ZR sedang menghadiri rakaman untuk
rancangan KBS Win Win.Sempena pelancaran album baru mereka,ZR diberi peluang
untuk mempromosikan album mereka menerusi talk show yang di hostkan oleh Lee
Seung Won.
Seungwon:Siwon-ssi,sebagai
sunbae kepada ZR,juga rakan selabel,apakah potensi serta kekurangan yang masih
perlu dibaiki dan digilap?
Siwon:Pada
pendapat saya, ZR merupakan satu kumpulan yang sangat istimewa.Umum sedia tahu
bahawa SMent mempunyai undang-undang yang sangat ketat di antara agensi-agensi
hiburan di Korea.Ada trainee yang berlatih selama bertahun-tahun lamanya tetapi
akhirnya tidak menjadi artis.Dan ada juga trainee yang dilepaskan dari
agensi.Namun berbeza dengan ZR.Tidak sampai setahun menjadi trainee,ZR berjaya
debut sebagai sebuah kumpulan idol setanding dengan idol-idol sebaris dengan
mereka.Kejayaan mereka telah menjadi inspirasi kepada semua trainee-trainee
agensi kami untuk terus bekerja dengan lebih kuat lagi sebelum keluar menjadi
seorang idol.
Seungwon:Pada
mulanya,pemilihan ZR sebagai idol next in line SMent sangat mengejutkan ramai
pihak.Ada yang berpendapat,SMent perlu lebih peka akan bakat-bakat tempatan
berbanding membawa masuk bakat-bakat luar.Apakah komen Siwon-ssi mengenai
kenyataan yang dibuat oleh para netizen?
Siwon:Sebenarnya
bakat luar atau bakat tempatan tidak penting.Yang paling utama sekali ialah
sama ada bakat yang ada pada para trainee itu mencukupi bagi mereka untuk
bergelar idol.ZR telah membuktikan pemilihan mereka bukan hanya cakap
kosong.Mereka sendiri telah membuktikannya melalui usaha dan kerja keras
mereka.
Seungwon:Bagaimana
reaksi Siwon-ssi serta ahli Super Junior yang lain apabila mendapat tahu,single
pertama ZR, Orenjisaekbyeol mengungguli carta selama 3 bulan berturut-turut?
Siwon:Seperti mana
yang saya cakap tadi,pemilihan ZR bukan sekadar cakap kosong.Mereka telah
membuktikannya dengan kejayaan Orenjisaekbyeol.Terus terang,saya serta ahli
SuJu yang lain sangat terkejut apabila ZR berjaya memegang carta selama 3 bulan
berturut-turut.Bukan satu carta,bukan 2,tetapi 6 carta muzik di Korea.Itu satu
pencapaian yang sangat membanggakan.Kami memang sangat gembira dengan apa yang
telah dicapai oleh ZR ketika itu.
Seungwon:Saya
yakin Siwon-ssi sudah pun mendengar lagu-lagu di dalam mini album ZR.Pada
pendapat anda,mengapa sehingga 3 minggu berada di dalam carta,single utama
mereka,The 4 Season gagal menduduki tempat pertama dalam mana-mana carta muzik
di Korea seperti mana yang telah dilakukan mereka ketika single
Orenjisaekbyeol.
Soalan dari MC itu betul-betul
mengejutkan semua orang.Walaupun mudah,namun beberapa remark yang diberikan
telah memberi kejutan kepada semua termasuklah penonton yang berada di studio.Siwon
hanya tersenyum apabila mendengar soalan itu.
Siwon:Banyak
faktor mengapa lagu The 4 Season masih tidak menjadi juara mana2 carta.Tapi
perlu anda semua ingat.Siapakah pencabar ZR ketika ini?Tentulah idol Hallyu,Big
Bang.Berbanding ketika debut ZR yang lepas,ketika itu tiada artis mahupun idol
yang boleh dikategorikan setaraf dengan Big Bang.Jadi itu membuka ruang kepada
ZR untuk melakar sejarah.Sebenarnya kemenangan ZR telah membuka mata ramai
pihak bahawa satu ketika dahulu gelombang Kpop sebenarnya masih lemah jika
hendak dibandingkan dengan gelombang muzik barat.Bayangkan berapa ramai idol
dilahirkan pada waktu yang sama dengan ZR namun gagal mengalahkan ZR walaupun
mereka sepatutnya lebih arif dengan peminat di negara sendiri.Jelas kejayaan ZR
telah menjadi penyuntik semangat kepada semua untuk terus berusaha.Tidak kira
walaupun ZR tidak berjaya menang mana-mana carta,mereka sentiasa akan dapat
melakukannya sekali lagi pada masa hadapan.
Kata-kata Siwon itu memberikan
semangat kepada ZR untuk terus berusaha.Ternyata Siwon amat mengambil berat
mengenai hoobaenya dan sentiasa menyokong dari belakang.Siwon pernah melalui
saat-saat yang sama seperti ZR,dan dia berjaya melaluinya dengan cemerlang
berkat kesabaran dan sokongan dari para-para sunbae.
Seungwon:Awi-ssi.Sekiranya
diberikan peluang,sekali lagi,adakah anda akan terus berkarya walaupun anda
gagal mencapai misi anda?
Awi:Sudah
tentu.Bagi saya gagal bukan bermakna penamat segala-galanya.Kita masih perlu
berusaha memperbaiki diri masing-masing.Mungkin ini akan menjadi pembakar
semangat kepada saya untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti
demi para fans semua.
Seungwon:Gin-ssi.Sebagai
seorang pelakon dan juga idol,kerjaya yang manakah anda rasa anda lebih
berminat untuk berkecimpung?
Gin:Saya amat
menyukai kedua-dua bidang.Ketika di sekolah,saya sangat aktif berlakon.Dan
ketika tamat persekolahan saya mula aktif dalam bidang muzik.Kedua-dua bidang
ada kelemahan dan kebaikan.Tetapi demi fans di luar sana,saya rasa saya perlu
lebihkan pemerhatian saya kepada tugas menjadi seorang idol.
Seungwon:Lakonan
Gin-ssi mendapat perhatian dari para netizen.Boleh bagitau kami siapakah
pelakon yang sentiasa menjadi idola Gin-ssi?
Gin:Sebenarnya
Siwon hyung banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam lakonan.Dia merupakan
mentor saya.Siwon hyung juga merupakan salah satu pelakon idola saya.Saya juga
suka kepada Han Ye Seul sunbaenim,Ha Jiwon sunbaenim dan Oh Jiho
hyungnim.Mereka ini banyak memberi saya gambaran bagaimana untuk menjiwai
satu-satu watak dengan baik.
Seungwon:Siwon-ssi,sebelum
kita menamatkan rancangan kita pada hari ini,ada apa-apa yang ingin anda
sampaikan kepada hoobae-hoobae anda ini?
Siwon:Baik saya
ingin mengucapkan tahniah kepada ZR kerana berjaya sampai ke tahap ini.Bukan
mudah untuk mengecapi semua ini dalam masa yang terdekat dan saya sendiri
mengambil masa bertahun-tahun sebelum berjaya berada di peringkat ini.Nasihat
saya ialah ZR jangan mudah berputus asa,jangan cepat berpuas hati dan jangan
cepat berasa selesa dalam apa yang dilakukan.Industri muzik terlampau banyak
saingan di dalamnya.Sentiasa bekerja keras dan melakukan yang terbaik,berikan
satu kepuasan kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong anda semua selama
ini.Kami,Super Junior,sentiasa menyokong adik-adik semua dan sentiasa mencuba
sedaya upaya kami untuk memberikan pertolongan kami ketika waktu ZR
memerlukannya.Be strong because we know u can!
Ucapan Siwon itu menimbulkan
perasaan terharu kepada ZR dan penonton yang hadir di studio. Gin serta ahli ZR
yang lain segera bangun dan memeluk hyung mereka itu.Mereka berasa sangat
terharu dan tersentuh dengan kata-kata yang diberikan oleh Siwon ketika
penggambaran itu.
Seungwon:Baiklah,semoga
apa yang telah diberitahu oleh sunbae anda semua tadi akan menjadi pembakar
semangat kepada ZR untuk terus berusaha dengan lebih kuat lagi.Memang bukan
mudah untuk berjaya di dalam industri ini,tetapi tiada apa yang mustahil dengan
usaha yang berterusan.
Akhirnya setelah menamatkan
penggambaran secara rasmi,Siwon mengajak ZR untuk pergi makan malam
bersama-sama.Peluang begini jarang diraikan bersama oleh ZR.Mereka juga turut
pergi berseronok di pusat karaoke.Semangat ZR semakin pulih dan mereka bersedia
untuk menghadapi seminggu lagi di Music Bank.Selagi belum menamatkan promosi,ZR
msh mempunyai peluang untuk mendapat tempat pertama.
To
Be Continued………..