Percubaan ZR untuk memenangi tempat
pertama untuk ketiga2 carta muzik utama Korea tidak kesampaian.Mungkin salah
percaturan kerana ketika itu lagenda Kpop,Big Bang yang sudah menyepi selama 4
tahun akhirnya kembali ke industri.Namun itu tidak mematahkan semangat Awi
untuk terus berjuang dan sekiranya dapat menduduki carta selama seminggu,itu
sudahpun cukup bagi ZR sebenarnya.
Agak kecewa dengan keputusan pada
carta,ahli2 ZR sudah mula lemah semangat melihat kegagalan mereka untuk
mendapat tempat pertama 3 hari berturut2.Pada mulanya mereka masih lagi
bersemangat untuk berjuang,namun kerana kejayaan yang lalu menghantui mereka
dan motivasi mereka.ZR menganggap bahawa kegagalan mereka akan menjejaskan
reputasi mereka serta rekod yang pernah mereka capai.Mungkin kerana ini hanyalah
kali kedua mereka berjaya menghasilkan album dan mereka belum pernah melalui
fasa sebegini.Bagi penyanyi senior,situasi ini bagi mereka sudah menjadi asam
garam dalam kehidupan.Adakalanya kita di atas,dan adakala kita di
bawah.Kehidupan tidak menentu.
Selepas melancarkan album,ZR semakin
sibuk dengan kerja berkumpulan.Demi mempromosikan album mereka,mereka terpaksa
menghadiri pelbagai rancangan variety serta membuat persembahan live.Walaupun
memenatkan namun ia terpaksa dilakukan kerana ia bukan sahaja menunjukkan
kesetiaan kepada fans malah dapat membantu mempromosikan lagi album mereka.ZR
tetap tekad untuk melakukan apa sahaja demi mendapatkan kembali kejayaan yang
pernah mereka miliki satu ketika dahulu.
Seungwon:Hari ini
kita mengalu-alukan kedatangan idol yang sedang popular di Korea ketika ini,dan
baru-baru ini mereka telah melancarkan album terbaru mereka,mempersilakan,The
Zero Range!
Awi:Annyeong
Haseyo!Zero Range imnida!
Kehadiran ZR ke rancangan KBS Win
Win telah disambut meriah.Selepas 3 minggu mengeluarkan album,ZR diberi
kesempatan untuk mempromosikan album terbaru mereka.Seperti biasa Awi akan
memulakan wawancara..
Seungwon:Annyeong
haseyo ZR.Rasanya ini kali pertama anda semua datang ke studio Win Win bukan?
Awi:Ye saya.Kami
rasa terharu di atas penghargaan ini.
Seungwon:Baiklah
seperti yang saya umumkan tadi,ZR baru sahaja mengeluarkan album terbaru yang
bertajuk The Zero Range bukan?Boleh ceritakan serba sedikit mengenai album ini?
Awi:Album ini
menampilkan 5 lagu dan kesemuanya adalah lagu original ZR sejak sebelum kami
debut di Korea lagi.Lagu ini telah dialih bahasa dan music arrangementnya sudah
diperbaiki dan ditambah baik.
Seungwon:Setakat
ini bagaimana dengan response para peminat ZR terhadap album ini?
Awi:Album ini telah
pun mendapat response yang baik dari para fans kami.Album ini juga berjaya
membawa nafas baru terhadap industri Kpop di mana lagu ini merupakan salah satu
style music Malaysia namun telah diubahsuai mengikut citarasa peminat Korea.
Seungwon:Gin-ssi,sebagai
idol foreign,apakah yang menjadi penghalang kepada ZR dalam karier anda?
Gin:Pada mulanya
budaya.Bahasa dan cara hidup orang Korea sangat berbeza dengan orang
Malaysia.Kami pada mulanya menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan orang
sekeliling selain bergaul dengan mereka.Namun kami berjaya mengatasi kelemahan
itu dan sekaligus berjaya menyesuaikan diri dalam industri ini.
Seungwon:Seperti
mana yang kita tahu,walaupun ZR merupakan idol,tapi pada masa yang sama,ZR juga
terlibat dengan aktiviti2 individu.Contohnya seperti Noa yang sering kelihatan
wajahnya di iklan2 tv mahupun di papan2 billboard,Melow yang aktif dalam
rancangan variety dan Gin pula sedang sibuk dengan drama Misery,jadi bagaimana
ZR cuba seimbangkan karier individu dengan karier berkumpulan.
Gin:Kami ketika
ini telah bersepakat untuk mengurangkan aktiviti individu untuk menumpukan
sepenuh perhatian kepada promosi The 4 Season.Ketika ini kami hanya sibuk
dengan latihan setiap hari
Seungwon:Semenjak
ZR melancarkan mini album baru ini,banyak yang mengharapkan ZR mengulangi
kejayaan seperti mana yang berlaku kepada single Orenjisaekbyeol.Adakah ia satu
tekanan kepada ZR untuk mengulangi kejayaan itu.Pernahkah anda terfikir
sekiranya anda gagal,ia akan mencabar kredibiliti anda sebagai seorang idol?
Noa:Sebenarnya ia
memang merupakan satu tekanan yang hebat kepada kami.Memang tak dinafikan
expectation yang diberikan oleh agensi,para rakan selabel,sunbae-sunbae dan
fans kami memang tinggi dan kami berasa sangat takut pada mulanya.Apakah yang
akan terjadi sekiranya kami gagal.Setakat ini,kami masih belum berjaya
mengulangi kejayaan yang lepas,namun kami berjaya menjual album terbaru kami
100 ribu unit dalam masa 4 hari.Itu merupakan kejayaan pertama untuk sesi kali
ini.
Seungwon:Ada
berita2 di internet mengatakan, “ZR hanyalah idol biasa,tiada yang istimewa”
dan “ZR band luar yang sudah lemau” ditulis oleh para blogger
sebagainya.Bagaimana reaksi ZR apabila membaca artikel sebegini?
Copie:Emosi kami
sangat mudah. Tak semua orang suka dengan apa yang kita buat,dan tak semua
orang boleh kami puaskan hati mereka.Banyak faktor mengapa lagu kami ketika ini
masih tidak menjadi juara di mana2 carta.Reason yang paling utama apabila
leader Hallyu Wave, Big Bang sunbaenim telah kembali ke arena selepas menghilangkan
diri selama 2 tahun.Jadi sudah tentu spotlight akan beralih kepada mereka.Kami
anggap ini adalah satu ujian untuk kami terus melakarkan kejayaan seperti mana
yang Big Bang sunbaenim lakukan.
Seungwon:Bagus.Kuat
semangat anak2 muda dari Malaysia ini ya.Sebenarnya kami ada tetamu jemputan
khas.Beliau juga merupakan sunbae anda.Harap anda semua dapat mengalu2kan
kehadirannya ke studio ini sebentar lagi.Jadi beralih kepada soalan
seterusnya.Malaysia merupakan negara kelahiran Zero Range.Adakah ZR mempunyai
banyak fans di negara sendiri?
Awi:Haha
sebenarnya susah nak jawab soalan ini.Sejak kami datang ke Korea,kami jarang
dapat menghubungi keluarga serta rakan-rakan lama.Belum pernah sekalipun kami
dapat pulang ke rumah masing2 sejak sampai di sini pada Disember 2009. Sudah
setahun lebih.Selepas menjadi idol kami pun tak tahu bagaimanakah keadaan
semasa di Malaysia.Ketika menghubungi keluarga,keluarga kami pun tak tahu
berapa ramai fans yang kami ada di Malaysia.Sebenarnya banyak benda yang telah
kami lalui sepanjang menjadi musician amatur di negara sendiri.Pelbagai benda
telah saya dan ahli2 ZR lalui.Jadi kami bersyukur sekiranya ada sedikit peminat
di negara asal kami walaupun tidak sebanyak di Korea.
Seungwon:Tetamu
khas kita telah sampai.Mari kita jemput Super Junior,Siwon!
Siwon:Annyeong
Haseyo!
Ahli-ahli ZR teruja melihat
kedatangan sunbae mereka ke rancangan itu.Pertemuan yang tidak
dijangka-jangkakan.Mereka berdiri menunjukkan tanda hormat kepada sunbae mereka
itu.Seungwon mempelawa Siwon untuk duduk bersama2 dengan ZR.
Seungwon:Siwon-ssi.Bangapseumnida.ZR
merupakan hoobae label anda betul?
Siwon:Ye saya.
Seungwon:Bila kali
pertama Siwon-ssi berjumpa dengan keenam-enam mereka?
Siwon:Kali pertama
saya berjumpa dengan ZR,seingat saya,saya jumpa dengan Gin-ssi dahulu.Masa 2
Gin-ssi berada di set penggambaran mv terbaru kami,Bonamana.Saya kenal yang
lain-lain ketika mereka semua masih trainee dalam syarikat kami..
Seungwon:Apakah
komen pandangan pertama anda pada hoobae2 anda nie?
Siwon:Masa saya
bertemu dengan Gin-ssi,saya ingat Gin-ssi bukan trainee,tapi hanya pekerja
agensi kami.Namun setelah memperkenalkan dirinya,saya rasa Gin-ssi ini sangat
peramah dan bersopan-santun.Hubungan kami dah macam adik beradik.Komen pertama
ketika saya baru kenal dengan ZR ialah, “Kumpulan ini nampak pelik”
Penonton di studio tergelak apabila
mendengar komen Siwon.Dengan wajahnya yang tidak bersalah,terus menceritakan
pengalamannya bersama ZR.Dengan kehadiran Siwon,banyak lagi cerita-cerita
menarik mengenai ZR yang akan dikongsikan bersama.
To
Be Continued………….
No comments:
Post a Comment