The Zero Generation Story Soundtrack

Wednesday, December 28, 2011

Bab 97:We Will Shine Again (Part Two)



            ZR sedang menghadiri rakaman untuk rancangan KBS Win Win.Sempena pelancaran album baru mereka,ZR diberi peluang untuk mempromosikan album mereka menerusi talk show yang di hostkan oleh Lee Seung Won.

Seungwon:Siwon-ssi,sebagai sunbae kepada ZR,juga rakan selabel,apakah potensi serta kekurangan yang masih perlu dibaiki dan digilap?
Siwon:Pada pendapat saya, ZR merupakan satu kumpulan yang sangat istimewa.Umum sedia tahu bahawa SMent mempunyai undang-undang yang sangat ketat di antara agensi-agensi hiburan di Korea.Ada trainee yang berlatih selama bertahun-tahun lamanya tetapi akhirnya tidak menjadi artis.Dan ada juga trainee yang dilepaskan dari agensi.Namun berbeza dengan ZR.Tidak sampai setahun menjadi trainee,ZR berjaya debut sebagai sebuah kumpulan idol setanding dengan idol-idol sebaris dengan mereka.Kejayaan mereka telah menjadi inspirasi kepada semua trainee-trainee agensi kami untuk terus bekerja dengan lebih kuat lagi sebelum keluar menjadi seorang idol.
Seungwon:Pada mulanya,pemilihan ZR sebagai idol next in line SMent sangat mengejutkan ramai pihak.Ada yang berpendapat,SMent perlu lebih peka akan bakat-bakat tempatan berbanding membawa masuk bakat-bakat luar.Apakah komen Siwon-ssi mengenai kenyataan yang dibuat oleh para netizen?
Siwon:Sebenarnya bakat luar atau bakat tempatan tidak penting.Yang paling utama sekali ialah sama ada bakat yang ada pada para trainee itu mencukupi bagi mereka untuk bergelar idol.ZR telah membuktikan pemilihan mereka bukan hanya cakap kosong.Mereka sendiri telah membuktikannya melalui usaha dan kerja keras mereka.
Seungwon:Bagaimana reaksi Siwon-ssi serta ahli Super Junior yang lain apabila mendapat tahu,single pertama ZR, Orenjisaekbyeol mengungguli carta selama 3 bulan berturut-turut?
Siwon:Seperti mana yang saya cakap tadi,pemilihan ZR bukan sekadar cakap kosong.Mereka telah membuktikannya dengan kejayaan Orenjisaekbyeol.Terus terang,saya serta ahli SuJu yang lain sangat terkejut apabila ZR berjaya memegang carta selama 3 bulan berturut-turut.Bukan satu carta,bukan 2,tetapi 6 carta muzik di Korea.Itu satu pencapaian yang sangat membanggakan.Kami memang sangat gembira dengan apa yang telah dicapai oleh ZR ketika itu.
Seungwon:Saya yakin Siwon-ssi sudah pun mendengar lagu-lagu di dalam mini album ZR.Pada pendapat anda,mengapa sehingga 3 minggu berada di dalam carta,single utama mereka,The 4 Season gagal menduduki tempat pertama dalam mana-mana carta muzik di Korea seperti mana yang telah dilakukan mereka ketika single Orenjisaekbyeol.

            Soalan dari MC itu betul-betul mengejutkan semua orang.Walaupun mudah,namun beberapa remark yang diberikan telah memberi kejutan kepada semua termasuklah penonton yang berada di studio.Siwon hanya tersenyum apabila mendengar soalan itu.

Siwon:Banyak faktor mengapa lagu The 4 Season masih tidak menjadi juara mana2 carta.Tapi perlu anda semua ingat.Siapakah pencabar ZR ketika ini?Tentulah idol Hallyu,Big Bang.Berbanding ketika debut ZR yang lepas,ketika itu tiada artis mahupun idol yang boleh dikategorikan setaraf dengan Big Bang.Jadi itu membuka ruang kepada ZR untuk melakar sejarah.Sebenarnya kemenangan ZR telah membuka mata ramai pihak bahawa satu ketika dahulu gelombang Kpop sebenarnya masih lemah jika hendak dibandingkan dengan gelombang muzik barat.Bayangkan berapa ramai idol dilahirkan pada waktu yang sama dengan ZR namun gagal mengalahkan ZR walaupun mereka sepatutnya lebih arif dengan peminat di negara sendiri.Jelas kejayaan ZR telah menjadi penyuntik semangat kepada semua untuk terus berusaha.Tidak kira walaupun ZR tidak berjaya menang mana-mana carta,mereka sentiasa akan dapat melakukannya sekali lagi pada masa hadapan.

            Kata-kata Siwon itu memberikan semangat kepada ZR untuk terus berusaha.Ternyata Siwon amat mengambil berat mengenai hoobaenya dan sentiasa menyokong dari belakang.Siwon pernah melalui saat-saat yang sama seperti ZR,dan dia berjaya melaluinya dengan cemerlang berkat kesabaran dan sokongan dari para-para sunbae.

Seungwon:Awi-ssi.Sekiranya diberikan peluang,sekali lagi,adakah anda akan terus berkarya walaupun anda gagal mencapai misi anda?
Awi:Sudah tentu.Bagi saya gagal bukan bermakna penamat segala-galanya.Kita masih perlu berusaha memperbaiki diri masing-masing.Mungkin ini akan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti demi para fans semua.
Seungwon:Gin-ssi.Sebagai seorang pelakon dan juga idol,kerjaya yang manakah anda rasa anda lebih berminat untuk berkecimpung?
Gin:Saya amat menyukai kedua-dua bidang.Ketika di sekolah,saya sangat aktif berlakon.Dan ketika tamat persekolahan saya mula aktif dalam bidang muzik.Kedua-dua bidang ada kelemahan dan kebaikan.Tetapi demi fans di luar sana,saya rasa saya perlu lebihkan pemerhatian saya kepada tugas menjadi seorang idol.
Seungwon:Lakonan Gin-ssi mendapat perhatian dari para netizen.Boleh bagitau kami siapakah pelakon yang sentiasa menjadi idola Gin-ssi?
Gin:Sebenarnya Siwon hyung banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam lakonan.Dia merupakan mentor saya.Siwon hyung juga merupakan salah satu pelakon idola saya.Saya juga suka kepada Han Ye Seul sunbaenim,Ha Jiwon sunbaenim dan Oh Jiho hyungnim.Mereka ini banyak memberi saya gambaran bagaimana untuk menjiwai satu-satu watak dengan baik.
Seungwon:Siwon-ssi,sebelum kita menamatkan rancangan kita pada hari ini,ada apa-apa yang ingin anda sampaikan kepada hoobae-hoobae anda ini?
Siwon:Baik saya ingin mengucapkan tahniah kepada ZR kerana berjaya sampai ke tahap ini.Bukan mudah untuk mengecapi semua ini dalam masa yang terdekat dan saya sendiri mengambil masa bertahun-tahun sebelum berjaya berada di peringkat ini.Nasihat saya ialah ZR jangan mudah berputus asa,jangan cepat berpuas hati dan jangan cepat berasa selesa dalam apa yang dilakukan.Industri muzik terlampau banyak saingan di dalamnya.Sentiasa bekerja keras dan melakukan yang terbaik,berikan satu kepuasan kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong anda semua selama ini.Kami,Super Junior,sentiasa menyokong adik-adik semua dan sentiasa mencuba sedaya upaya kami untuk memberikan pertolongan kami ketika waktu ZR memerlukannya.Be strong because we know u can!

            Ucapan Siwon itu menimbulkan perasaan terharu kepada ZR dan penonton yang hadir di studio. Gin serta ahli ZR yang lain segera bangun dan memeluk hyung mereka itu.Mereka berasa sangat terharu dan tersentuh dengan kata-kata yang diberikan oleh Siwon ketika penggambaran itu.

Seungwon:Baiklah,semoga apa yang telah diberitahu oleh sunbae anda semua tadi akan menjadi pembakar semangat kepada ZR untuk terus berusaha dengan lebih kuat lagi.Memang bukan mudah untuk berjaya di dalam industri ini,tetapi tiada apa yang mustahil dengan usaha yang berterusan.

            Akhirnya setelah menamatkan penggambaran secara rasmi,Siwon mengajak ZR untuk pergi makan malam bersama-sama.Peluang begini jarang diraikan bersama oleh ZR.Mereka juga turut pergi berseronok di pusat karaoke.Semangat ZR semakin pulih dan mereka bersedia untuk menghadapi seminggu lagi di Music Bank.Selagi belum menamatkan promosi,ZR msh mempunyai peluang untuk mendapat tempat pertama.


                                                              To Be Continued………..

Wednesday, December 21, 2011

Bab 96:We Will Shine Again (Part One)…



            Percubaan ZR untuk memenangi tempat pertama untuk ketiga2 carta muzik utama Korea tidak kesampaian.Mungkin salah percaturan kerana ketika itu lagenda Kpop,Big Bang yang sudah menyepi selama 4 tahun akhirnya kembali ke industri.Namun itu tidak mematahkan semangat Awi untuk terus berjuang dan sekiranya dapat menduduki carta selama seminggu,itu sudahpun cukup bagi ZR sebenarnya.

            Agak kecewa dengan keputusan pada carta,ahli2 ZR sudah mula lemah semangat melihat kegagalan mereka untuk mendapat tempat pertama 3 hari berturut2.Pada mulanya mereka masih lagi bersemangat untuk berjuang,namun kerana kejayaan yang lalu menghantui mereka dan motivasi mereka.ZR menganggap bahawa kegagalan mereka akan menjejaskan reputasi mereka serta rekod yang pernah mereka capai.Mungkin kerana ini hanyalah kali kedua mereka berjaya menghasilkan album dan mereka belum pernah melalui fasa sebegini.Bagi penyanyi senior,situasi ini bagi mereka sudah menjadi asam garam dalam kehidupan.Adakalanya kita di atas,dan adakala kita di bawah.Kehidupan tidak menentu.

            Selepas melancarkan album,ZR semakin sibuk dengan kerja berkumpulan.Demi mempromosikan album mereka,mereka terpaksa menghadiri pelbagai rancangan variety serta membuat persembahan live.Walaupun memenatkan namun ia terpaksa dilakukan kerana ia bukan sahaja menunjukkan kesetiaan kepada fans malah dapat membantu mempromosikan lagi album mereka.ZR tetap tekad untuk melakukan apa sahaja demi mendapatkan kembali kejayaan yang pernah mereka miliki satu ketika dahulu.

Seungwon:Hari ini kita mengalu-alukan kedatangan idol yang sedang popular di Korea ketika ini,dan baru-baru ini mereka telah melancarkan album terbaru mereka,mempersilakan,The Zero Range!
Awi:Annyeong Haseyo!Zero Range imnida!

            Kehadiran ZR ke rancangan KBS Win Win telah disambut meriah.Selepas 3 minggu mengeluarkan album,ZR diberi kesempatan untuk mempromosikan album terbaru mereka.Seperti biasa Awi akan memulakan wawancara..

Seungwon:Annyeong haseyo ZR.Rasanya ini kali pertama anda semua datang ke studio Win Win bukan?
Awi:Ye saya.Kami rasa terharu di atas penghargaan ini.
Seungwon:Baiklah seperti yang saya umumkan tadi,ZR baru sahaja mengeluarkan album terbaru yang bertajuk The Zero Range bukan?Boleh ceritakan serba sedikit mengenai album ini?
Awi:Album ini menampilkan 5 lagu dan kesemuanya adalah lagu original ZR sejak sebelum kami debut di Korea lagi.Lagu ini telah dialih bahasa dan music arrangementnya sudah diperbaiki dan ditambah baik.
Seungwon:Setakat ini bagaimana dengan response para peminat ZR terhadap album ini?
Awi:Album ini telah pun mendapat response yang baik dari para fans kami.Album ini juga berjaya membawa nafas baru terhadap industri Kpop di mana lagu ini merupakan salah satu style music Malaysia namun telah diubahsuai mengikut citarasa peminat Korea.
Seungwon:Gin-ssi,sebagai idol foreign,apakah yang menjadi penghalang kepada ZR dalam karier anda?
Gin:Pada mulanya budaya.Bahasa dan cara hidup orang Korea sangat berbeza dengan orang Malaysia.Kami pada mulanya menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling selain bergaul dengan mereka.Namun kami berjaya mengatasi kelemahan itu dan sekaligus berjaya menyesuaikan diri dalam industri ini.
Seungwon:Seperti mana yang kita tahu,walaupun ZR merupakan idol,tapi pada masa yang sama,ZR juga terlibat dengan aktiviti2 individu.Contohnya seperti Noa yang sering kelihatan wajahnya di iklan2 tv mahupun di papan2 billboard,Melow yang aktif dalam rancangan variety dan Gin pula sedang sibuk dengan drama Misery,jadi bagaimana ZR cuba seimbangkan karier individu dengan karier berkumpulan.
Gin:Kami ketika ini telah bersepakat untuk mengurangkan aktiviti individu untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada promosi The 4 Season.Ketika ini kami hanya sibuk dengan latihan setiap hari
Seungwon:Semenjak ZR melancarkan mini album baru ini,banyak yang mengharapkan ZR mengulangi kejayaan seperti mana yang berlaku kepada single Orenjisaekbyeol.Adakah ia satu tekanan kepada ZR untuk mengulangi kejayaan itu.Pernahkah anda terfikir sekiranya anda gagal,ia akan mencabar kredibiliti anda sebagai seorang idol?
Noa:Sebenarnya ia memang merupakan satu tekanan yang hebat kepada kami.Memang tak dinafikan expectation yang diberikan oleh agensi,para rakan selabel,sunbae-sunbae dan fans kami memang tinggi dan kami berasa sangat takut pada mulanya.Apakah yang akan terjadi sekiranya kami gagal.Setakat ini,kami masih belum berjaya mengulangi kejayaan yang lepas,namun kami berjaya menjual album terbaru kami 100 ribu unit dalam masa 4 hari.Itu merupakan kejayaan pertama untuk sesi kali ini.
Seungwon:Ada berita2 di internet mengatakan, “ZR hanyalah idol biasa,tiada yang istimewa” dan “ZR band luar yang sudah lemau” ditulis oleh para blogger sebagainya.Bagaimana reaksi ZR apabila membaca artikel sebegini?
Copie:Emosi kami sangat mudah. Tak semua orang suka dengan apa yang kita buat,dan tak semua orang boleh kami puaskan hati mereka.Banyak faktor mengapa lagu kami ketika ini masih tidak menjadi juara di mana2 carta.Reason yang paling utama apabila leader Hallyu Wave, Big Bang sunbaenim telah kembali ke arena selepas menghilangkan diri selama 2 tahun.Jadi sudah tentu spotlight akan beralih kepada mereka.Kami anggap ini adalah satu ujian untuk kami terus melakarkan kejayaan seperti mana yang Big Bang sunbaenim lakukan.
Seungwon:Bagus.Kuat semangat anak2 muda dari Malaysia ini ya.Sebenarnya kami ada tetamu jemputan khas.Beliau juga merupakan sunbae anda.Harap anda semua dapat mengalu2kan kehadirannya ke studio ini sebentar lagi.Jadi beralih kepada soalan seterusnya.Malaysia merupakan negara kelahiran Zero Range.Adakah ZR mempunyai banyak fans di negara sendiri?
Awi:Haha sebenarnya susah nak jawab soalan ini.Sejak kami datang ke Korea,kami jarang dapat menghubungi keluarga serta rakan-rakan lama.Belum pernah sekalipun kami dapat pulang ke rumah masing2 sejak sampai di sini pada Disember 2009. Sudah setahun lebih.Selepas menjadi idol kami pun tak tahu bagaimanakah keadaan semasa di Malaysia.Ketika menghubungi keluarga,keluarga kami pun tak tahu berapa ramai fans yang kami ada di Malaysia.Sebenarnya banyak benda yang telah kami lalui sepanjang menjadi musician amatur di negara sendiri.Pelbagai benda telah saya dan ahli2 ZR lalui.Jadi kami bersyukur sekiranya ada sedikit peminat di negara asal kami walaupun tidak sebanyak di Korea.
Seungwon:Tetamu khas kita telah sampai.Mari kita jemput Super Junior,Siwon!
Siwon:Annyeong Haseyo!

            Ahli-ahli ZR teruja melihat kedatangan sunbae mereka ke rancangan itu.Pertemuan yang tidak dijangka-jangkakan.Mereka berdiri menunjukkan tanda hormat kepada sunbae mereka itu.Seungwon mempelawa Siwon untuk duduk bersama2 dengan ZR.

Seungwon:Siwon-ssi.Bangapseumnida.ZR merupakan hoobae label anda betul?
Siwon:Ye saya.
Seungwon:Bila kali pertama Siwon-ssi berjumpa dengan keenam-enam mereka?
Siwon:Kali pertama saya berjumpa dengan ZR,seingat saya,saya jumpa dengan Gin-ssi dahulu.Masa 2 Gin-ssi berada di set penggambaran mv terbaru kami,Bonamana.Saya kenal yang lain-lain ketika mereka semua masih trainee dalam syarikat kami..
Seungwon:Apakah komen pandangan pertama anda pada hoobae2 anda nie?
Siwon:Masa saya bertemu dengan Gin-ssi,saya ingat Gin-ssi bukan trainee,tapi hanya pekerja agensi kami.Namun setelah memperkenalkan dirinya,saya rasa Gin-ssi ini sangat peramah dan bersopan-santun.Hubungan kami dah macam adik beradik.Komen pertama ketika saya baru kenal dengan ZR ialah, “Kumpulan ini nampak pelik”

            Penonton di studio tergelak apabila mendengar komen Siwon.Dengan wajahnya yang tidak bersalah,terus menceritakan pengalamannya bersama ZR.Dengan kehadiran Siwon,banyak lagi cerita-cerita menarik mengenai ZR yang akan dikongsikan bersama.


                                                               To Be Continued………….

Wednesday, December 14, 2011

Bab 95:The Sunbae’s Love



            Hari ini merupakan persembahan comeback pertama ZR di MBC Music Core.Selepas melakukan persembahan di KBS Music Bank semalam,ZR akan membuat persembahan di MBC dan di SBS Inkigayo pada keesokkan harinya.Ketiga2 rancangan carta lagu ini merupakan rancangan yang paling hangat di Korea.Namun rekod juara terpanjang telah dipegang oleh ZR untuk ketiga2 rancangan dengan durasi masa selama 3 bulan menerusi lagu Orenjisaekbyeol.

            Berbanding semalam,hari ini ZR kelihatan tenang selepas berjaya membuang rasa berdebar2 mereka di Music Bank.Seperti biasa mereka tiba awal di bangunan MBC untuk raptai dan temubual ekslusif bersama rancangan tersebut.Memandangkan hari ini hari Sabtu,lebih ramai orang yang sedang cuti menyaksikan siaran secara langsung itu.Oleh itu tekanan masih ada,namun ia tidak sehebat semalam.

            Berbeza dengan semalam,tidak ramai artis mengetahui bahawa ZR akan berada di Music Bank bagi mempromosikan album terbaru mereka.Namun pada hari ini bilik persalinan ZR tidak henti2 menerima kunjungan dari rakan artis senior yang memberi ucapan tahniah atas album baru mereka.Sungguhpun hanya mini album,namun oleh kerana kedudukan ZR sebagai idol baru walaupun sudah hampir setahun mereka debut,comeback ZR sangat dinanti2kan.Ini semua adalah kesan dari kemenangan ZR pada ketiga2 carta Music Bank,Inkigayo dan Music Core selama 3 bulan berturut2.Sebagai artis baru,itu memang mengejutkan semua.

            Ada yang berpendapat,kemenangan ZR yang lepas berpunca dari kelainan yang dibawa oleh agensi mereka di mana idol yang bukan berasal dari Korea telah dilatih untuk menjadi superstar di negara Kpop itu.Selain itu genre muzik ZR yang berbeza menjadikan lagu-lagu mereka tidak cepat bosan apabila didengar oleh fans.Satu lagi kelebihan ZR apabila berjaya debut dalam tempoh latihan tidak sampai setahun,berbeza dengan idol2 lain di bawah SMEnt yang terpaksa berlatih sekurang2nya 2 tahun sebelum bergelar idol.Presiden SMEnt,Lee Soo Man ketika itu membuat kenyataan bahawa ZR sudah mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang idol,sebelum mereka menjadi seorang idol.Oleh itu latihan yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak berbaloi dan hanya membuang masa,lantas board memutuskan untuk mendebutkan 6 orang remaja dari Malaysia ini.Ternyata keputusan Lee Soo Man dan pengarahnya tidak salah apabila Zero Range berjaya mencipta brand mereka tersendiri dan berjaya merangkul pelbagai gelaran rookie pada tahun 2010.

Gin:Awi,aku x rasa kita akan menang jugak Music Core nie.Sebab Big Bang ada.
Awi:Xpela.At least kite buat yang terbaik..
Noa:Tapi Awi ko x rasa ke kalu kite gagal ulangi kejayaan Orenjisaekbyeol lepas,kte akan malu gle?
Awi:Memangla.Tapi 2 x bermakna ko boleh mengalah dengan cepat.
Copie:Btul 2.Impian kte datang ke Korea nie untuk apa?Untuk mencapai cita2 kte kan?Blm tentu kalu kite menang setiap benda kte masuk,kte boleh dikira sebagai legend.
Amir:Yang penting kite kena usaha lebih kuat lagi.Buat yang terbaik,banggakan rakyat Malaysia.

            Sedang mereka memberi semangat antara satu sama lain,mereka telah dikunjungi oleh seseorang.

Eunjung:Annyeong haseyo!Saya ganggu ke?
Melow:Eh Eunjung noona!Noona buat apa kat sini?
Eunjung:Noona kebetulan ada baca skrip WGM dekat sini hari nie.So noona datang bawakkan Goguma untuk semua.Nah.
Noa:Wah!Kamsahamnida noona!Semalam Soyeon noona,Boram noona dengan Hwayoung bwkkan kami makanan.Hari nie Eunjung noona pun bawakkan goguma.Terima kasih sebab amik berat pasal kami.
Awi:Noona dah abis baca skrip ke?
Eunjung:Blm lagi.Noona datang sini nak tgk ZR performla.
Melow:Kami perform lambat lagi.Eh Gin.Ko tggu kt sini dgn Eunjung noona.Kteorg berlima nak pegi amik somethg jap.
Gin:Eh,xdela sampai 5 orang pegi.
Noa:Ala benda nie banyak.Ko temankanla Eunjung noona..
Eunjung:Eh xkanlah macam nie plak?
Awi:Gwaenchana noona.Noona tggu sini ye.

            Mereka berlima sudah berpakat untuk meninggalkan Gin berdua dengan Eunjung.Untuk mengelakkan mereka dari dijumpai,Melow telah mengunci pintu bilik persalinan dan meninggalkan Gin dan Eunjung di dalamnya.Keadaan tiba2 menjadi awkward antara Eunjung dan Gin.Gin hanya memfokuskan pada bacaannya manakala Eunjung duduk di atas sofa sambil matanya memandang ke sana sini.

Eunjung:Ya.Choi Hyu Gin.Neo nae yeolja chingu datang tapi awk buat dy macam nie je?
Gin:Eh?Err..Err..
Eunjung:Palli wa!Duduk sebelah noona sini..
Gin:Ne noona.

            Entah mengapa Gin mula berasa awkward.Mungkin kerana Gin tidak biasa berjumpa dengan Eunjung di tempat terbuka.Walaupun di dalam bilik itu hanya mereka berdua,namun perasaan awkward itu tetap ada.Ahli ZR yang lain sudah mengetahui bahawa hubungan Eunjung dan Gin sudah memasuki fasa ketiga di mana mereka tidak boleh hidup tanpa satu sama lain,namun kerana kesibukkan,kedua pasangan idol itu tidak dapat berjumpa antara satu sama lain setiap hari.Oleh itu mereka sentiasa mencari peluang untuk membantu Gin meluangkan masa bersama Eunjung.

Eunjung:Ya Choi Hyu Gin.Noona x sangka Gin sombong mcmnie..
Gin:Aigoo noona…Uri Eunjungie noona merajuk ke?(Sambil menarik Eunjung dekat kepadanya)
Eunjung:Yah,kenapa x gne honorific?Gin lg tua pada noona?
Gin:Aniyo.(terus melepaskan tangan dan duduk tegak)
Eunjung:Yah Choi Hyu Gin.Kalu awk x ske tgk noona kt sini,xpe noona pergi.Noona xnk kaco..
Gin:Aigoo noona jgnla mcm 2.Mianhei.Gin x brmaksud pn nk buat mcm 2..
Eunjung:Geurae.Awk x ske noona dekat sini.Noona nak pergi…
Gin:Noona…

            Gin terus memeluk Eunjung dengan kuat.Dia tahu Eunjung merajuk kerana Gin tidak melayannya seperti yang sepatutnya.Eunjung sebenarnya berpura2 merajuk kerana dy tahu Gin sedang stress dengan persembahannya xlama lagi.Namun itu adalah satu2 cara untuk hilangkan stress serta debarannya ketika itu.Eunjung tahu Gin adalah seseorang yang x pandai mengawal perasaannya.Oleh itu ini adalah seperti latihan untuknya..

Gin:Noona..Mianhei.Gin tengah berdebar2 nie..Takut persembahan lepas nie.Noona jgn marah lagi ye..
Eunjung:Lain kali nak buat lagi?
Gin:Andwae!Yaksok!
Eunjung:Kalu mcm 2,nak poppo!
Gin:Nak mana?Pipi ke dahi?
Eunjung:2 2 haha…

            Begitulah mesranya kedua mereka.Sungguhpun sukar,namun mereka masih lagi bertahan dan melalui segala dugaan dan cabaran dengan tenang.Sementara Gin dan Eunjung meluangkan masa bersama,ahli2 ZR yang lain sedang menegur sapa idol2 yang lain.Mereka masing2 memberikan kata2 semangat kepada ZR.ZR rasa sangat bersyukur apabila kewujudan mereka dirasai dan bukan sahaja mereka mendapat sokongan daripada fans malah pada rakan seartis.Malahan ada rakan artis yang turut menyertai fan club ZEROES kerana mereka betul2 minat kepada ZR..

            Tidak lama kemudian tibalah masa ZR membuat persembahan comeback pertama di Music Core.Sperti biasa kehadiran mereka mendapat sokongan dan peminat bersorak untuk mereka.Pada akhir rancangan,seperti yang dijangka,sekali lagi Big Bang mendapat tempat pertama di Music Core.Tahniah diucapkan kepada Big Bang.



                                                          To Be Continued…….

Wednesday, December 7, 2011

Bab 94:The First Challenge..



            Semalam Gin berada di Yongsan untuk hari terakhir sesi bertemu peminatnya.Pada hari ini ZR akan memfokuskan pada persembahan comeback mereka kali kedua selepas 8 bulan yang lalu.Kembali ke pentas Music Bank selepas berjaya menduduki carta selama 3 bulan berturut2.Ini merupakan saat yang mendebarkan bagi ZR walaupun sudah hampir setahun mereka menjadi idol.

            Ditemani dengan para idol lain yang turut melakukan comeback pada bulan Mac,Big bang,Gna,2AM dan lain2.Cabaran amat dirasai apabila Big Bang juga kembali ke industri selepas 4 tahun berada dalam keadaan hiatus dari industri muzik.Lagu hit single terbaru Big Bang,Tonight telah berjaya mendapat no 1 di carta Billboard selepas 3 hari disiarkan.Walaupun pada minggu ini ZR masih lagi belum berpeluang untuk berada no 1,namun tekanan masih ada kerana mereka akan bertanding dengan kumpulan kpop terpopular di Asia.Big bang bukan sahaja mempunyai banyak peminat di Korea,malah di seluruh Asia.

            ZR tiba di bangunan KBS pada pukul 3 petang.Dan mereka terus memulakan latihan raptai.Ketika di bilik persalinan,ZR berjumpa dengan ramai idol serta rakan penyanyi yang turut melakukan persembahan pada hari itu.Mereka mengambil kesempatan itu untuk memberikan album mereka kepada mereka yang ada ketika itu.Memang sudah menjadi adat artis kpop yang akan memberi album baru mereka kepada rakan artis lain sebagai tanda penghargaan kepada mereka.Biasanya hoobae akan memberi album mereka kepada sunbae dengan harapan dapat merapatkan lagi hubungan hoobae-sunbae itu.ZR juga tidak terkecuali dengan keadaan itu.

            Ketika sedang sibuk dengan meletakkan barang2 mereka di dalam bilik persalinan,tanpa disedari bilik itu turut dikongsi oleh artis lain.Dan artis itu ialah Big Bang.Big Bang yang datang sedikit lewat berbanding ZR terus masuk ke dalam bilik persalinan.Apabila menyedari kehadiran sunbae mereka,ZR terus memberi Insa kepada mereka.Ini merupakan kali pertama ahli2 ZR bersemuka dengan Big Bang.Sejak di Malaysia lagi,Big Bang merupakan inspirasi ZR dalam membuat muzik.Sebut sahaja apa lagu Big Bang yang ada,semua sudah dihafal oleh mereka.Mereka tidak menyangka pada suatu hari nanti mereka berpeluang untuk bertemu dengan idola mereka itu.

Gin:Annyeong haseyo Sunbaenim!Uri neun,Zero Range Imnida.
GD:Oh ini Zero Range?Annyeong haseyo.Bangapseubnida.Saya selalu dengar cerita pasal awk semua.Tahniah sebab berjaya keluarkan album baru.
Awi:Kamsahamnida GD sunbaenim.Kami semua memang peminat Big Bang dari dulu lagi.X sangka kami dapat jumpa dengan sunbae semua.
Seungri:Gomapseumnida.Rasanya lepas debut,ZR xde album atau apa2 single lagikan?
Gin:Ye sunbae.Mmg xde.Ini kire comeback kami yang pertama.Sebenarnya kami sangat berdebar2 jugak nie.
Seungri:Xpe lama2 okla 2.Awk semua kena berusaha lebih kuat lagi kalu nak berjaya.
Noa:Sunbaenim.Ini album kami.Hadiah dari kami…
GD:Oh awk bagi kami?Chinjja?Kamsahamnida!Nanti kami akan dengar album nie.
Gin:Baiklah kami rasa kami x patut ganggu sunbae bersiap.Selamat berjaya sunbaenim.Fighting!
Seungri:Ye.ZR juga fighting!

            Ketika itu hanya GD dan Seungri sahaja yang melayan ZR.Ahli Big Bang yang lain kelihatan sangat bengis dan seperti tidak mudah untuk bergaul.Memang benar kata orang,kadangkala peribadi di atas pentas ataupun di hadapan kamera tidak sama dengan di dunia sebenar.Contohnya seperti Daesung.Ketika di Family Outing,karakter Daesung digambarkan sebagai seorang yang ceria,peramah dan mudah didekati.Namun secara personal dy bukanlah seperti itu.Sepanjang perbualan GD,Seungri dan ZR,Daesung hanya duduk di atas kerusi sambil mendengar lagu dan melihat handphonenya manakala TOP pula sedang sibuk mendandan rambutnya dan tidak menghiraukan orang lain.Taeyang hanya sibuk membaca di sebelah TOP.Walaupun begitu ZR tidak putus asa dan mengganggap itu adalah lumrah kehidupan seorang idol.Berbeza dgn keadaan di Malaysia,artis muda jarang menghormati artis yang lebih senior.Maka tidak hairanlah setiap hari ada sahaja berita mengenai artis baru mempunyai masalah disiplin.Jika di Korea,setiap perlakuan buruk idol akan ditegur oleh sunbae mereka.

            Akhirnya sesi raptai sudah pun berlalu.Kini tibalah masa untuk ZR melakukan persiapan diri sebelum acara siaran langsung dimulakan.Pada ketika ini semuanya menjadi kelam kabut,dari stylist kepada manager dan kepada show coordinator,semuanya akan cuba untuk menjalankan tugas mereka dengan baik.Sekiranya sesuatu berlaku,mereka hendaklah mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan ini kerana siaran langsung ini sangat penting.Ia bukan sahaja disiarkan di Korea,malah di 30 buah negara di seluruh dunia.Sedikit kesilapan akan mengakibatkan seluruh program rosak.Oleh itu perancangan rasmi perlulah dilakukan demi menggelakkan hal2 tidak diingini berlaku.

            Buat ZR yang sudah lama tidak berada dalam acara seperti ini,menyebabkan berasa sangat berdebar.Lebih2 lagi apabila mendengar kekecohan yang berlaku dari show coordinator yang x henti2 menjerit demi memastikan idol sentiasa berada di dalam keadaan bersedia.Ketika saat mekap dipakaikan ke muka mereka,hati masing2 terus berdebar.Ada yang terus membaca chord dan lirik untuk mengingat semula lagu tersebut,ada yang membaca majalah untuk menghilangkan rasa gementar dan ada juga yang cuba menenangkan diri dengan mendengar muzik.

Awi:Oit kwn2.Xlama lagi giliran kita.Korang dah bersedia ke?
Gin:Dah.Tapi masih berdebar gak.
Noa:Aku takut kalu aku terbuat silap je nanti..
Copie:Relax,chill.Kite dah practice mesti boleh buat punya.
Melow:Harap2 aku x lupa lirikla nanti.
Awi:Amir ko kena confident.Jangan takut2.Bass kena main kuat sikit takut nanti Noa xdgr.
Amir:Aku cuba buat yang terbaik!

            Sedang berdebar2 menantikan giliran mereka,ZR menerima kunjungan dari tetamu yang tidak disangka2.Mereka ialah Soyeon,Boram dan Hwayoung dari T-ara.Mereka datang ke bangunan KBS semata2 ingin memberi semangat kepada hoobae mereka yang akan melakukan comeback mereka yang pertama.

Soyeon:Annyeong!Kami menggangu ke?
Gin:Soyeon noona!Boram noona!Hwayoungie!
Hwayoung:Annyeong haseyo oppa!
Awi:Kenapa sunbae smua datang sini?
Boram:Kami nak bagi semangat kepada ZR.Kami menyokong ZR!
Soyeon:Btul 2.Lagipun kami bertiga xde schedule jadi kami sepakat datang melawat.
Noa:Kamsahamnida semua.Terima kasih sebab bagi semangat pada kami.
Melow:Kami janji kami akan lakukan yang terbaik!
Hwayoung:Ah nanti lepas habis persembahan,kita makan sama2.Kami bertiga ada buatkan sesuatu untuk ZR oppa.
Amir:Ye ke?Kamsahamnida!Nanti kami rasa ye.
Coordinator:Jeogiyo!Lepas nie giliran Zero Range.Sila bersedia ke belakang pentas.
Gin:Ne..Kamsahamnida…Noona,Hwayoungie,kami pergi dulu ye..Tunggu kami..
T-ara:Ne,fighting!

            Akhirnya tiba giliran ZR.Walaupun berdebar mereka melangkah dengan penuh tenang.Mereka bersiap sedia di belakang pentas dan menunggu cue dari PD.Selepas tamat lagu Gna,montaj comeback ZR dimainkan.ZR terus bersedia.Selepas diberi cue oleh PD,Melow terus menyanyi.Persembahan bermula dan fans sudahpun menjerit2 kegembiraan.Mereka gembira dapat melihat ZR kembali beraksi di atas pentas selepas 7 bulan lebih.Ternyata sokongan Zeroes amat padu apabila mereka turut sama2 menyanyikan lagu ZR walaupun baru 3 hari lagu The 4 Season dilancarkan.Begitulah hebatnya pengaruh ZR.

            ZR berjaya menamatkan persembahan dengan berjaya sekali.Mereka berasa sungguh gembira.Lagu The 4 Season yang baru sahaja dilancarkan telah menduduki tangga ke 4 pada minggu pertama di carta Music Bank.Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.Selepas tamat persembahan mereka menuju semula ke bilik persalinan tadi.Di dalamnya T-ara sunbae sudah pun bersorak apabila melihat persembahan ZR.Mereka memuji2 karisma yang ditunjukkan ZR ketika membuat persembahan.Mereka turut menjamu selera hidangan bibimbap yang disediakan oleh Soyeon,Boram dan Hwayoung untuk ZR.

            Pada hari itu,Big Bang telah memenangi carta no 1 mengalahkan Black And White Gna dengan lagu hit mereka Tonight.Walaupun minggu ini ZR hanya menduduki carta no 4,namun mereka berazam untuk memberikan saingan sengit kepada sunbae mereka itu nanti.Itulah matlamat mereka.


                                                             To Be Continued……………..

Thursday, December 1, 2011

Bab 93:And The Story Begins..


            “Nuguseyo?Annyeong haseyo?”.Hari ini merupakan hari pertama penggambaran rancangan We Got Married yang membariskan Eunjung sebagai salah seorang pasangan baru.Dalam episod kali ini,Eunjung dijemput ke sebuah restoran lama yang tidak didedahkan lokasinya.Di situ Eunjung diberikan misi untuk mencari ‘suaminya’ yang sedang berada di dalam restoran itu,menunggu ketibaan bakal ‘isterinya’ untuk menjemputnya pulang.

            “Marilah naik!Saya dekat atas nie!”.Kedengaran suara lelaki yang sedang memanggil2 Eunjung sambil memberi di mana arah kedudukannya.Suara itu jarang didengar namun Eunjung yakin dy pernah mendengar suara itu.Ketika dalam perjalanan ke restoran itu,Eunjung telah menghantar msj ke Kim Soohyun bertanyakan aktivitinya ketika itu.Kim Soohyun membalas bahawa dy sedang berada di rumah dan berehat.Oleh itu Eunjung yakin bahawa suara yang didengarnya tadi bukanlah suara Kim Soohyun kerana perbezaan tone dan kedudukan Kim Soohyun ketika itu.

            Eunjung terus naik ke tingkat atas.Restoran itu sunyi sepi dan tiada orang di dalamnya.Dengan perasaan berdebar2,Eunjung melangkah naik ke tingkat atas dengan perlahan2.Di tingkat atas keadaannya sangat gelap.Lampunya sengaja ditutup demi menambahkan perasaan suspens kepada Eunjung.Dengan penuh rasa ingin tahu,Eunjung menaiki tangga dengan berhati2. “Yeoboseyo?”

            Apabila Eunjung sampai ke tingkat atas,lampu dinyalakan.Seorang lelaki sedang duduk di sebuah meja yang terletak ditengah2 ruang makan.Eunjung dengan perasaan berdebarnya terus bertanya kepada lelaki itu.

Eunjung:Annyeong haseyo?Awk ‘suami’ saya?
Jang Woo:Annyeong haseyo.Ye saya ‘suami’ awk.Lee Jang Woo imnida.

            Rupanya aktor Lee Jang Woo telah pun dipilih sebagai ‘suami’ kepada Eunjung dalam WGM.Pemilihannya tidak dijangka dan Eunjung tergamam apabila Jang Woo memperkenalkan dirinya.Jang Woo mempersilakan Eunjung duduk dan menuangkan champagne untuk Eunjung.Mereka berdua memperkenal diri masing2 dan duduk berborak.Ketika itu barulah Eunjung tahu bahawa Jang Woo bukan sahaja sunbaenya dalam bidang lakonan,malah Jang Woo juga adalah sunbaenya dari Dongguk Univeristy yang mengambil course yang sama.Menyedari keadaan itu,Eunjung terus memberi ucapan selamat atau dalam budaya korea dikenali sebagai ‘Insa’,memberi tanda hormat kepada orang yang lebih tua atau dihormati.

Eunjung:Maafkan saya sebab x bagi Insa tadi.Annyeong haseyo.Jeo neun Ham Eunjung imnida.Saya junior sunbae di Dongguk University acting major!
Jang Woo:Saya sebenarnya risau apabila saya buat macam nie takut Eunjung-ssi rasa saya x hormatkan Eunjung-ssi pulak.
Eunjung:Xpe.Saya suka sangat kejutan macam nie.
Jang Woo:Eunjung-ssi pernah terpikir x saya akan jadi ‘suami’ awk?
Eunjung:Secara jujurnya saya xpernah terfikir pun.Rasa terkejut sangat.Tapi saya seronok dapat kenal dengan sunbae.
Jang Woo:Samala dengan saya.Harap kita boleh jadi semakin rapat di masa hadapan.

            Sebagai tanda pertemuan mereka,Jang Woo membawa masuk kek yang dibelinya dan mereka telah mengadakan upacara memotong kek sebagai tanda pertemuan buat pertama kali mereka di episod pertama WGM siri Eunjung dan Jang Woo.Adakah pasangan ini akan menjadi seperti pasangan2 sebelum ini?

                                    **********************************

            Hari ini merupakan hari kedua ZR mempromosikan album terbaru mereka.Semalam mereka berenam sudahpun berpecah menuju ke 6 buah kedai muzik berbeza di Seoul.Pada hari ini mereka sekali lagi akan menuju ke 6 buah kedai muzik yang berbeza masih lagi di kawasan Seoul.Hari ini Gin ditugaskan untuk berada di Gangnam-Gu,kedai muzik K-Tune.Seperti semalam,fans masih lagi ramai menunggu di kedai muzik tersebut.Ada yang sudah membeli album semalam namun masih berada di sekitar kedai muzik itu kerana mereka ingin mencuba nasib untuk berjumpa dengan idola mereka.

            Gin menandatangani album baru mereka seperti biasa.Ada peminat juga bertuah apabila dapat bergambar dengan Gin.Walaupun penat melayan para peminat,Gin tetap melemparkan senyuman kepada fans yang sanggup meluangkan masa dan tenaga semata2 untuk bertemu dengannya.Pengalaman ini sangat berharga dan tidak semua orang dapat merasa.

            Sedang menandatangan,Gin seperti biasa akan menanyakan nama peminat sambil menurunkan signya.Namun peminat ini sangat tidak dijangka2 dan tiada siapa yang mengetahu kewujudan peminat ini di kedai itu.

Gin:Annyeong haseyo.Ireumi mwo-ya?
Peminat:Lee Sunkyu imnida.
Gin:Aaaa…Lee Sunkyu-ssi..Eh?

            Apabila mendengar nama tersebut Gin terkejut dan terus memandang muka peminat itu. “Lee Sunkyu?Mcm nama SNSD Sunny!” “Memang pun ada orang cakap muka saya mcm SNSD Sunny.”Peminat itu membalas. “Oh jeongmalyo?Blh saya tengok muka awak?”,Gin bertanya dengan perasaan ingin tahu.Perlahan2 Peminat itu menanggalkan selendangnya dari mulutnya dan menolak cermin matanya ke atas dahi.Gin terkejut apabila melihat wajah peminat itu!

Pada malam itu….

Gin:Aigoo noona..Kenapa noona datang x bgtau saya?
Sunny:Haha kalu noona bagitau x surprisela.
Gin:Noona xde schedule ke hari nie?
Sunny:Xde.Sebab 2 noona pegi cari Gin.Lama sangat kite berdua x keluar macam nie..
Gin:Emm dulu sblm SNSD pegi Jepun,kite selalu meluangkan masa sama2.Skrg nk jumpa pun dh susah.
Sunny:Lagipun dulu ZR belum debut lagi.Sekarang ZR dh jadi artis yang hebat.Mmg berbezala..
Gin:Noona byk byk saya pegi tempat keje noona dulu.Seronok sangat rasanya.Time 2 xde spe pn kenal saya..
Sunny:Ya noona besarkan Gin.Ptt Gin kena berterima kasih pada noona.Haha
Gin:Besarkan saya?Haha,saya sentiasa berterima kasih pada noona.Saya akan sentiasa ingat Sunkyu noona saya.
Sunny:Gin,skrg nie Gin nampak tinggi dari dulu.Blh x piggy ride noona?
Gin:Eh?Kenapa pulak..
Sunny:Ala noona penatla..Kereta Gin jauh lagi kt sana..(Aegyo)
Gin:Adoi...Ok..Mari naik belakang Gin.Hati2!

            Dengan hati2 Sunny naik ke atas Gin.Seperti mana kanak2 yang didokong oleh bapanya,begitulah Sunny yg didokong dengan piggy ride Gin.Sunny memeluk Gin dengan kuat kerana takut terjatuh.Perlahan2 Gin berjalan membawa Sunny menuju ke tempat letak kereta.

Gin:Eh,noona rasa macam beratla..Noona tambah berat badan?
Sunny:Ya!Mne ad!Noona masih sama mcm dulu!
Gin:Ye ke?Tp kenapa Gin rasa noona berat sangat nie?
Sunny:X kisahla!Cepat kita pergi sekarang!YAHOOOOO!

            Akhirnya Gin terpaksa mendokong Sunny sehingga ke tempat letak kereta.Walaupun mereka pernah rapat satu ketika dahulu,namun apabila SNSD pergi ke Jepun meninggalkan mereka,hubungan Gin dan Sunny semakin renggang.Namun mereka masih mencuba untuk memulihkan hubungan mereka seperti dahulu..

 To Be Continued………..

Thursday, November 24, 2011

Bab 92:The 4 Season

Hari ini secara rasminya mini album terbaru ZR,The 4 Season dilancarkan.Setelah hampir sebulan promosi telah dijalankan di kaca tv mahupun di internet,akhirnya tarikh 1 Mac 2011 menyaksikan ZR meneruskan lagi perjuangan mereka di dalam arena muzik Kpop.MV 4 Season telah direleasekan tepat jam 12 tengah malam waktu Korea di laman youtube rasmi SMTOWN. Dlm masa beberapa jam sahaja mv itu telah berjaya mengumpul lebih 100 ribu orang penonton.Ternyata Zeroes mmg sudah lama menantikan saat ini.

Sebaik sahaja album2 ini tiba di kedai2 muzik di kawasan Seoul,peminat sudahpn mula menunggu untuk membeli.Ada pelanggan sudah menunggu dan berbaris di hadapan kedai muzik sejak awal pagi lagi.Mereka ingin merebut kupon istimewa yang disertakan secara rawak di dalam setiap album itu.Kupon itu akan memberikan peluang kepada mereka untuk menghadiri ke majlis rasmi pelancaran album The 4 Season yang akan diadakan pada minggu hadapan.Pemilik kupon2 istimewa itu akan berpeluang berjumpa dengan ZR secara personal dan juga berpotensi memenangi barang2 edisi khas ZR.

Sebagai rancangan untuk melariskan penjualan album,setiap ahli ZR akan berpecah dan menuju ke 6 buah kedai muzik terpilih di Seoul setiap hari selama 3 hari berturut2 untuk fan-signing event.Pembeli album ZR berpeluang mendapatkan sign khas dari ahli ZR yang berada di lokasi2 tersebut.Ternyata para Zeroes tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.Mereka berpusu2 pergi ke kedai muzik dan membeli album ZR serta menghadiri ke lokasi2 hot spot kedai muzik di Seoul.

Pada hari ini Gin berada di sebuah kedai muzik di jalan Yeongdeung-pu,Kedai music Entertainment Stars.Pada mulanya Gin meninjau keadaan di sekeliling kedai itu.Gin dijadualkan untuk bertemu peminat pada pukul 1 petang.Namun oleh kerana ingin melihat bagaimana response pelanggan,Gin tiba sejam lebih awal.Keadaan di sekeliling kedai itu dipenuhi oleh ramai peminat yang sedang beratur untuk membeli album terbaru ZR.Gin tidak menyangka bahawa reaksi fans adalah sehebat ini dan Gin berasa sangat terharu.Dia sempat mengambil beberapa gambar keadaan di sekeliling kedai itu untuk dimuat turun ke laman twitternya.

Gin:Ya noona,ramainya orang.Mcmne kita nak turun nie?

Saebyun:Ahjussi,tlg parking dekat belakang kedai.Pekedai dah sediakan ruang untuk Gin masuk.

Gin:Ramainya org.X sangka saya ramai mcmnie..

Saebyun:Gin nanti dgr arahan pekedai taw.Jgn terus serbu peminat.Hati2 ye..

Van yang dinaiki ZR berhenti di pintu belakang kedai.Di situ terdapat 2 orang lelaki menyambut Gin.Mereka ialah security kedai.Gin masuk ke dalam kedai dan dibawa ke bilik persalinan untuk bersiap.Tepat pada pukul satu,manager kedai mengumumkan satu berita.

Manager:Annyeong Haseyo.Yeorobun neomu kamsahamnida kerana datang pada hari ini.Seperti mana yang kita tahu hari ini merupakan hari pertama album The Zero Range dilancarkan.Terima kasih kerana memilih kedai kami sebagai destinasi anda untuk membeli album The Zero Range.Untuk menunjukkan tanda penghargaan kami,dengan ini dipersilakan,untuk anda semua,Zero Range ui,Hyu Gin!

Selepas manager mengumumkan kehadiran Gin di kedai itu,fans mula menjerit kegembiraan.Mereka sangat teruja apabila mendengar nama Gin disebut.Gin dijemput masuk dan dia diberikan peluang untuk memberikan ucapan.

Gin:Annyeong haseyo,Hyu Gin imnida.Wah seronok saya apabila melihat Zeroes yang ada pada hari ini memberi sokongan kepada saya serta ZR dengan membeli album kami.Sebagai tanda penghargaan saya terhadap anda,saya akan menandatangan album yang telah anda beli.Terima kasih kerana menyokong kami!

Ucapan Gin itu membuat para pelanggan bersorak dengan penuh kegembiraan.Mereka rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan Gin pada hari tersebut.Gin dengan gembiranya memberi tandatangannya pada album yang telah dibeli oleh para fansnya.Sungguh tidak dijangka reaksi yang diterima oleh Gin amatlah memberangsangkan.Tidak pernah sekalipun terlintas dalam fikirannya yang satu hari nanti dia akan melakukan perkara seperti ini di dalam hidupnya.Ternyata Gin mendapat pelbagai pengalaman baru setelah menjadi artis.

Selepas tamat fan signing,Gin bergegas ke tempat shooting dramanya.Gin turut membawa 10 keping album dan memberikannya kepada sunbae2ny sebagai tanda penghargaannya kepada pelakon senior yang telah banyak membantunya dalam membentuk karier lakonan.Senior2nya juga amat gembira dengan buah tangan dari hoobae mereka itu.

Pada malam itu…

Jiyoung:Gin oppa?Knp Gin oppa nak jumpa dengan Jiyoung?

Gin:Xde ap yang penting sbnrnya.Oppa Cuma nak bagi album baru kami nie.Nie hadiah oppa kepada Kara sunbae.Yang satu lagi nie cd khas untuk Jiyoung.Dlm cd nie ad kupon jemputan khas ke majlis perasmian album kami nanti.Jiyoung amikla dan kalu senang datangla nanti ye.

Jiyoung:Oppa…Kamsahamnida!X sangka baiknya hati oppa ingat jugak dekat kami.Jiyoung seronok sangat dapat hadiah nie.Gomawoyo!

Gin:Ne gwaenchana.Nanti kirim salam pada yang lain2 ye.

Selepas memberi album ZR kepada Jiyoung,Gin bergegas menuju ke dorm T-ara pula.Semenjak mempunyai kereta sendiri,Gin lebih senang bergerak bebas ke mana sahaja.Walaupun dy mempunyai curfew yang ditetapkan oleh SMent,namun Gin akan menggunakan masa terluangnya untuk mencari ketenangan dengan memandu seorang diri.Namun berbeza dengan malam ini,Gin secara personally memberi album2nya kepada beberapa orang tertentu yang Gin sendiri pilih.

Eunjung:Gin?Gin buat apa kt sini?

Gin:Jom kita pegi makan noona.

Di kedai makan..

Gin:Noona,nie album ZR yg terbaru.Yang nie untuk T-ara sunbae,yg nie untuk noona.Dalam album khas nie ada kupon jemputan ke majlis perasmian album kami nanti.Kalu noona senang,datangla..

Eunjung:Kamsahamnida!Noona mesti datang.Kalu xdpt ,noona hantar wakil je ye.Tapi noona mmg nk pegi..

Gin:Ne baik.Noona nampak kurus sekarang.Penat kerja ke?

Eunjung:Penat jugakla Gin.Tapi jangan risau.Noona sihat.Gin pn nampak kurusla sekarang!Hensemla..

Gin:Heh apala noona nie..

Selepas makan,Gin menghantar Eunjung pulang.Di dalam kereta mereka banyak berkongsi cerita mengenai karier masing2.Untuk mengelakkan perhubungan mereka diketahui oleh para netizen,biasanya Gin dan Eunjung akan berdating di dalam kereta.Itu adalah masa yang sangat dihargai kedua2 mereka.Memandangkan masing2 sibuk dengan kerjaya masing2,menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama2 seperti pasangan kekasih lain.

Gin:Noona dah taw spe pasangan noona dlm WGM?

Eunjung:Blm lagi Gin.Masa shooting episod pertama nanti baru tahu.

Gin:Noona masih ingat janji kitekan?

Eunjung:Geurom!Noona xkan lupe.Noona sayang Gin.Geokjeongmal!

Gin:Na Do..

Mereka berpegangan tangan sepanjang perjalanan itu.Tangan mereka seperti tidak boleh dipisahkan.Perasaan mereka semakin hari semakin mendalam dan mereka semakin hari semakin memahami hati budi satu antara sama lain.Mungkin kerana kedudukan mereka sekarang,mereka perlu melakukan pengorbanan yang sangat besar dalam hidup mereka.Tatkala pasangan lain sentiasa meluangkan masa bersama dengan gembira,Gin dan Eunjung terpaksa menyorokkan perhubungan mereka dari orang luar.

Sebelum Eunjung turun dari kereta,Eunjung mencium dahi Gin dan memeluk Gin sekuat hati.Walaupun berat rasanya untuk berpisah dengan Gin,namun Eunjung perlahan2 melepaskan Gin dari dakapannya.Gin terus pulang ke rumah selepas menghantar Eunjung balik ke dormnya…

To Be Continued…………..

Thursday, November 17, 2011

Bab 91:Masa Sudah Hampir!

Setiap masa dan setiap waktu yang berdetik menandakan tanda pelancaran album ZR semakin hampir.Setiap detik yang berlalu merupakan satu tekanan kepada SMEnt dan ZR akan penerimaan peminat untuk album terbaru mereka ini.Lebih2 lagi lagu debut mereka berjaya menjadi Juara selama 3 bulan berturut2.Suatu rekod yang belum pernah lagi tercatat dalam sejarah industri muzik.

Semakin dekat waktu untuk album baru dilancarkan,semakin banyak teaser yang dikeluarkan oleh SMEnt untuk memberi gambaran kepada para peminat mengenai konsep serta tema lagu terbaru mereka selain menarik lebih ramai peminat untuk membeli album mereka.Walaupun pada ketika ini,rata2 peminat memberi respon yang baik terhadap album terbaru ZR,namun member2 ZR masih lagi tidak yakin terhadap prestasi mereka untuk album terbaru ini walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik.Bagi mereka,selagi belum dipasarkan,selagi itu mereka tidak boleh berasa lega.

Esok merupakan hari yang sangat bersejarah bagi ZR.Album mini kedua mereka akan dilancarkan tepat 1 Mac 2011.Namun istimewa untuk para penonton Gag Concert,pada hari rakaman rancangan lawak popular KBS2 itu,ZR akan menghadiri rakaman itu sebagai artis jemputan dan melakukan persembahan lagu mereka dari album terbaru,4 Season.Oleh kerana acara ini telah pun diuar-uarkan kepada para penonton,studio rakaman Gag Concert dipenuhi oleh para peminat ZR yang ingin melihat idol mereka.Ternyata kedatangan ZR ke Gag Concert menyebabkan kesesakkan di studio rakaman di bangunan KBS itu.

Kyung Wan:Arini kita ada tetamu istimewa.Tetamu ini juga yang akan mengambil slot saya pada hari ini..

Choi Soojin:Kyun Wan,awak patut rasa bangga sebab mereka ini sangat terkenal.

Kyung Wan:Ya,awak lupa ke kalu kita x melawak,kita xdpt bayaran?

Choi Soojin:Eh?Saya lupa.Kalu macam 2 kte jgn panggil mereka naiklah.

Kyung Wan:Xblh macam 2.Nanti kena marah dengan bos pulak..

Choi Soojin:Aigooo.Macam mana nie?

Kyung Wan:Ap2 pn kte kena jemput dorg dulu.Tgk apa yang dorg blh buat.Mempersilakan,The Zero Range!

Apabila Kyung Wan mengumumkan nama ZR,para penonton mula menjerit2 nama mereka.Studio menjadi gamat seketika.Tirai yang ditutup dibuka secara perlahan2.Lampu dimalapkan.Bunyi rhythm mula kedengaran.Dan lampu dipancarkan hanya kepada Melow.Dan Melow mula menyanyikan lagu utama mereka dalam Album The 4 Season,The 4 Season yang dahulunya versi Melayu yang telah diubahsuai dan ditukarkan kepada bahasa Korea.Melow membawa ZR bersama untuk menghiburkan para peminat yang berada di studio.Lagu 4 Season versi baru pertama kali dimainkan dihadapan hampir 300 orang penonton.Inilah kali pertama didendangkan oleh ZR sebelum tarikh official pelancarannya pada keesokkan harinya.

Choi Soojin:Kyung Wan-ssi,wah nampaknya sangat berkarisma guest kte pada hari ini.Sila perkenalkan diri.

Melow:Annyeong Haseyo.Jeo neun Zero Range eui Melow imnida.Hari ini kami sangat berbesar hati dapat hadir bersama di studio ini..

Kyung Wan:Er…Melow-ssi,ini Gag concert,bukan fan meeting.Jgn lpe ye..

Choi Soojin:Kyung Wan-ssi,kenapa awk mcmnie..Mereka sangat popular sekarang kita kenala bagi mereka peluang.Baiklah Melow-ssi,blh beritahu kami serba sedikit mengenai album terbaru anda?

Melow:Album ini bakal dilancarkan pada keesokkan hari.Album ini ialah mini album yang memuatkan 5 buah lagu dan tema album ini ialah perpisahan.Album ini 80% merupakan sentuhan kami dan selebihnya adalah komposer lain.

Kyung Wan:Jadi kenapa x pegi ke Music Bank dan kenapa mesti ke Gag Concert?

Choi Soojin:Ya Kyung Wan-ssi!Kenapa awak jadi mcmnie..Xpe2,Awi-ssi,ada apa2 yang hendak anda sampaikan pada para fans..

Awi:Ya,annyeong haseyo,Awi imnida.Album kali ini banyak mengisahkan kehidupan selepas perpisahan.Dan lagu yang telah kami persembahkan tadi adalah lagu utama kami,The 4 Season.Kami harap para fans dapat menyokong kami dengan membeli album ini.

Kyung Wan:Apa yang susah sangat?Berpisah lepas 2 carila yang lain kan senang?

Choi Soojin:Jgn sibukla.Baiklah kata2 akhir dari ZR?

ZR:Yeorobun!Saranghaeyo!

Gelagat 2 orang gagman itu sangat melucukan dan membawa gelak ketawa kepada para penonton.ZR yang baru sahaja melakukan persembahan terus dijemput untuk duduk di tempat penonton demi menyaksikan persembahan2 lawak dari pelawak2 yang lain.Walaupun pada hari esoknya mereka akan berdepan dengan situasi yang amat mendebarkan,namun selagi berpeluang,mereka akan terus menikmati masa2 rehat yang ada.Dijangkakan selepas ini ZR akan bertambah sibuk dan permintaan mereka untuk melakukan persembahan akan bertambah.Impian mereka hanya satu,menghasilkan album penuh dan kemudian melakukan konsert jelajah ke seluruh Asia,terutama sekali di Malaysia.

*****************************

Bermula pada minggu hadapan,Eunjung akan secara rasminya akan memulakan penggambaran We Got Married.Namun sehingga hari ini tiada langsung berita mengenai siapakah yang bakal menjadi ‘suami’ Eunjung.Khabar angin mengatakan Kim Soohyun yang akan mengambil peranan itu.Namun itu semuanya hanyalah khabar angin dan tiada kesahihan dalam berita itu.Para netizen sudah mula berteka-teki dan kebanyakkannya menyatakan mereka ingin melihat Eunjung dipasangkan dengan Kim Soohyun kerana mereka tidak mahu melihat pasangan idol lagi.Oleh kerana topik ini semakin hari semakin panas,netizen terus berteka-teki mengenai siapakah yang bakal menjadi pasangan kepada idol serta pelakon yang sedang meningkat naik ini.

Eunjung:Hwayoung-ah.Jom teman unnie pegi beli makanan kejap..

Hwayoung:Ne unnie..

Oleh kerana mereka hanya ingin membeli makanan di kedai berdekatan dengan dorm mereka,oleh itu Eunjung dan Hwayoung hanya berjalan sahaja ke kedai itu selain ingin mengambil angin malam.Oleh kerana kesemua ahli membe T-ara blk dlm keletihan dan tidak sempat makan,Eunjung ingin membelikan makanan untuk mereka.Hwayoung menemani Eunjung atas permintaan Eunjung sendiri.

Hwayoung:Unnie.WGM 2 dh confirm ke?

Eunjung:Dah.Tapi masih xtau siapa pasangan lelaki lagi.

Hwayoung:Unnie dh bagitahu Gin oppa?

Eunjung:Dh.Gin benarkan unnie sertai WGM nie.Sebab dy kate ini dapat alihkan pandangan orang pada hubungan kami.

Hwayoung:Unnie dh bersedia ke?

Eunjung:Sudah.Lagipun xde ap yang unnie nk takutkan.Ini Cuma variety show.

Hwayoung:Xpela kalu unnie yakin.Hwayoung Cuma concern je.

Eunjung:Knp Hwayoung nmpk risau?

Hwayoung:Hwayoung takut kalu2 brlaku salah faham antara unnie dgn oppa.Kita xtahu ap yang akan berlaku di masa depan.

Eunjung:Hwayoung…

Hwayoung:Gwaenchana unnie.Hwayoung sentiasa doakan yang terbaik untuk unnie dgn Gin oppa.Geokjeonghajimaseyo!

Eunjung:Gomawo Hwayoung-ah…

Hwayoung mengambil berat mengenai Gin dan Eunjung.Hwayoung sentiasa memberi semangat kepada Eunjung dalam apa sahaja yang dilakukannya.Eunjung sudah seperti kakaknya sendiri.Jelas sekali penyertaan Eunjung di dalam WGM sangat merisaukan Hwayoung tentang apa yang bakal terjadi kepada Eunjung dan Gin nanti.

To Be Continued……………

Thursday, November 10, 2011

Bab 90:Happy Birthday Noa,Melow dan Annyeong Album Baru!?

Tinggal beberapa hari lagi sebelum mini album ZR yang pertama akan dilancarkan.Setelah gagal dipasarkan pada Oktober 2011 yang lalu akibat kemalangan yang menimpa ke atas diri Gin,kini mereka akan memasarkan album mereka untuk para peminat yang setia menunggu dan terus menyokong mereka.

Setiap hari,SMent akan terus mendedahkan teaser2 untuk mv lagu2 baru ZR di channel rasmi SMTown di Youtube yang telah didaftarkan untuk mendekatkan lagi peminat kepada idola mereka.Kini para peminat boleh mengetahu perkembangan terkini artis2 SMent melalui facebook rasmi SMTown dan akaun rasmi SMTown di Youtube.Ternyata response peminat terhadap album baru ini sangat mendalam apabila rata-rata mereka menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk menantikan pelancaran album ini.

Selain teaser mv di Youtube,turut didedahkan gambar2 setiap ahli2 ZR untuk mini album terbaru mereka ini.Gambar itu diletakkan di laman web rasmi SMTown,bertujuan untuk menjadikan promosi serta menarik perhatian fans untuk membeli album mereka.Sungguhpun ZR sangat popular ketika ini,namun mereka masih lagi berada di belakang berbanding kumpulan2 seperti CN Blue,Ft Island,Mblaq dan Beast.Peminat mereka tidak sebanyak kumpulan idol2 yang lain.Mungkin kerana kekurangan visual di dalam kumpulan ini menyebabkan ZR kurang popular di kalangan peminat wanita berbanding peminat lelaki yang memang menggemari muzik bergenre pop rock yang dibawa oleh ZR selama ini.

Gin:Yeobosaeyo?Jiyeonie?

Jiyeon:Ne oppa?Wae?

Gin:Jiyeon-ah,besok kami nak buat birthday parti untuk Noa dgn Melow.Kalu senang marilah jemput datang sekali.Ajak T-ara sunbaenim smua..

Jiyeon:Ne?Besok birthday Noa dgn Melow oppa?Nanti saya akan bagitau semua orang ye oppa.Geokjeonghajimaseyo!

Gin:Gomawo Jiyeonie.Ah satu lagi,Eunjung noona sihat x?

Jiyeon:Ne unnie nampak sihat je.Kenapa oppa?

Gin:Xde pape.Saja je tanya.Selalu oppa tanya dy,dy cakap dy sihat tapi suara macam letih.

Jiyeon:Oooh Eunjung unnie sekarang x cukup rehat.Banyak tawaran cf dengan lakonan yang dia dapat.Jadi sibuk sampai x sempat nak tido.

Gin:Oh mcm 2 ke?Nanti Jiyeon tlg tgk2kan Eunjung noona ye..Dgn Jiyeon jela yang blh oppa harapkan..

Jiyeon:Baik oppa.Jangan risau..

Sungguhpun Gin sibuk,dia masih mengambil berat mengenai Eunjung.Setiap malam sebelum tidur Gin akan menghubungi Eunjung selama 30 minit untuk bertanyakan khabarnya.Sejak kejadian Eunjung cedera,Gin semakin hari semakin risau dengan keadaan Eunjung.Walaupun doktor telah memberitahu bahawa Eunjung kini sudah pulih sepenuhnya,namun ia masih tidak meyakinkan Gin untuk membenarkan Eunjung terlalu menumpukan pada kerja tanpa mempedulikan tentang kesihatannya.Kadangkala Gin akan masak sendiri dan menghantarkan makanan khas untuk Eunjung sekiranya mereka dijadualkan untuk berada di kawasan yang sama.Begitulah sayangnya Gin terhadap Eunjung..

Berita Eunjung sudah menerima tawaran untuk menyertai rancangan perkahwinan fantasi yang sangat popular di Korea,”We Got Married”.Buat masa ini belum ada sebarang berita mahupun komen dari sidang produksi mengenai siapakah yang bakal menjadi pasangan fantasi kepada Eunjung,namun sudah ada khabar angin menyatakan bahawa lelaki bertuah yang berpotensi untuk menjadi pasangan Eunjung ialah bekas rakan sedrama dengannya,Kim Soo Hyun yang kini sedang meningkat naik.Kelibat Kim Soohyun yang juga sering merakam cf bersama2 Eunjung telah menyebabkan netizen membuat sangkaan bahawa mereka berdua sedang berdating.Semenjak di Dream High lagi,kedua2 mereka kelihatan sangat mesra dan akan mengusik antara satu sama lain.Pun begitu,Eunjung hanya menganggap Kim Soohyun hanya sebagai rakan sekerja dan tidak mempunyai apa2 perasaan terhadapnya.

********************************

“Saengil Chukhahamnida!Saengil Chukahamnida!Saranghandago Noa geurigo Melow!Saengil chukhahamnida!”. Hari ini mereka meraikan harijadi kembar pertama SMent,Noa dan Melow.Walaupun parti ini tidak sebesar seperti sambutan harijadi Gin,namun jumlah yang datang agak ramai memandangkan rakan2 Noa dan Melow turut datang.Turut dijemput ialah staff SMent yang selama ini telah bertungkus lumus menjaga kebajikan ZR.Turut hadir memeriahkan lagi jamuan makan itu ialah ahli kumpulan T-ara,SNSD,Super Junior,F(x) dan beberapa lagi rakan seidol.

Jiyeon:Noa oppa!Saengil chukhahamnida!

Noa:Kamsahamnida Jiyeonie.Terima kasih jugak sebab datang harini..

Jiyeon:Mestilah saya datang.Harijadi Noa oppa.Haritu masa harijadi Gin oppa saya x sempat datang jumpa oppa smua.Noa oppa nampak kacak sekarang!

Noa:Jjincha?Gomawoyo Jiyeonie.Jiyeon skrg x sibuk ke?

Jiyeon:Skrg kurg sibuk oppa.Jiyeon dengar x lama lg ZR akan release album baru kan?X sabarnya nk dgr lagu2 baru ZR!

Noa:Lagi 6 hari akan release album 2.Nanti ble dh release,oppa bagi Jiyeon satu copy ye.

Jiyeon:Jeongmalyo?Gomawoyo oppa!

Sedang berborak2 dengan Jiyeon,Noa ternampak kelibat Seohyun yang sedang berbual dengan beberapa rakan.Wajah Seohyun kelihatan sangat tenang dan ceria.Wajahnya sudah nampak berbeza dari kali pertama Noa berjumpanya.Mungkin kerana proses tumbesaran yang masih lagi aktif mnyebabkan Seohyun semakin hari menjadi semakin matang dan bersifat kewanitaan.Noa memandang Seohyun dari jauh dan pada itu dari mata Noa,Seohyun kelihatan seperti angel yang terpancar cahaya yang sangat cerah di belakangnya.Noa sangat gembira melihat Seohyun.Perlahan2 Noa mendekati Seohyun selepas meminta diri dari Jiyeon.

Selepas rakan2nya beredar,Seohyun berdiri keseorangan dengan secawan air jus oren di tangannya.Noa perlahan2 menyapa Seohyun yang sedang berdiri berdekatan dengan kawasan air.

Noa:Annyeong Haseyo,Seohyun-ssi.Awk nampak cantik sangat hari nie..

Seohyun:Kamsahamnida Noa-ssi.Saengil Chukhahamnida!Semoga tahun nie awk akan berjaya dlm semua benda yang awk buat.

Noa:Ne kamsahamnida Seohyun-ssi.

Seohyun:Noa-ssi nampak kacak sangat dgn sut hitam nie.

Noa:Ye ke?Gomawoyo.Seohyun-ssi pn apa kurgnya.

Seohyun:Noa-ssi,saya ada somethg nk bg Noa-ssi.

Noa:Apa benda 2?

Seohyun:Tp blh x,Noa-ssi tggu dekat atas kejap?Nanti saya datang bawakkan sekali hadiah 2.

Noa:Geurom!Saya pergi sekarang ye.

Noa terus naik ke tingkat atas bangunan SMEnt seperti yang diarahkan oleh Seohyun.Noa sangat berdebar2 dan pada masa sama amat berdebar2 menanti hadiah yang akan dibawa oleh Seohyun nanti.Noa terus meneka2 apa yang akan dihadiahkan oleh Seohyun yang comel itu.

Selepas menunggu sambil mengambil angin malam,Seohyun datang dengan perlahan,menghampiri Noa yang sedang melihat pemandangan kota Seoul dari tingkat atas.Dengan perlahan,Seohyun menutup mata Noa dari belakang.

Seohyun:Nugu-ya?

Noa:Seohyun-ssi?

Seohyun:Ne.Noa-ssi,nah.

Seohyun menghadiahkan Noa sebuah telefon bimbit berjenama Apple Iphone 4.Apa yang lebih istimewa,covernya telah dibuat secara khas dan mempunyai gambar Seohyun dan Noa serta tulisan ‘Happy Birthday!Work hard!Fighting Noa-ssi!’.Noa terharu dengan pemberian Seohyun itu.Sungguhpun Seohyun pada luarannya susah untuk didekati,namun dia sebenarnya seorang yang sangat mesra dan mengambil berat terhadap orang lain.Analisanya tepat dan tajam dan pada masa yang sama dia seorang yang lembut hati.Bagaimanakah agaknya perhubungan kedua idol ini pada masa depan?

To Be Continued………..