apabila melihat persembahan ZR.Mereka memuji2 karisma yang ditunjukkan ZR ketika membuat persembahan.Mereka turut menjamu selera hidangan bibimbap yang disediakan oleh Soyeon,Boram dan Hwayoung untuk ZR.

            Pada hari itu,Big Bang telah memenangi carta no 1 mengalahkan Black And White Gna dengan lagu hit mereka Tonight.Walaupun minggu ini ZR hanya menduduki carta no 4,namun mereka berazam untuk memberikan saingan sengit kepada sunbae mereka itu nanti.Itulah matlamat mereka.


                                                             To Be Continued……………..

No comments:

Post a Comment